KLIK JOM FOLO DI SINI

Ahad, Mei 23, 2010

Serba salah Najib lakukan persempadanan semula kawasan Parlimen?

KETIKA saya berbual bersama Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub di sebuah restoran di Taman Melewar tengah malam tadi, memang diakui kekalahan BN di Sibu menyukarkan komponen itu untuk melakukan persempadanan semula kawasan Parlimen.

Saya yakin, BN tidak akan merombak atau melakukan persempadanan semula kali ini. Banyak faktor yang menakutkan Najib selaku pengakhir Teori RAHMAN. Salahuddin yang baru selesai berceramah di Ampang, memberitahu, rasuah pilihan raya dengan duit dan projek sudah gagal. Sudah ditolak oleh pengundi Cina di Sibu. Maknanya ada respons masyarakat terhadap gejala buruk itu.

Saya beru tiba bersama YDP PAS Batu, Ishak Surin menghadiri Majlis Makan Malam Pelancaran Dana Kolej Universiti Islam Dr. Zulkifli Muhammad di Peransang Golf, Templer Park, Rawang. Singgah macam biasa, untuk 'pekena' susu lembu segar.

Salahuddin berkata, selain memerlukan 2/3 dari ahli-ahli Parlimen, BN juga mesti menilai kembali komposisi kaum khususnya Cina dan India dalam sesebuah kawasan Parlimen. Pada 2004, BN telah menyeret masuk pengundi Cina dan India dalam kawasan tertentu bagi memenagkan calon mereka. Tetapi dengan perkembangan terkini, pengundi Cina makin tegar menolak BN dan inilah yang menyukarkan komponen itu untuk membuat pindaan kawasan parlimen bagi sesi ini.

Apakah BN akan mengekalkan kerusi yang ada atau menambah beerapa kerusi parlimen di Kelantan dan Terengganu, yang dilihat upaya mengukuhkan BN dari segi jumlah pertambahan kerusi parlimen yang bakal menang?

Tiada ulasan: