KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Mac 14, 2011

PAS mahu tempoh berkempen tiga minggu untuk Pilihan Raya Sarawak



PAS dengan tegas tidak bersetuju dengan cadangan SPR untuk mengenakan peraturan baru berkempen hanya selama tujuh hari sahaja bagi pilihan raya negeri Sarawak yang akan diadakan tidak lama lagi. Sebaliknya, PAS mendesak agar tempoh kempen pilihan raya diadakan sehingga tiga minggu atau paling kurang dua minggu seperti yang dilaksanakan sebelum ini.

Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli menegaskan, dengan tempoh kempen sependek itu, pihak pembangkang tentunya tidak dapat melakukan persiapan yang sewajarnya dan ia jelas akan memberikan keuntungan kepada BN.

Menurut beliau, dengan itu juga akan menyaksikan ketidakadilan SPR sebagai badan bebas dalam mengendalikan pilihanraya di negara ini akan lebih ketara, setelah ia dipersoalkan oleh pelbagai pihak dalam pelbagai aspek.

Katanya, oleh itu, beliau berharap agar pihak SPR akan melihat perkara itu dengan lebih jauh dengan mengambil kira pelbagai aspek termasuk rasional atau tidaknya apa yang hendak dilakukan itu dari sudut keadilan dan perjalanan demokrasi.

"Pilihanraya negeri Sarawak itu juga penting bagi PAS dan Pakatan Rakyat. Kalau diadakan dalam masa yang dekat, ini boleh dijadikan ukuran bagi kekuatan kita," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.

Mengenai alasan SPR yang mengatakan untuk melaksanakan tempoh kempen sependek itu bagi menghalang provokasi dari pihak pembangkang, beliau menegaskan, dakwaan itu ternyata tidak berasas.

"Yang cetuskan provokasi bukan pihak pembangkang, tetapi pihak Umno atau BN sendiri. Kalaulah pula penduduk di kawasan itu yang baling batu, itu bukan perbuatan pihak pembangkang, tetapi penduduk di kawasan itu yang melakukannya atas sebab-sebab tertentu yang dilakukan oleh penduduk di kawasan itu.

"Jadi, tak bolehlah itu yang dijadikan alasannya. Tetapi tentu ada sebab-sebab lain yang bertujuan untuk memberikan keuntungan atau kemenangan kepada BN," katanya.

Tiada ulasan: