KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, Jun 11, 2008

Ada Yang RESAH Tentang MALAM KARYAWAN II?

By TARMIZI MOHD JAM

PADA 7hb. Jun lalu, saya bersama Ketua Pengarang Kumpulan dan Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman dan Taufek Yahya menghadiri Malam Karyawan II di Bangunan Sultan Salehuddin, Shah Alam. Kami diundang.

Institut Kajian Dasar (IKD) mendapat projek pengendalian program gilang gemilang itu. Ia diserikan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan anggota Exco serta Adun dan ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Namun paling benar tujuannya, terus menjulang Datuk Sri Anwar Ibrahim sebagai tetamu khas yang sedang melebarkan sayapnya ke dunia seniman dan karyawan. Paksi program, adalah gelanggang memartabatkan Anwar sebagai seorang politikus di negara ini.

Ada rintihan, keluhan, tidak puashati, kecewa dan resah dari karyawan reformasi yang segar memugar perjuangan sebelum ini. Khabarnya mereka tidak bersetuju dengan tentatif yang disediakan IKD itu.

Tiada slot Disnman atau Ito, Zunar atau lain-lain pejuang seni yang rapat dengan kebangkitan rakyat. Mereka tidak bersetuju dengan "pengisian" malam itu yang terus-terusan mengangkat seniman dan karyawan termasuk Sasterawan Negara yang tidak kententuan hala arah tuju (tidak rapat dengan reformasi) dengan perjuangannya.

Apapun, sudah tentu IKD dan Anwar melihat Karyawan dari perspektif lebih jauh bagi mengisi agenda politiknya pada masa depan. Apatah lagi, Khalid sendiri memberi jaminan bahawa Kerajaan Selangor akan mendokong perjuangan para karyawan dan seniman ini.

Tiada ulasan: