KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Februari 04, 2008

Benarkah Wujud GENTLEMEN'S AGREEMENT Antara CHET DET Dengan ANAK BADAWI?

Benarkah wujud “gentlemen’s agreement” antara Mahathir dan anak Badawi mengenai tempoh jawatan Perdana Menteri?

By DATUK RUHANIE AHMAD

DI BAWAH ini saya paparkan tiga posting daripada Agendadaily, Kuda Ranggi dan Bernama untuk membantu anda buat kesimpulan sama ada benar-benar wujud “gentlemen’s agreement” antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai tempoh jawatan Perdana Menteri. – Ruhanie Ahmad

Agendadaily: Tiada Perjanjian Jadi PM Satu Penggal – Pak Lah

"Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi nampak relaks tetapi tegas ketika para wartawan petang Khamis bertanya mengenainya."Tiada gentlemen's agreement,” katanya tentang dakwaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Rabu lalu bahawa ada perjanjian lisan antara mereka berdua yang menetapkan beliau berkhidmat sebagai Perdana Menteri hanya untuk satu penggal sebelum menyerahkan jawatan itu kepada Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak."

Untuk posting sepenuhnya sila akses: http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a

Kuda Ranggi: Antara Mahathir Dan Pak Lah - Siapa Pembohong?

"Apalah nak jadi dengan pemimpin kita? Seorang kata ada perjanjian atau persefahaman manakala seorang lagi kata tidak ada. Yang pasti salah seorang daripada mereka adalah pembohong. Munafik! Ma'af cakap, itulah hakikatnya. Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa ada perjanjian (mungkin persefahaman, agak saya) antara beliau dengan Perdana Menteri Abdullah Ahmad (Badawi) sebelum Mahathir menyerahkan tampuk kepimpinan kerajaan kepada Pak Lah. Persefahaman itu ialah bagi Pak Lah menjadi Perdana Menteri untuk tempoh sepenggal sahaja dan selepas itu diambil alih oleh timbalannya Najib Tun Razak. Itu yang didakwa oleh Mahathir."

Untuk posting sepenuhnya sila akses:
http://www.kudaranggi.blogspot.com/

Bernama: Najib Tak Tahu Mengenai Perjanjian Dr Mahathir-Abdullah

PUTRAJAYA, 31 Jan (Bernama) - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak tahu mengenai sebarang perjanjian antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dikatakan menghendaki Abdullah berkhidmat sebagai Perdana Menteri hanya untuk satu penggal sebelum menyerahkan jawatan itu kepada Najib."Saya tak tahu pasal itu. Saya komited dalam sokongan saya kepada Perdana Menteri dan taat kepada beliau," kata Timbalan Perdana Menteri di sini hari Khamis.

Untuk posting sepenuhnya sila akses:
http://web6.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=311439

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kita tinggalkan apa yang dikata-kan "gentlemen's agreement" ni. Bagi saya itu tak sepenting mana. Paling utama rakyat WAJIB sedar dengan karenah-karenah mereka ni bahawa kalangan mereka semuanya "cemar-cemar" belaka. Masing-masing ada skandel. Agenda untuk rakyat hanya manis dibibir, agenda peribadi dan kroni memenuhi sanubari. Dah dekat PRU12 ni, kita selaku rakyat yang inginkan perubahan, ayuh!!! apa lagi, gunakan kuasa yang sedikit yang dianugerahkan oleh ALLAH SWT ni dengan "JANGAN LAGI BERI PELUANG" kepada mereka seperti ini. Yang penting sekarang, kita mahu lihat BUKAN ABDULLAH BADAWI, BUKAN NAJIB dan BUKAN sekali lagi MAHATHIR yang jadi PM negera tercinta MALAYSIA ini, tetapi orang yang berpendidikan agama, mengamalkan perintah agama, melaksanakan apa yang dijelaskan oleh ALLAH SWT di dalam kitab ALQURAN yang sudah jelas, terang dan nyata. Gunakan kewajipan fardhu 'ain ini dengan sebaik mungkin agar kita tidak menyesal dikemudian hari. ALLAH SWT akan tanya persaksian kita semua di akhirat kelak. Wallahu a'lam.