KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, Mac 23, 2011

GEMPAR: Wajahnya sama dengan Anwar: Datuk Shazryl Eskay Abdullah mengaku dirinya dalam video seks itu


Wajah Datuk Shazryl mirip wajah Anwar

Belum sampai tiga hari, misteri video seks yang kononnya membabitkan Anwar Ibrahim kian terbongkar. Identiti Datuk T juga makin hampir ekoran pendedahan luar biasa berani Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan rakannya yang juga bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Rahim Tamby Chik sekejap tadi.

"Saya dalam video itu". Begitu pengakuan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang sebelum ini dianggap sebagai Datuk T apabila ditanya sama ada beliau yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan orang dalam video seks yang ditayangkan kelmarin.

Malaysiakini melaporkan, Shazryl yang mengakui bekas sahabat Anwar bagaimanapun enggan menjelaskan apakah peranannya ketika adegan itu berlaku. Beliau juga enggan mendedahkan di bahagian mana gambar beliau dilihat dalam rakaman itu kerana ia sudah menjadi kes polis.

Shazryl hari ini tampil dalam sidang media bersama bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik bagi menjelaskan persoalan berhubung identiti Datuk T.

Menariknya, Rahim menjelaskan, Datuk T bukanlah individu, sebaliknya merujuk kepada tiga kawan baik. "T ini trio, three," kata Rahim sambil menambah seorang lagi adalah Datuk Shuib Lazim yang juga bendahari PERKASA.

Sementara itu Utusan Malaysia yang pro-Umno turut melaporkan perkara yang sama seperti berikut:

KUALA LUMPUR 23 Mac - Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik hari ini berkata, beliau adalah antara tiga orang yang dikenali sebagai Datuk T yang terlibat mendedahkan video skandal seks melibatkan seorang pemimpin pembangkang.


Rahim dalam satu sidang akhbar di sini hari ini berkata, dua lagi individu itu adalah ahli perniagaan, Datuk Syazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim.


Beliau turut meminta supaya satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat ketulenan video itu.Jelaskan, huruf T dipendekkan bagi perkataan Trio. 

1 ulasan:

otaklunyai berkata...

lepas dia mengaku, dia akan kata dia melihat dgn mata kepalanya sendiri perkara itu berlaku secara live.