KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Mei 28, 2010

Umno beriya-iya mahu judi bola, PAS utus memorandum bantahan kepada Raja-Raja Melayu




Bersatu dan berpadu menentang judi bola yang diluluskan kerajaan Umno-BN kepada Berjaya Group.

PAS diketuai Naib Presidennya, Dato' Mahfuz Omar telah menyerahkan memorandum kepada Raja-raja Melayu di pejabatnya melalui Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bagi memohon campur tangan baginda dalam isu pemberian lesen judi bolasepak.

Memorandum itu disampaikan kepada Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah. Pemberian lesen bagi membolehkan pertaruhan bolasepak akan membawa padah kepada rakyat, khususnya golongan muda. Turut bersama Mahfuz disertai beberapa ahli parlimen PAS yang lain, termasuk Khalid Samad (Shah Alam); Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali (Titiwangsa); Dato' Kamaruddin Jaafar (Tumpat); Siti Zailah Mohd Yusoff (Rantau Panjang).

Tiada ulasan: