KLIK JOM FOLO DI SINI

Ahad, Jun 20, 2010

Mengadakan wawancara khas 25 minit bersama Nasruddin Hassan Tontawi untuk WebTV PAS

Bersama Ustaz Nasruddin Hassan Tontawi

DI CELAH-CELAH kesibukan Muktamar PAS ke-56, saya sempat mewawancara Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan membincangkan isu-isu muktamar pemuda yang dilihat lesu tetapi memiliki ucap ucaptama yang mantap "Memurni Perjuangan, Memakna Kemenangan".

Wawancara selama 25 minit ini dirakam untuk terbitan WebTV PAS yang dikendalikan oleh Unit IT PAS Pusat. Beberapa soalan diajukan, dan beliau mengakui terdapat sedikit kelemahan pada muktamar kali ini, barangkali kerana inilah kali pertama perwakilan dipilih dari kawasan, dan tidak lagi ditampilkan dari negeri-negeri.

Terima kasih kepada penerbit wawancara ini, Cik Intan Abdullah yang bertungkus lumus menjayakan beberapa program atau siri wawancara ringkas bersama pimpinan PAS Pusat dan tetamau dari luar negara. Tahniah! Bersempena Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat ke-51 yang telah diadakan di Kelantan Trade Centre (KTC) Kota Bharu, Kelantan pada 9 Jun lalu.

Tiada ulasan: