KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, Mac 23, 2011

Rahim Thamby Chik, Eskay didakwa "tok dalang" video seks Anwar - PKR




Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR dan ahli parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul hari ini mendakwa bekas Ketua Menteri Melaka dan bekas Konsul Kebesaran Thailand di Malaysia adalah mereka di sebalik video seks yang dikatakan melibatkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bercakap dalam satu sidang media di ibupejabat PKR di Petaling Jaya, Johari mendakwa, beliau telah ditunjukkan video itu oleh ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah - yang pernah berkhidmat sebagai Konsul Kehormat Thai di Kedah - pada 21 Mac lalu, di Hotel Flamingo di Ampang, Selangor.

Johari mendakwa, turut terbabit, ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, yang kini merupakan Pengerusi Risda, lapor Malaysiakini.

Isnin lalu, satu video seks mengenai seorang lelaki yang mirip ketua umum PKR, Datuk Anwar Ibrahim, dipertontonkan kepada wartawan dan editor akhbar media perdana dan media alternatif di sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur.

Johari, bagaimanapun, mendakwa lelaki yang dilihatnya melakukan aksi seks dengan seorang wanita tidak dikenali dalam video tersebut, bukanlah Anwar.

Ketika dihubungi, Rahim memberitahu Malaysiakini yang beliau akan menelefon balik untuk memberi ulasan. Rahim meletak jawatan sebagai ketua menteri Melaka pada 1994 selepas dia dikaitkan dalam satu skandal seks melibatkan seorang gadis bawah umur.

Shazryl Eskay tidak boleh dihubungi untuk mendapatkan komennya walaupun panggilan dibuat dan SMS dihantar ke telefon bimbitnya. Johari berkata, beliau percaya yang Shazryl Eskay adalah 'Datuk T' yang menganjurkan tayangan video tersebut kepada wartawan beberapa jam sebelum beliau sendiri ditunjukkan klip tersebut.

Bagaimanapun katanya, beliau tidak boleh mengesahkanya kerana beliau tidak berada di hotel Carcosa Seri Negara, tempat video itu ditunjukkan. Shazryl Eskay menjadi tumpuan media baru-baru ekoran pembabitannya dalam satu kes saman berprofil tinggi di mahkamah.

Eskay menyaman ahli peniagaan Yahya Abdul Jalil dan Merong Mahawangsa Sdn Bhd kerana didakwa tidak membayarnya RM20 juta seperti yang dijanjikan bagi perkhidmatannya berkaitan projek jambatan bengkok.

Tiada ulasan: