KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Mac 14, 2011

Terdedah jua "munafik" pemimpin Umno dalam menangani isu judi


PAS menyeru rakyat Malaysia membuka mata dan menilai sendiri sikap kepimpinan Umno yang ditunjukkan melalui kenyataan Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yasin dalam satu kenyataannya yang mempertikaikan tindakan Kerajaan PAS Kelantan mengharamkan judi loteri di negeri Serambi Mekah itu. 

"Baru sahaja menang di Merlimau dan Kerdau, Umno terus kembali menegakkan kemungkaran sebagai tanda kesyukuran.

"Sebagai seorang pemimpin Islam dan Timbalan Perdana Menteri beliau sewajarnya menyokong tindakan itu kerana jelas ianya diterima oleh semua agama di negara ini yang mengharamkan judi," tegas Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad kepada Harakah.

PAS juga kesal kerana Umno terlalu suka mengaitkan aktiviti perjudian sebagai aktiviti kesukaan mereka yang bukan Islam padahal, mereka yang mempunyai moral yang tinggi memandang judi dalam perspektif yang amat buruk. Katanya, hanya mereka yang bermoral rendah sahaja menjadikan judi sebagai hiburan yang akhirnya menghabiskan duit poket dan meruntuhkan rumah tangga mereka.

Tegasnya, PAS juga yakin, kenyataan itu dibuat ekoran desakan taikun-taikun perjudian di negara ini yang banyak membantu memberikan sokongan kepada Umno-BN dalam menghadapi PAS dalam mana-mana pilihan raya.  Ustaz Idris berkata, beberapa pemimpin Umno juga dikenal pasti pernah atau masih mempunyai kepentingan dalam syarikat-syarikat judi berkenaan. 

"Maka jelaslah, kenyataan Muhyiddin itu sengaja dilontarkan bagi membela periuk nasi kroni mereka yang telah lama bergelumang dalam industri judi," ujarnya.

PAS menyeru Muhyiddin serta pemimpin Umno lainnya bertaubat kerana berjuang dan menghalalkan judi di negara ini dan meminta maaf kepada penganut bukan Islam yang difitnahkannya sebagai kaki judi, tambah beliau. Jelasnya, PAS memperingatkan Muhyiddin dan Kerajaan Persekutuan supaya menghormati hak perundangan Kerajaan Kelantan dalam menguatkuasakan undang-undang di bawah bidang kuasa mereka. 

Tiada ulasan: