KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, September 15, 2007

Bergegas Jumpa Dr. Rashid Dail Di Yayasan Muslimin

Berbincang dengan Dr. Haji Abdul Rashid Haji Dail, Pengerusi Editorial Majalah Iktisad (kiri) tentang kandungan Majalah Iktisad untuk terbitan Oktober 2007 di Pejabat Yayasan Muslimin Malaysia, Pusat Bandar Sri Gombak

Majalah Iktisad adalah sebuah majalah muamalat Islam yang mendedah dan membicarakan isu-isu muamalat, kewangan dan keusahawanan dari persepktif Syariah!

Sdra. Nordin Ahmad, Presiden Kesatuan Sekerja Proton antara yang pernah saya interbiu untuk Majalah Iktisad keluaran lepas. Beliau juga adalah Setiausaha Koperasi Proton atau KOPRO. Rakan akrab saya yang sering bertanya khabar!

PADA HEMAT SAYA
TARMIZI MOHD JAM

SEMALAM saya terpaksa bergegas ke Yayasan Muslimin Malaysia di Bandar Baru Sri Gombak. Setiausaha Eksekutif Yayasan, Hj. Omar Setari menghubungi saya, katanya Pengerusi Editorial Majalah Iktisad, Dr. Haji Ab. Rashid Dail nak berjumpa segera. Ada hal urgent!

Dr. Rashid adalah bekas Prof. Madya di Universiti Kebangsaan Malaysia sebelum bersara. Kini beliau aktif mengendalikan sebuah majalah muamalat Islam yang dikenali sebagai Majalah Iktisad. Ia diterbitkan oleh Yayasan Muslimin Malaysia Berhad., sebuah badan NGO.

Kebebtulan, saya adalah Editor Eksekutifnya. Dr. Rashid mahu majalah kali ini diterbitkan sebelum Idulfitri. Semua bahan telah saya siapkan bagi tujuan itu. Beberapa artikel teras "Bisnes Halal" siap sempurna diedit dan disemak oleh Sidang Editorial Majalah Iktisad.

Saya juga berkesempatan menginterbiu Pengerusi Eksekutif Hotel Adamson, Haji Zamani Adam. Orang Kuala Kangsar yang tegas dalam pendirian dan yakin dengan apa yang dia buat. Turut saya temui dan jolok minda bisnesnya ialah Dr. Hamzah Jaafar dan Ann Wan Seng.

Majalah Iktisad bagi saya adalah majalah yang tinggi nilai ilmunya. Perbahasannya ilmiah. Sidang Editorialnya pun cukup mantap. Timbalan Pengerusi Editorial, Prof. Madya Zakaria Man adalah Pensyarah Fakulti Ekonomi & Sains Pengurusan UIAM.

Ahli-ahli Editorial pula terdiri dari Datuk Haji Salleh Ahmad (Ahli Majlis Syariah Bank Muamalat Malaysia), Prof. Madya Dr. Mohd Parid Sheikh Ahmad (Pensyarah Fakulti Ekonomi & Sains Pengurusan UIAM), Dr. Hassanuden Abdul Aziz (Pengarah Unit Jaminan Kualiti UIAM), Dr. Hafiz Wajdi Ab. Rashid (Pensyarah Fakulti Ekonomi & Sains Pengurusan UIAM), Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman (Setiausaha Majlis Penasihat Syariah Asian Finance Bank) dan Ustaz Wan Mohd Nasir Wan Abdul Wahab seorang Editor / Penterjemah di Pustaka Salam Sdn. Bhd. yang juga bekas Pensyarah INTIS.

Insya-allah, jika tiada halangan menghambat, Majalah Iktisad akan menemui pembacanya hujung bulan September ini.

2 ulasan:

jeje berkata...

jinyi925
ralph lauren polo
adidas yeezy
coach outlet
golden goose
canada goose outlet
champion sportswear
christian louboutin outlet
canada goose outlet
louboutin shoes
moncler jacket

Tanpa Nama berkata...

replica bags cheap replica hermes bags i8o15l3n50 replica bags china replica bags online shopping india view website q3w65h2n57 replica bags in china replica bags dubai fake gucci w6o12h6z61 replica bags sydney