KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Jun 10, 2010

Seru Nakhaie Ahmad, Jamil Khir Baharom, Shabery Chik, Puad Zarkash kembali kepada PAS

DEWAN Pemuda PAS melihat ‘Tsunami Politik’ yang berlaku merupakan kesempatan yang terbaik dianugerahkan oleh Allah untuk kita semua melakukan perubahan ke arah itu. Kepada semua golongan yang mencintai tertegaknya keadilan Rabbani, marilah kita berganding bahu untuk menyempurnakan tanggungjawab tersebut. Golongan yang mempelopori kezaliman di negara ini semakin goyah dan cuba berpaut kepada apa sahaja yang difikirkan dapat menjadi talian hayat mereka.

Bagi para pencinta Islam, tidak sepatutnya kita dalam tempoh yang begitu kritikal seperti ini, secara langsung atau tidak langsung mendukung dan menyokong golongan yang terus melakukan kezaliman terhadap agama Allah dan manusia yang lain.

Maka dengan ini, saya menyeru kepada seluruh golongan yang telah dan pernah menerima tarbiyah PAS [abna’ al-harakah] di segenap peringkat untuk berperanan membantu PAS ke arah mencapai cita-cita murni ini. Setelah sekian lama Dewan Pemuda PAS berkecimpung mendidik generasi muda, puluhan ribu golongan abna’ al-harakah ini berada di seluruh negara termasuk dalam sektor-sektor yang strategik sama ada sebagai penjawat awam ataupun pekerja swasta.

Dengarlah, seruan saya ini ditujukan khusus untuk saudara-saudara semua supaya menggembelingkan tenaga ke arah menegakkan keadilan Rabbani dan meruntuhkan kezaliman golongan yang melampaui batas. Gembelingan tenaga saudara-saudara semua begitu penting untuk meningkatkan sokongan Melayu-Islam sekurang-kurangnya 15-20% kepada PAS.

Demikianlah juga kepada para pencinta Islam dari kalangan para agamawan dan pertubuhan bukan kerajaan [NGO]. Saya yakin, saudara semua menyedari bahawa UMNO bukanlah selayaknya menjadi sandaran untuk mempertahankan Islam sebagai manhaj Rabbani, sebaliknya telah terbukti mengkhianati amanah Allah dan menzalimi rakyat.

Dengarlah, seruan ini saya tujukan khusus untuk para agamawan dan NGO-NGO Islam, marilah kita mengeratkan kerjasama atas dasar al-birr wa al-taqwa supaya masyarakat Melayu-Islam akan lebih mengenali keadilan Islam dan kezaliman taghut. Dewan Pemuda PAS menginsafi, kami tidak berupaya meneroka segenap wilayah dakwah, maka diyakini saudara-saudaralah yang berupaya menyempurnakan visi dan misi kita bersama.

Sesungguhnya UMNO adalah sebuah bahtera Melayu yang hampir karam, malah disifatkan oleh mantan Presidennya Tun Dr Mahathir Mohamad: “UMNO kini telah busuk sehingga ke ususnya”. Manakala PAS semakin dilihat bersedia untuk menggalang-ganti kedudukan itu dengan mengajak seluruh masyarakat Melayu kembali kepada manhaj Rabbani yang menjamin kesejahteraan , keadilan dan kesaksamaan kepada seluruh manusia.

Maka dengan ini, saya juga mengambil kesempatan menyeru kepada Datuk Nakhaie Ahmad, Datuk Jamil Khir Baharom, Datuk Ahmad Shabery Chik, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi dan seluruh ahli-ahli UMNO yang pernah berkongsi cita-cita menegakkan keadilan berasaskan manhaj Rabbani supaya kembali ke pangkuan perjuangan kita bersama, dengan panggilan Jom Sertai PAS .

Tiada ulasan: