KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, September 18, 2007

Gejala Murtad Menjadi-Jadi! IFC Pula Godam Islam! Bahaya! Bahaya!

Pemuda Umno yang lembik terpaksa menjerit dan menghubus keris untuk tunjuk kuat. Tapi, apa yang mereka lakukan untuk membanteras gejala murtad di negara ini?


Asyik mengantuk, tidur je... manakan tidak gejala murtad kian menjadi-jadi. Kini orang nak murtad lebih berani guna saluran undang-undang dan mahkamah. Sebabnya mudah, negara kita bukan Negara Islam tapi hanya sekadar Negara Islam Hadhari Sekulari. Betul tak?


PADA HEMAT SAYA
TARMIZI MOHD JAM

SAYA seperti juga PAS memandang serius gejala murtad yang kian menjadi barah di negara ini dan menyifatkan 14 tuntutan IFC (Inter-Faith Commission) sebagai terlalu bahaya dan boleh mengancam kedaulatan Islam yang sedia ada.

Pada hemat saya, penubuhan IFC seperti sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah sesetengah ajaran agama (baca: agama Islam sahaja) akibat desakan penganut agama lain, cukup bahaya buat ummat Islam.

Dalam ssatu interbiu saya dengan Setiausaha Majlis Syura PAS, Ustaz Idris Haji Ahmad menyalahkan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi yang begitu lemah dan dhaif dalam pentadbiran hingga membuka peluang kepada orang-orang bukan Islam mencadangkan penubuhan IFC yang jelas bersifat anti Islam.

Kata Ustaz Idris, Islam Hadhari yag diperkenalkan oleh Pak Lah adalah sebahagian dari Islam Liberal yang cuba dilaksanakan oleh kerajaan. Ini diperkukuhkan lagi terhadap sikap Pak Lah yang tidak menentang pembabitan anaknya Nori dalam pertubuhan Sister in Islam.

Malah allahyarham isterinya Hendon suatu ketika dahulu turut melancarkan kempen satu suami satu isteri yang secara tidak langsung cuba menafikan hak lelaki muslim berkahwin lebih dari satu seperti yang dibenarkan oleh Islam.

“Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu-bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang dan sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil,” tegas anak Bukit Gantang sambil memetik tiga dari 14 tuntutan yang diperjuangkan oleh IFC.

Akibat kelemahan dan kelonggaran pegangan Pak Lah ini, maka orang bukan Islam termasuk Menteri kabinetnya sendiri cuba mengambil kesempatan untuk menuntut kelonggaran beragama seperti yang kononnya dipelihara oleh Artikel 11 dan Artikel 121 Perlembagaan Persekutuan. Bagi saya, itu semuanya adalah rancangan untuk menggodam Islam secara terancang!

Nota: Foto dikutip dari pelbagai blog dan website tersohor dalam internet.

Tiada ulasan: