KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Mei 29, 2010

Krisis dalam MIC diakui Shafie Apdal ancam kekuatan BN yang sarat pelbagai barah

Samy nampaknya terus berdegil enggan undur dalam masa terdekat ini

NAIB Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata masalah dalaman yang berlaku dalam parti MIC sedikit sebanyak memberi kesan kepada keutuhan BN. Sehubungan itu Shafie yang juga menteri kemajuan luar bandar dan wilayah berkata kepimpinan MIC perlu menyelesaikan masalah berkenaan secepat yang boleh agar impaknya tidak berterusan.

"Kesannya memang ada tetapi tidaklah sampai boleh melumpuhkan kegiatan kita. Dalam sejarah politik memang pernah berlaku krisis dalaman parti-parti komponen BN seperti Umno, MIC dan MCA. Malah Umno dahulu pernah diharamkan (disebabkan krisis dalaman). Tapi kita yakin pemulihan dalam parti berkenaan (MIC) akan memperkuatkan BN," katanya ketika diminta mengulas mengenai masalah dalaman yang sedang melanda MIC.

Beliau berkata lebih cepat MIC menyelesaikan masalah dalamannya, usaha mengukuhkan lagi BN dapat dijayakan lebih cepat memandangkan MIC merupakan komponen ketiga terbesar BN.

Tiada ulasan: