KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Jun 12, 2008

TUN MAHATHIR Sedia Lepaskan Jawatan Penasihat Petronas


Oleh IRWAN ZAMRI

G. MANIMARAN melaporkan dalam mSTAR.Online, bekas Tun Dr. Mahathir Mohamad sehingga sekarang tidak menerima desakan mana-mana pihak supaya berundur daripada menjadi Penasihat Petronas selepas beliau keluar daripada Umno tiga minggu lalu.

Sambil menegaskan tiada masalah untuk melepaskan jawatan tersebut jika ada pihak yang mahu beliau berbuat demikian, Dr. Mahathir mengulangi pendirian bahawa kedudukan Penasihat Petronas bukan jawatan parti.

"Saya akan terus kekal. Ini bukan jawatan parti. Ini jawatan lain.Tapi kalau hendak suruh saya berhenti lah. Tak ada masalah," kata beliau kepada mStar Online dalam satu pertemuan di pejabatnya sebagai Penasihat Petronas di sini petang semalam.

"Setakat ini tiada (desakan) daripada mana-mana meminta berbuat demikian (lepaskan jawatan Presiden)," kata beliau ketika mengulas mengenai status kedudukan beliau sebagai Penasihat Petronas dan sama ada pernah menerima desakan atau tekanan supaya turut melepaskan kedudukan itu.

Jelas beliau, Tun Hussein Onn, Perdana Menteri ketika juga pernah menjadi Penasihat Petronas, jawatan yang dikekalkan sehingga beliau meninggal dunia meskipun tidak pernah masuk kembali Umno.

Tun Hussein keluar Umno apabila ia diharamkan pada 1988, malah beliau juga merupakan Pengerusi Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa sejak 1984 sehingga beliau meninggal dunia.

"Dia tak masuk (semula) Umno, dia bukan ahli Umno, beliau kekal jadi Penasihat Petronas sampai meninggal dunia," katanya.

Tiada ulasan: