KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, September 20, 2007

Starbucks Bantu Dana Kepada Israel! Mari Kita Boikot! Allahuakbar!



Ya Allah! Berilah kekuatan kepada ummat Islam di Palestin dalam usaha intifadah mereka memeusnahkan Yahudi Israel laknatullah itu. Mereka kejam, zalim dan kuffur. Sekatlah segala sumber dana mereka dan bukalah hati ummat Islam seluruh dunia untuk memboikot Israel dengan apa cara sekalipun...



PADA HEMAT SAYA
TARMIZI MOHD JAM


APAKAH anda pengunjung setia Starbucks sekitar Kuala Lumpur? Starbuck ada ditingkat bawah Alpa Angle, Wangsa Maju. Dan ada juga di bangunan Maju Juntions bersebelahan Kementerian Kebudayaan, Warisan dan Kesenian.

Warna korporat Starbuck, hijau tua. Sekali fikir, wah betapa Islamnya kedai ini! Begitulah bijak gerak saraf Yahudi mempromosi dan memasarkan jenama mereka semata-mata untuk menarik lebih banyak sumbangan yang lumayan kepada mereka.

Saya sekadar menyebut beberapa tempat yang lazim dikunjungi ummat Islam Islam di negara ini. Ceritanya, orang Islam yang lepak-lepak dan bersantai di sana. Sambil minum-minum dan makan-makan.

Pada hemat saya, kita patut tahu, apa peranan Starbucks dalam membantu Isreal membantai ummat Islam di Palestin, Labenon dan seluruh dunia.

Baik orang Islam ataupun bukan Islam, kalau kita ada rasa peri kemanusian, anti penjajahan dan penindasan, menolak jenayah perang, ada naluri sensitif terhadap kekejaman, teruskan lobi memboikot bisnes ini dari dikunjungi oleh umat Islam.

Pengerusi dan Ketua Strategi Global Starbucks Coffee Store, Howard Schultz pernah mengucapkan terima kasih kepada para pengunjungnya (mungkin juga anda salah seorang darinya) kerana menjadikan Starbucks sebuah syarikat global bernilai US$6.4 bilion dengan tenaga kerja yang melebihi 90,000 orang di 9,700 pusat jualan seluruh dunia.

Seramai 33 juta mengunjunginya setiap minggu. Cuba bayangkan, betapa hebatnya dokongan pengunjung terhadap bisnes ini. Kekuatan ini dijadikan rangkaian untuk Isreal mengutip dana membiayai “serangannya” terhadap umat Islam. 33 juta pengunjung, bukannya sedikit. Suatu angka yang besar.

Jika seorang berbelanja di Starbucks seminggu RM1 sahaja, bermakna Israel sudah memiliki RM33juta seminggu. Empat minggu, berapa? Itu baru RM1. Takkan makan dan minum di Strabuck RM1? Tentu lebih besar angka dan nilainya.

Pada hemat saya, setiap “latte” dan “macchiato” yang anda minum di Starbucks sebenarnya tanpa disedari kita telahpun mengukuhkan dana kepada pakatan jahat Amerika dan Israel untuk meratah ummat Islam.

Howard telah diberikan penghormatan dengan gelaran “Israel 50th Anniversary Friend of Zion Trib ute Award” yang merupakan kunci utama kepada kejayaan seranta Israel untuk jangka panjang.

Dalam ucapan Haward, beliau tanpa segan-silu memaklumkan bahawa setiap sen yang digunakan untuk menikmati “chocolate chips frappucino” telah membantu membiayai projek pelajar di Amerika Utara dan Israel, yang memberikan mereka maklumat terbaik untuk memahami apa yang dianggap sebagai intifada.

Melalui Jerusalem Fund of Aish HaTorah, kata Howard, satu jaringan pusat Yahudi Antarabangsa, Starbucks telah menganjurkan pertunjukkan senjata Israel dalam usaha mengukuhkan pertalian antara industri kelengkapan perang Amerika, Eropah dan industri pertahanan Israel untuk mempamerkan persenjataan acanggih Israel yang terkini.

Howard menegaskan sumbangannya kepada usaha memerangi kebangkitan anti-Semitism, yang menjadi asas konflik Timur Tengah semasa. Beliau juga mengaku telah membantu Aish HaTorah menaja laman web “honestreporting.com” dan menerbitkan maklumat daripada kaca mata Israel.

Howard berbangga dengan pengunjung dan pelanggannya. Tanpa mereka katanya, Starbucks tidak mungkin berjaya mengumpulkan ratusan juta dolar setiap tahun untuk membantu rakyat Israel dan mengingatkan setiap warga Yahudi Amerika untuk terus mempertahankan Israel.

Sumbangan sebanyak USD5 daripada kerajaan Amerika bukannya memadai untuk membiayai segala senjata dan kelengkapan perang, jentolak dan pagar keselamatan yang diperlukan untuk melindungi rakyat Israel.

Starbucks telah menyumbangkan satu stor di perkhemahan tentera Amerika untuk membantu “War on Terror”. Ia tidak lebih dari untuk mengisi kepentingan dan kemewahan negara Yahudi.

Ringkasnya, setiap kali kita memesan secawan minuman di Starbucks, sebenarnya kita bersetuju dan telah menjadi penyumbang ke arah perjuangan jahat Israel.

Tetapi, berapa ramai umat Islam khususnya di negara ini, yang tahu kaitan Starbuck dengan Israel? Dan berapa ramai pula yang tahu, terkesan untuk memboikot Starbuck?

Sejauh mana rasa sensitiviti mereka terhadap tanggungjawab bersama untuk “menutup” kedai yang dijadikan perkakas bagi mengutip dana dari orang ramai di seluruh dunia ini? Kalau kita boikot, barangkali satu persatu Starbuck akan gulung tikar…

Bagi saya, Starbuck adalah Tabung Yahudi Isreal untuk membantai umat Islam di seluruh dunia. Adalah silap kalau kita menyangka ianya hanya untuk mengganyang Palestin semat-mata!

Nota: Foto-Foto dikutip dari pelbagai sumber blog dan website tersohor i maya internet.