Menteri Tol yang menyusahkan rakyat. Tiada tanda-tanda tol di Malaysia akan dihapuskan sebaliknya kadar tol akan terus dinaikkan saban tahun... sebab agaknya nak tampung kos bocor di sana sini
Rakyat Malaysia yang prihatin, turun ke jalanraya menunjukkan protes terhadap PM yang tidur dari menyelesaikan masalah rakyat. Tetapi, mereka disambut dengan FRU yang terus memburu bayang...
PENGAKUAN dan pendedahan mantan Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim bahawa berlaku pakatan sulit antara tokoh-tokoh korporat pemilik konsesi dengan menteri-menteri kabinet tertentu membolot laba adalah punca kenapa harga tol terpaksa dinaikkan patut diketahui oleh rakyat.
Pada hemat saya, rakyat cukup terbeban dengan kenaikkan harga tol ditambah dengan kenaikkan harga minyak oleh kerajaan yang tidak prihatin rakyat. Anwar yang juga mantan Menteri Kewangan sehingga tahun 1998 mendedahkan perkara ini ketika menjawab soalan peserta di Majlis Makan Malam Persatuan Kakitangan dan Pentadbiran USM di Pulau Pinang pada 29 Disember 2006 lalu.
Soalnya mengapa kerajaan bersetuju dengan perjanjian berat sebelah dengan syarikat konsesi lebuhraya ini sudah terjawab. Perjanjian ini telah dijalankan secara tidak telus dan terlalu banyak rahsia. Kepentingan syarikat-syarikat konsesi sentiasa diutamakan dari kepentingan rakyat dan negara.
Jadi kenapa perlu diswastakan? Apakah dengan cara ini kerajaan lebih mudah untuk “membaham” wang rakyat bagi disalurkan kepada individu tentu sebagai proksi parti pemerintah mengumpul dana? Ini persoalannya.
Anda boleh membaca tulisan saya bertajuk "UMNO Tidak Pernah Puasa Terima Rasuah!" dalam blog saya sanggahtoksago pada alamat
Nota: Foto-Foto yang tersiar dikutip dari pelbagai website dan blog tersohor di maya internet.
1 ulasan:
jinyi925
coach outlet
nike blazers
basketballl shoes
salomon shoes
christian louboutin
coach outlet
red bottom shoes
skechers shoes
coach handbags
ralph lauren polo
Catat Ulasan