KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, Februari 06, 2008

12 Respon Dengan 4,040 Pengunjung Sehingga Jam 2.00 Tengah Malam!

Apa yang boleh diharapkan dari Suruhanjaya Siasatan Diraja Kisah Klip Video VK Linggam?

By TARMIZI MOHD JAM

SEHINGGA jam 2.00 tengah malam tadi, komentar saya bertajuk "VK Linggam: STRATEGI Anak Badawi KENAKAN Chet Det TERSASAR?" yang disiarkan oleh Web Tranungkite di sebelah pagi telah menarik perhatian pengunjung sehingga 4,040 dengan 12 komen.

Berikut komen-komen yang sempat dipahatkan untuk tatapan anda dalam membuat penilaian seterusnya:

Komen 1: By ning on Tuesday, February 05 @ 23:20:58
"Kebenaran dan keadilan terserlah dalam kes suruhanjaya ini. Jadi bukan soal apa Anwar nak atau soal tidak sehaluan tetapi apa yang nyata banyak pembohongan yang telah didedahkan. Linggam kata klip tu nampak macam dia suara macam dia tapi belum tentu dia, Tengku Adnan kata Linggam mabuk atau gila, TDM kata saya tak ingat Vincent Tan pula nafikan apa yang dikatakan Linggam dan Eusoff Chin kata dia jumpa Linggam secara kebetulan semasa bercuti dan kemudian Linggam ubah keterangannya dengan mengatakan dia cuma cakap besar itu rumah dia jadi dia bolih berlagak apa saja yang dia suka, dan selepas itu muncul pula adik dia mengatakan dia 110% siuman dan mendedahkan segala pembohongan ini. Anwar pula tidak dibenarkan beri keterangan setelah dia disapina. Jadi semua yang berlaku ini nyata mengelirukan dan berbelit belit dan ianya melibatkan institusi kehakiman negara. Tiada asas keadilan dan kelihatan segala keputusan telah diputuskan olih seseorang. Itulah yang perlu difahami bukan apa yang dimahukan olih Anwar. Kes Mat Sabu berlaku di Kelantan dan kita yakin orang Kelantan lebih tahu apa yang berlaku cuma ana ada dengar cerita selepas peristiwa itu perempuan yang juga isteri bekas bodyguard Mat Sabu sering menerima panggilan talipon bertanya "TIDAK BERNIAGA HARI NI?" dan dikhabarkan RM60k ditemui dalam akuan bank perempuan itu selepas kejadian yang dirancang dengan begitu teliti tetapi bocor. Kita yakin tok guru tak mudah berkompromi dengan maksiat yang besar ini dan kita lebih percaya orang Kelantan dari mendengar cerita cerita dari pihak pihak lain. Malah sehingga hari ini suami perempuan yang merupakan bekas inspector polis yang menjadi b/guard Mat Sabu hilang entah ke mana. Jadi, kesimpulannya bukan apa yang dimahukan olih Anwar yang diambil kira tetapi keadilan yang dimahukan olih rakyat lebih penting."

Komen 2: By jarihantu on Tuesday, February 05 @ 21:51:36
"Habislah bila toke judi kontrol negara, patutlah terkilan sangat bila toke judi mati, tapi bila ulamak mati, Dolah tak komen apa pun, tak kata pula kehilangan besar pada negara, tapi memang umno pun yang pelopor judi bermula dari loteri kebajikan masyarakat."

Komen 3: By senihalus on Tuesday, February 05 @ 20:16:49
"Saya sungguh hairan kenapa Agung, Sultan dan Raja2 berdiam diri sahaja atas apa yang sedang berlaku di dalam 'Siasatan Suruhanjaya Diraja'. Dulu masa kita buat demostrasi 'BERSIH' ke istana...heboh konon nya Raja2 meyokong rakyat....sekarang apa sudah jadi? Ya ke Raja2 sokong rakyat? Atau pun 2x5 5x2 je dengan geng2 UMNO tu !!!Sedikit bahan bacaan tambahan di bawah ini...sungguh menarik.
New World Order: Unimaginable Intentional Human Suffering
http://www.globalresearch.ca/index.php?context=va&aid=7975 [www.globalresearch.ca]http://iraqwar.mirror-world.ru/article/155170 The people of the United States must be made to understand that, more than ever, genocide is government policy, before they will rise-up in righteous indignation to it. It is a clear-cut case of "good – vs. – evil," with the evil being the world's number one source of state terrorism, the government of the United States of America. The American people can only save themselves if they are made aware of the fact that they are under attack by those who claim to be their trusted leaders. Likewise, all the people of the earth are under attack by their own governments, who serve as American representatives, to help conquer the earth and corrupt all life. The people of every nation must rise-up and become their own governments, the only truly democratic government. MALAYSIAN GOVERNMENT IS ONE OF THEM - American representatives, if you don't believe me ask "THE MONKEY's REPRESENTATIVE -'THE KJ' "

Komen 4: By airmineral on Tuesday, February 05 @ 12:17:09
"Bagi Anwar ianya adalah telus, berwibawa dan releven apabila keputusan suruhanjaya memihak kepada beliau... jika tidak suruhanjaya yang ditubuhkan tidak berfungsi seperti mana yang sepatutnya... bentuk suruhanjaya seperti manakah yang dia mahu?"

Komen 5: By Minyak_masak on Tuesday, February 05 @ 16:31:42
"Hello brader airmineral... Aku tau la kau dah expired date dah. Kalau bangang sangat pun jangan la kau tunjuk bangang kat sini. kan lebih baik kau jadi bangang kat rumah kau saja. senang sikit takde orang tau yang kau dah jadi bangang...."

Komen 6: By hidayat_nurwahid on Tuesday, February 05 @ 13:42:07 "Saudara (airmineral) patut belajar lagi memahami isu , fakta terbelit & dibelit serta modus operandi suruhanjaya maharaja pak lah sebelum membuat komen yang dangkal seperti ini."

Komen 7: By airmineral on Tuesday, February 05 @ 15:04:22

"Fikiran saudara juga tidak matang... siapakah yang patut ada dalam suruhanjaya berkenaan? Adakah Ustaz Hadi atau Mat Sabu perlu ada dalam suruhanjaya berkenaan... dan jika ditakdirkan ahli baru ini tidak memihak kepada Anwar, adakah saudara akan terus menyokong suruhanjaya ini... adakah saudara akan menyatakan keputusan suruhanjaya adalah tepat kerana anggota suruhanjaya adalah dari kelompok yang anda dokongkan... apa yang dapat disimpulkan terhadap saudara ialah apa sahaja keputusan yang datang bukan dari kelompok saudara adalah keputusan yang tidak benar, wujud konspirasi, berlaku penipuan dan macam-macam lagi..."

Komen 8: By hidayat_nurwahid on Tuesday, February 05 @ 21:39:48 "Firman Allah dlm surah Al Baqarah yg bermaksud "telah aku butakan mata hati mereka walaupun kebenaran didepan mata mereka" ...semoga Allah memberikan taufik dan hidayahnya kepada mereka yg termasuk didalam golongan tersebut kerana ianya akan mengundang kecelakaan buat mereka."

Komen 9: By syeikhan on Tuesday, February 05 @ 15:41:
"Hang mmg bijak airmineral, kalau hang duk jadi ahli s/jaya pun hang mestilah buat macam tu kan...? tak susah-susah skrip dah diatur, dah tau apa mereka nak jawab, suara macam saya...., tak ingat...dah lupa, dan macam-macam lagi..."

Komen 10: By airmineral on Tuesday, February 05 @ 16:34:30
Saudara syeikhan pun sealiran dengan hidayat_nurwahid... kita kena beri kepercayaan kepada ahli suruhanjaya berkenaan... bila dah wujud pertikaikan pulak.... kalau tak tubuh suruhanjaya... maka saudara berdua dah pasti akan katakan...kenapa tak tubuhkan suruhanjaya... biar suruhanjaya siasat... inilah mentaliti pro sebelah sana... macam nilah... bini Pak Lah tak pakai tudung... saya kata apalah Pak Lah ni... engkau tu cucu ulamak, 'bini tak pakai tudung pasai apa'... saya pasti saudara pun setuju dengan saya TAPI masih ingat tak lagi masa mat sabu kena tangkat khalwat dulu... mereka-mereka seperti saudara berkata ianya adalah satu perangkap... sebenarnya dia terperangkap oleh anunya... Akhir sekali DIA DIBEBASKAN OLEH MAHKAMAH ATAS SEBAB TEKNIKAL walau macam mana sekalipun saudara akan tetap mengatakan tidak jika tidak menguntungkan kumpulan saudara walaupun dah jelas kebenaran didepan mata. Fikir-fikirkan lah..."

Komen 11: By Minyak_masak on Tuesday, February 05 @ 16:53:15 "Habislah negara MalangSia.... bila ada manusia yang begini termasuk Airmineral sekali..."

Komen 12: By ning on Tuesday, February 05 @ 12:13:50
"Suruhanjaya Diraja menjadi tempat berbohong dan yang unitnya para hakim dan peguam ahli politik dan ahli koperat silih berganti berbohong dengan pembohongan yang dangkal umpama orang "berak tengah jalan tapi tak nak mengaku"apa sudah jadi dengan sistem kehakiman negara? Hancur lebur............"

Tiada ulasan: