KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, Februari 06, 2008

Makin Sah! AZIZ SHAMSUDDIN Pindah Ke Parlimen PARIT?

Jika benar Aziz Shamsuddin bertanding di Parit, nasib Datuk Che Ri Daud terus diperjudikan bagi melayan Zaim yang mahu Aziz menang. Soalnya, apakah Aziz akan ditalqinkan pengundi Parit seperti yang menimpa Megat Junid pada 1999 lalu?

By TARMIZI MOHD JAM

SEORANG rakan yang kini kontraktor besar di Kuala Lumpur menghubungi saya pagi ini, 6hb. Februari. Handphone yang disenyapkan, bergetar-getar memberi isyarat!

Ketika itu saya berada dalam Dewan Markaz PAS Pusat, Taman Melewar sedang mengikuti Taklimat & Pelancaran Dalaman Manifesto PAS oleh Timbalan Presiden, Nasaruddin Mat Isa dan Dr. Dzulkifli Ahmad.

Bergegas keluar. Barangkali ada berita menarik. Bagi saya, dia salah seorang informer yang baik untuk mendapatkan maklumat terkini Umno Bahagian Parit.
Jangkaan saya tepat. Katanya, Mike Tyson sudah pasti bertanding di Shah Alam, tempat Menteri Pembangunan Wilayah & Luar Bandar, Aziz Shamsuddin.

Aziz tegasnya, akan bertanding di Parit. Sifirnya begini. Datuk Zaim Abu Hassan kekal di Dun Blanja, Datuk Nasharuddin Hasyim diturunkan di Dun Bota. Ini bermakna Datuk Che Ri Daud, terpaksa dikorbankan bagi memenuhi laluan ini.

Zaim adalah Ketua Umno Bahagian. Che Ri pula Timbalannya dan Nasharuddin Naib Ketua Umno Bahagian Parit, ketika ini.

Utusan Malaysia hari ini, 7hb. Februari melaporkan di muka depannya suatu berita "Saya masih boleh berjalan 10km" yang merujuk "rayuan" Ahli Parlimen Shah Alam, Aziz Shamsuddin dengan berkata beliau masih mempunyai tahap kesihatan yang baik untuk menjadi calon pilihan raya umum ke 12.

Tegasnya, dia benar-benar menolak desas-desus berkenaan penyingkirannya sebagai calon dalam pilihan raya kali ini dengan menyifatkan tahap kesihatan yang dimilikinya mampu untuk menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.

Aziz yang berusia 70 tahun Jun depan, memberitahu tahap kesihatannya yang baik dan masih boleh berjalan kaki sejauh 10 km; memberi signal kepada Perdana Menteri agar tidak melayan pelobi-pelobi yang mahu menyingkirkannya di Shah Alam.

Jika beliau tersingkir atas permainan Khairy bagi membolehkan Mike Tyson bertanding di Shah Alam, Aziz dijangka memilih Parlimen Parit untuk melanjutkan karier politiknya.

Kalau tidak, cukup setakat ini bagi seorang yang disebut "sang konspirator" dalam menjatuhkan Anwar Ibrahim pada tahun 1999 lalu.

Nama Aziz di Parit sudah disebut-sebut sejak pilihan raya umum 1999 lagi. Dia sahabat karib Ketua Umno Bahagian Parit, Datuk Zaim Abu hassan dan rakan sekolahnya ketika di Sek. Men. Iskandar Shah, Parit.

Dalam pilihan raya umum lalu (2004), nama Aziz sekali lagi muncul. Kelibatnya di Parit, kian kerap.

Ia boleh ditafsirkan sebagai persiapan menjadi calon, jika kerusi Shah Alam bermasalah baginya ketika itu. Nasibnya baik, Umno Shah Alam menerimanya dengan penuh "terpaksa".

Selain beliau, terdapat nama-nama baru sedang dilobi oleh pencacai-pencacai Umno di Parit.Antara nama yang disebut-sebut akan bertanding di Dun Bota termasuklah seorang lagi rakan sekolah Zaim, Datuk Hussein Ibrahim (mantan Ketua Pengarah Bahagian Sekolah MARA) yang kini sudah bersara.

Hussein adalah anak jati Kg Lambor Kanan, dalam Dun Bota. Nama lain yang disebut ialah Abdul Rashid Hanafiah, salah seorang Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian.

Sementara nama Yusof Nordin, mantan Setiausaha Umno Bahagian yang disebut-sebut akan bertanding di Dun Bota sebelum ini, sudah tidak kedengaran lagi. Yusof adalah Penyelia Kemas Daerah dan mantan Setiausaha Umno Bahagian.

Jika sifir baru ini dipakai, Ustaz Nizar yang dijangka bertanding di Dun Blanja terpaksa memendam rasa dan bersabar kerusi itu jatuh ke tangannya dalam pilihan raya umum lima tahun lagi.

Para pemerhati politik berpendapat, harapan PAS makin cerah jika Aziz bertanding di Parit.

Kejayaan pengundi mentalqinkan Megat Junid Megat Ayob dalam pilihan raya 1999 pasti akan berulang dan menjadi ukuran!

Megat Junid menggantikan Ahli Parlimen Parit sebelum itu, Ainon Khairiyah Dato' Abbas.

Kedua-dua mereka adalah pimpinan Umno Bahagian Pasir Salak. Megat ketika itu Timbalan Umno Bahagian dan Ainon adalah Ketua Wanita Umno Bahagian.

Keterbukaan Umno Parit menerima calon luar, dijangka memberi laluan mudah kepada Aziz Shamsuddin beradu nasib di parlimen itu dalam pilihan raya tidak lama lagi.

2 ulasan:

Yeop69 berkata...

Menarik jugak percaturan ini. Dah ada planning gamaknya from UMNO untuk pancung Aziz kat Parit.

Tanpa Nama berkata...

Ada logik jugak. Aziz Shamsuddin telah ditolak oleh Umno Shah Alam. Kali ini Khir Toyo mahu Shah Alam diwakili Muhamad Muhd Taib. Dia tidak boleh tanding di Gopeng walaupun dia Ketua Bahagian Umno di sana. Gopeng kerusi MCA, kalau tak salah saya. Sudah tentulah, Aziz mencari rakan taulan yang masih ada hubungan dengannya. Dia pernah bersekolah di Sek. Iskandar Shah Parit bersama Zaim. Tentu ada pakatan bagi mmebolehkan Aziz bertanding di Parit. Dulupun, Zaim bersedia memberi laluan kepada Ainon Khairiyyah, mak saudara Ramli Ngah Talib yang ketika itu Ketua Wanita Umno Pasir Salak bertanding di Parit (1995) dan Megat Junid diberi laluan mudah menggantikan Ainon pada 1999 tetapi tewas.