KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Mac 21, 2011

Pendedahan satu rancangan rapi: Banyak persoalan mengenai video seks "Anwar" itu



Banyak tandatanya menghantui pihak media ketika menonton video seks yang dikatakan melibatkan seteru Perdana Menteri, Najib Tun Razak. Walaupun imej muka yang dipaparkan "menyerupai" Anwar tetapi bentuk tubuh dengan perut yang boroi meragukan, ulas seorang wartawan.

Untuk kali kedua dalam tempoh kira-kira empat tahun, negara digemparkan dengan klip video seks yang didakwa membabitkan ahli politik terkemuka. Kali ini, video tersebut didedahkan kepada pihak media di sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur hari ini.

Manakala majoriti wartawan yang menonton video tersebut hampir pasti identiti ahli politik yang didakwa itu, namun masih banyak persoalan mengenainya.

Siapakah 'Datuk T'?

Orang yang menganjurkan tayangan video tersebut, hanya mahu dikenali sebagai 'Datuk T' dan dia amat berhati-hati untuk mendedahkan lebih banyak lagi tentang dirinya.

Bagaimanapun, yang pasti ialah Datuk T telah dengan teliti merancang pendedahan hari ini dan telah menempah sebuah bilik berharga RM1,350 di hotel mewah Carcosa Seri Negara untuk mendedahkan video tersebut.

Dia sentiasa diiringi dua pengawal peribadi dan enggan mendedahkan apa-apa ketika ditemui, dan hanya mengulangi apa yang dinyatakan dalam kenyataan bertulis kepada media, atau mendedahkan apa kaitannya dengan ahli politik yang didakwa terbabit dalam klip video tersebut.

Tiada ulasan: