KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Januari 21, 2008

Penarik Beca Bertempik: CUKUPLAH TOK GURU NIK AZIZ!

Kalau tidak ada janji, tentulah tidak ada perundingan serta gusti dan tomoi mengenai pembahagian kerusi. Apabila telah berjanji, mengapa perkara seperti itu terjadi?

By PENARIK BECA

OLEH kerana rundingan-rundingan mengenai pembahagian kerusi di kalangan pembangkang masih jauh dari selesai dan mereka masih berkelahi mengenainya, Raja Petra Kamarudin bertanya, adakah kita perlu mengundi parti yang memerintah dan memulaukan pembangkang untuk mengajar mereka?

Ketika soalan itu masih belum terjawab atau tidak ramai yang menjawabnya (jawapan saya, Tak Nak Barisan Nasional!), tiba-tiba Malaysiakini melaporkan berita bertajuk "Nik Aziz sifatkan PKR parti 'mencelarukan'".

Bagi yang sering mengunjungi blog kutu ini, tentu mereka tahu bahawa saya tidak boleh menerima sama sekali Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak 29 Mac 1982. Ringkasnya sejak dia masuk Umno.Saya pernah dituduh tidak pemaaf. Bukan hak saya memaafkan Anwar.

Begitu juga, bukan hak PAS untuk memaafkan Tun Dr Mahathir Mohamad. Itu hak rakyat. Jangan ambil hak rakyat. Pendirian saya mengenai Anwar tidak penting sama sekali.

Tetapi, ini soal perjanjian. Apabila kita membuat perjanjian untuk berpakat dengan mana-mana pihak, tentulah tidak elok dan tidak manis kita mengentam secara terbuka di hadapan umum pihak yang yang kita berjanji untuk berpakat dengannya.

Kalau di dalam bilik mesyuarat atau secara tertutup, tak kisahlah sampai terbeliak bijik mata pun. Takkan nak dibunuh pula hak untuk menyatakan rasa tak puas hati.Walaupun mungkin tidak bertulis, PAS telah berjanji untuk berpakat dengan PKR.

Kalau tidak ada janji, tentulah tidak ada perundingan serta gusti dan tomoi mengenai pembahagian kerusi. Apabila telah berjanji, mengapa perkara seperti itu terjadi? Adakah ia di sebabkan ada pemimpin tertentu di dalam PAS mempunyai status kebal?

Tidak ada siapa pun boleh kata apa-apa pun kepadanya. Ada immunity. Ketika masih tak puas hati melihat orang-orang alim berbaris di Kota Bharu menyaksikan Mawi melalak dengan lagu "Aduh Saliha" dan "Habibi Ya Nour el Ein", saya memilih untuk berani menegur.

Mungkin saya akan dituduh penentang, tidak hormat Tok Guru, menyakiti hati Tok Guru, tidak thiqah, tidak wala', kurang ajar, alahai... apa sahaja. Saya sudah bersedia.Tentang thiqah dan wala', perkara itu tidak timbul.

Saya hanya penyokong Fasal 5 Perlembagaan PAS.Walaupun hanya sebagai penyokong, saya memilih untuk menegur dan saya merayu janganlah lagi diulangi respon-respon spontan kepada akhbar yang menyebabkan ahli dan penyokong merasa ngeri.

Cukuplah kenyataan-kenyataan lalu yang begitu meletihkan. Kita tak nak lagi kenyataan-kenyataan seperti yang dilontarkan dalam isu mencarut misalnya (wahai Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Kelantan, ayat "li furuji him" bukan mencarutlah!)

Oleh kerana Tok Guru selalu sebut tentang Khalifah Abu Bakar, saya harap saya dapat memetik kata-kata khalifah itu di dalam pidatonya ketika dilantik sebagai khalifah:
"Menyampaikan kebenaran kepada seseorang yang terpilih sebagai penguasa adalah kesetiaan yang sebenar-benarnya; sedang menyembunyikan kebenaran adalah suatu kemunafikan."

Saya nak cakap Arab tak reti. Tak reti langsung. Nak cakap Melayu pun, dah banyak kali dah. Oleh itu, izinkan saya nyatakan sesopan yang boleh di dalam Bahasa Inggeris kepada Tok Guru: Washing your dirty linen in public is neither professional nor encouraging!

Berkaitan:

Thank You Ayah Zit! (Prozac for you, Sheih?!)



PKR dan Anwar "Wayang Kulit" (Tranungkite)
Other blogs updates (updates blog-blog Bahasa Melayu lain di sidebar blog ini)

Tiada ulasan: