KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Mei 31, 2012

Betulkah ada bekas Timbalan Menteri, bekas orang besar PDRM, bekas Hakim dikatakan akan buat kejutan pada Himpunan Hijau Ke Putrajaya 1 Jun ?


Dijangkakan akan ada beberapa kejutan akan diumumkan oleh PAS dalam "Himpunan Hijau ke Putrajaya" yang akan berlangsung di Stadium Darul Aman, Alor Setar, esok 1 Jun. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ketika ditanya berhubung 'kejutan' itu, beliau berkata ianya mungkin diumumkan pada acara kemuncak di sebelah malamnya.

"Malam esok adalah program kemuncaknya di mana semua pimpinan utama PAS akan hadir. Semestinya mungkin ada beberapa orang baru nak isytihar masuk PAS," katanya. Sebelum ini desas-desus menyebut beberapa lagi tokoh berpengaruh dan pernah memegang jawatan tinggi negara akan membuat perisytiharan meyertai PAS pada Himpunan Hijau ini.

Sejak kebelakangan ini, ramai tokoh dan salebriti yang cenderung kepada agama mengumumkan secara terbuka menyertai PAS. Ianya termasuk bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Fauzi Shaari, dan penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah. "InsyaAllah, tokoh penting," kata Mustafa lagi.

Sementara itu, Himpunan Hijau esok akan bermula dengan program tertutup di sebelah pagi di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut. Program yang dinamakan 'Amanat Khas Pimpinan' itu akan menghimpunkan seluruh pimpinan PAS dari semua peringkat. Kemuncak program pada pagi itu adalah ucapan amanat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

"Ucapan Presiden PAS itu nanti semacam ucapan dasar waktu muktamar juga lah. Ianya semestinya akan fokus juga kepada persiapan dan unsaha menghadapi pilihan raya," kata Mustafa lagi.

Program terbuka kepada umum pula akan bermula seawal jam 4 petang di Stadium Darul Aman yang dinamakan Xpresi Hijau Anak Muda ke Putrajaya. Program itu akan menampilkan penceramah tersohor, Ustaz Azhar Idrus dan selebriti Bob Lokman yang akan mempersembahkan sketsa bertajuk Belantan Pusaka Durjana.

Program kemuncak sebelah malamnya pula juga di Stadium Darul Aman dan akan bermula dengan solat Maghrib secara berjemaah, solat hajat dan munajat perdana. Program ceramah oleh pimpinan utama dan 'kejutan' akan dimulakan sejurus selepas solat Isyak.

Scorpene: Orang 'rapat' Tun Daim Zainuddin turut dinamakan terlibat


Badan hak asasi manusia, Suaram, mendedahkan bahawa nama seorang individu yang didakwa rapat dengan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin disebut dalam kertas pendakwaan Perancis berhubung dakwaan rasuah dalam pembelian Malaysia dua kapal selam kelas Scorpene berharga RM7.3 bilion pada tahun 2002.

Dalam satu sidang akhbar di Bangkok, 30 Mei lalu, Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel berkata polis Perancis telah merampas dokumen termasuk nota untuk menteri pertahanan Perancis bertarikh 2 Julai 1999, lapor Malaysiakini. Ini berkaitan kepada satu temubual dengan menteri pertahanan Malaysia ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak dan diplomasi Perancis-Malaysia mengenai perkara-perkara berkaitan pertahanan.

"Nota tersebut menyebut nama Mohd Ibrahim Mohd Noor dan Abdul Razak Baginda sebagai tempat rujukan untuk rangkaian politik," katanya. Ia seterusnya menyatakan bahawa kedua-duanya mempunyai hubungan politik yang kuat kerana Mohd Ibrahim rapat dengan Daim, dan Abdul Razak rapat dengan Najib."

Menurut Cynthia, satu lagi nota menjelaskan bahawa menjelang awal tahun 2001, pengaruh Mohd Ibrahim telah mula menurun sejajar dengan kuasa Daim yang semakin susut. Nama Mohd Ibrahim kemudian 'hilang' dari syarikat Perimekar Sdn Bhd - yang dikatakan menjadi perantara dalam pembelian Scorpene - sebagai pemegang saham dan pengarah. Beliau digantikan kemudiannya oleh mereka dalam rangkaian Abdul Razak.

Penyampai Radio Anti KM Sarawak "Free Sarawak" ditahan di Sabah


Penyampai Radio Free Sarawak ditahan pagi ini di Lapangan Terbang Kota Kinabalu ketika cuba mengambil penerbangan ke Miri. Menurut stesen anti Ketua Menteri Sarawak yang berpangkalan di London itu, Peter John Jaban - yang menggunakan nama Papa Orang Utan - "ditahan, diambil gambar dan difotokopi dokumennya sebelum diiring ke kapal terbang".

"Kami sedang menunggu maklumat kenapa beliau ditahan," kata stesen itu dalam kenyataannya hari ini (31 Mei 2012). Peter ketika ditahan sedang bercuti dan merancang pulang ke Sarawak bagi menemui anggota keluarga dan merayakan Hari Gawai.

Gambar sekitar penyerahan borang menjadi ahli PAS seumur hidup Juara Lagu 1990, Aishah kepada Mursyidul AM PAS


Syarikat pertahanan Perancis didakwa 'beli' dokumen sulit dedah Joseph Breham


Suatu dokumen yang sangat sulit - penilaian Tentera Laut Malaysia terhadap kapal selam kelas Scorpene yang akan dibeli oleh kerajaan - didakwa telah "dibeli" oleh sebuah syarikat pertahanan Perancis. Peguam Perancis, Joseph Breham, yang mewakili NGO hak asasi manusia, Suaram, mendakwa syarikat berkenaan didakwa membayar 36 juta euro (RM142 juta) kepada Terasasi (Hong Kong) Ltd, kononnya untuk kerja-kerja "kejuruteraan komersial".

Breham berkata hakim siasatan Perancis yang menyiasat kes yang difailkan oleh Suaram terhadap syarikat pembuat kapal Perancis, DCNS, atas dakwaan rasuah, mahu tahu tujuan bayaran tersebut dan meminta laporan transaksi kewangan daripada syarikat berkenaan.

"Mereka (para hakim siasatan) telah diberi maklumat yang sudah sedia ada dalam Internet dan akhbar, kecuali dokumen yang ini," dakwa Breham dalam satu sidang akhbar di Bangkok semalam. "Ia adalah dokumen rahsia oleh Tentera Laut Malaysia - satu penilaian untuk tempahan kapal selam berkenaan, yang merupakan laporan yang sangat sulit," katanya kepada wartawan di Kelab Wartawan Asing Thailand. Brehem membuat dakwaan tersebut berdasarkan kepada kertas pendakwaan Perancis.

Rakyat nak tau, "tangan ghaib" siapa di sebalik Polis halalkan samseng politik?


Menjejaki langkah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang semakin hampir, suasana politik dalam negara ini juga semakin panas. Sejak awal tahun ini, bertambahnya  insiden ganas dan provokasi khususnya ketika pihak oposisi atau badan bukan kerajaan (NGO) mengadakan aktiviti di seluruh pelosok negara, memberikan gambaran bahawa tahun 2012 yang bakal membentuk Malaysia ala- zaman perubahan sedang berdepan dengan tentangan hebat pihak berkepentingan.
Sikap ketidakacuhan daripada pemimpin kerajaan dan pihak polis seolah-olah menggalakkan budaya samseng dalam arena politik negara dan dalam masyarakat tempatan. Kerajaan BN terus membisu di samping membenarkan kejadian seperti ini terus berlaku. 

Apakah ini satu petunjuk siapa dalang di belakang kejadian-kejadian ganas tersebut kerana sehingga kini, tiada sesiapa telah didakwa di mahkamah atas kejadian seumpama?

Pada perhimpunan Bersih 3.0 yang lalu, rakyat Malaysia dikejutkan dengan perlakuan ganas sesetengah pegawai polis yang bertugas. Sesetengah wartawan tidak terlepas daripada menjadi mangsa keganasan sesetengah pegawai polis yang bukan sahaja, merampas dan menghancurkan kamera wartawan, tetapi juga membelasah mereka.
Pada tahun 2009, Perdana Menteri melancarkan konsep 1Malaysia di mana antara konsepnya adalah menghargai dan menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara serta menjadi asas kepada prinsip keadilan untuk semua kaum. Menerusi konsep 1Malaysia, nilai murni didokongi oleh nilai hormat-menghormati antara semua kaum. 

Pada 16 April 2012, Perdana Menteri juga mengumumkan transformasi negara melalui inisiatif Transformasi Politk Negara (PTP) yang melibatkan pembatalan 3 Proklamasi Darurat, pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Kediaman Terhad dan Akta Buang Negeri, Penggubalan Akta Perhimpunan Aman termasuklah pemindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, dan akhirnya pemindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti. 

Akan tetapi, transformasi yang didambakan oleh kerajaan BN di bawah naungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hanyalah berbaur retorik berikutan peristiwa-peristiwa  semasa. BACA DI SINI.

Suaram dapat akses kepada 153 kertas siasatan Skandal Scorpene


Berikutan bermulanya siasatan itu, SUARAM telah mendapat akses penuh istimewa kepada 153 kertas siasatan dari pejabat Pendakwa Raya. Ini adalah satu langkah ke hadapan yang sangat besar, kerana banyak maklumat dirahsiakan kini dibuat diakses oleh SUARAM sebagai Plaintif sivil dalam kes jenayah terhadap DCNS (syarikat pembinaan kapal Perancis).

Undang-undang Perancis menyediakan kekangan beberapa kawasan akses. Walaupun kita tidak mampu untuk mendapatkan salinan keras dan mengedarkan salinan, kami bagaimanapun berhak untuk paparan penuh dokumen dan dapat memetik mereka kepada media dan orang ramai.

Ia juga penting untuk diambil perhatian bahawa aduan yang dibuat oleh SUARAM telah membawa kepada bermulanya penyiasatan jenayah yang baru sahaja dibuka, meninggalkan kemungkinan besar pendakwaan jenayah mereka yang terlibat dalam skandal rasuah ini. Peguam kami telah diingatkan bahawa pegawai Perancis dan Malaysia serta syarikat-syarikat yang terlibat dalam skandal rasuah boleh dimasukkan ke dalam senarai "suspek" sebagai hasil kes jenayah di Mahkamah Perancis. BACA DI SINI.

Selasa, Mei 29, 2012

Jemput ke Markas PAS Pusat 30 Mei Jam 9 malam Ceramah "Ubah BN Cukup 54 Tahun"


Alhamdulillah. Lebih 1,000 hadir mendengar penerangan tentang beberapa isu semasa yang mengelirukan rakyat pada majlis ini. Gelanggang dibuka oleh Modrator majlis, Dato' Tarmizi Mohd Jam dengan kupasan penuh bersemangat tentang beberapa insiden keganasan politik yang dilancarkan oleh Umno-BN sejak muktahir ini.

Seperti biasa, penceramah tetap, Yang DiPertua PAS Batu, Ishak Surin memulakan ceramah sebaik dimaklumkan melalui SMS oleh Cikgu Izam Ahmad, yang tidak dapat hadir ke majlis berkenaan kerana diserang demam teruk. Ishak menyifatkan isu bida no plat kereta sebagai suatu pembaziran dan hanya menunjukkan sifat kemewahan yang wajar dihentikan.

Nazree Mohd Yunus, Ketua AMK Negeri Sembilan pula yakin, jika pemimpin BN mahu berhujah dengan fakta dan informasi yang tepat, rakyat akan lebih mudah untuk mmebuat penilaian tentang kerajaan mana yang lebih baik untuk mentadbir negara ini. 

Gelagat Ustaz Sharil Long, berpengalaman 20 tahun menjadi ahli PAS dan  tenaga penceramah membelasah Umno-BN, tidak kering gusi dibuatnya apabila dengan selamba beliau menghentam rapat ualam-ulama kerajaan yang sanggup mengeluarkan fatwa semata-mata mahu mencari "sesuap nasi" dalam kerajaan.
  

Guna derma orang ramai, Tok Guru Nik Aziz bina Lebuhraya Rakyat KB-KK


Pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai sepanjang 73 kilometer, yang akan menelan kos RM1.8 bilion, yang tertangguh sejak 26 tahun, dimulakan di Kampung Berangan Mek Nab di sini, 28 Mei, antara lain menggunakan sumbangan orang ramai.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, setelah lebih dua dekad pembinaannya ditangguhkan oleh Kerajaan Pusat, pihaknya mengambil keputusan membina sendiri jalan baru itu demi kemudahan rakyat. Katanya, projek jalan baru itu diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Kelima (RMk-5)  dan ditangguhkan  dari tahun ke tahun.

"Malangnya pada RMK-10 ia tidak lagi disenaraikan dan kami (Kerajaan Negeri) mengambil keputusan membinanya sendiri. Jalan baru ini memainkan peranan penting dalam usaha mengurangkan kesesakan lalu lintas pada musim perayaan seterusnya membantu menurunkan indeks kemalangan jalan raya," katanya.

Beliau berkata demikian pada  Majlis Pecah Tanah Pakej 1 (Machang-Kuala Krai) di Kampung Berangan Mek Nab di sini. Projek keseluruhan yang dijangka bernilai RM1.8 bilion itu bakal disiapkan dalam masa tiga tahun.

Pada majlis itu, orang perseorangan dan korporat turut menyumbang bagi sama-sama menjayakan lebuh raya rakyat itu. Nik Abdul Aziz berkata, lebuh raya yang berkonsepkan tanpa tol itu turut dilaksanakan secara wakaf di mana kos pembinaannya serta penyelenggarannya dibiayai sebahagiannya oleh dana hasil sumbangan derma dan wakaf rakyat serta yarikat swasta.

Katanya, projek itu adalah demi kepentingan rakyat dan bukannya permainan politik sebagaimana yang didakwa beberapa pihak.

Nurul Izzah cabar debat: Apakah Raja Nong Chik juga si pengecut macam Najib?


Jawapan Datuk Raja Nong Chik terhadap isu "Malam Berdarah di Lembah Pantai" membuktikan wujud percubaan untuk mengalih perhatian dan memutarbelit fakta kejadian. Tidak boleh dinafikan telah berlaku keganasan yang mengakibatkan kecederaan kepada seorang warga emas yang wajib dihormati dan kepada seorang anak kecil yang wajib dilindungi.  

Malangnya, serangan keganasan ini bukan hanya satu serangan terhadap rakyat yang tidak bersalah tetapi juga merupakan satu serangan terhadap demokrasi.

Pertama, keganasan yang berlaku dipupuk melalui suasana intimidasi dan politik samseng yang diwujudkan Umno Lembah Pantai, seperti yang telah disaksikan pada malam itu dan juga kejadian-kejadian sebelumnya.   Seperti dalam (Kes 1) Protes Pekida di Masjid al-Ikhlasiah, Pantai Dalam; (Kes 2) Kes Adam Adli ditumbuk di Flat PKNS 4 Tingkat Kg Kerinchi oleh ahli Umno Lembah Pantai yang dikenalpasti; (Kes 3) Ceramah Tibai-Umno yang dibuat di Kg Kerinchi baru-baru ini.

Kedua, usaha lemah untuk mengalih pandangan umum dengan membuat spekulasi dan menyalahkan PKR kerana menjemput "orang luar" menghadiri program politik setempat adalah tidak lain tidak bukan satu usaha merendahkan martabat demokrasi yang langsung merugikan penduduk Lembah Pantai.

Sebagai Ahli Parlimen Lembah Pantai, saya mengalu-alukan kehadiran pemimpin nasional seperti Najib Razak, Muhyiddin Yassin, Daim Zainuddin dan mana-mana lagi menteri kabinet yang telah turun ke Lembah Pantai dalam beberapa bulan kebelakangan ini. Saya tidak melihat tindakan Umno ini sebagai usaha membawa masuk "orang luar" ke dalam "politik tempatan" tetapi ianya adalah satu pengiktirafan bahawa PKR telah melakukan banyak perkara dengan betul untuk layak menerima layanan sebegini.

Tambahan pula, layanan luar biasa dalam bentuk dana dan perhatian yang dicurahkan ke Lembah Pantai berbanding kawasan-kawasan parlimen lain di Kuala Lumpur oleh Raja Nong Chik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, serta seorang datuk bandar yang tidak dipilih, adalah bukti Kerajaan Persekutuan harus bekerja dua kali ganda lebih keras apabila sokongan majoriti di Kuala Lumpur bersama Pakatan Rakyat.

Ketiga, berkaitan dakwaan tidak cukup bukti mereka yang bertanggungjawab terhadap keganasan di Pantai Permai, saya jemput Raja Nong Chik untuk bersama saya mengecam semua bentuk politik keganasan dan bersama-sama saya menjemput Polis Di-Raja Malaysia dan Suhakam untuk menyiasat kejadian ini secara adil pada Khamis ini.

Akhir sekali, untuk memupuk semangat demokrasi dan membuktikan politik keganasan tidak boleh diterima segenap lapisan masyarakat, saya sekali lagi menyatakan kesediaan saya untuk berdebat dengan Raja Nong Chik, dua minggu dari sekarang di Pantai Permai, tempat sama seperti ceramah saya minggu lalu. Saya nantikan sama ada beliau mampu menterjemah percakapan menjadi realiti oleh sebab beliau percaya bahawa semua politik itu bersifat setempat. 

>> Cabaran Ahli Parlimen Lembah Pantai yang juga Naib Presiden PKR, YB Nurul Izzah.

Rakyat berasa pelik, kenapa Najib jadi pengecut berdebat dengan Anwar Ibrahim


Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menempelak Datuk Seri Najib Razak yang hanya berlagak hebat di hadapan media Umno BN sebaliknya takut untuk berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata, selepas debat antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli Selasa lalu, kini tiba masanya untuk Perdana Menteri dan Ketua Umum PKR itu bersemuka.

"Tiada guna Najib menunjukkan kehebatan dengan hanya menggunakan media propaganda mereka. Itu bukan cara yang sihat bagi seorang pemimpin menggunakan media propaganda untuk menyerang lawan politik mereka. Cara terbaik adalah dengan mengadakan perdebatan. Rakyat sudah matang dan mereka sudah bersedia mendengar pandangan kedua-dua pemimpin ini," katanya dihubungi Keadilan Daily.

Selepas berakhirnya debat bertajuk 'Pemansuhan PTPTN dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi' antara Rafizi dan Khairy anjuran Sinar Harian, moderator Dr Mazlee Malik mencabar Anwar dan Najib bersemuka bagi menjelaskan dasar parti masing-masing sebelum PRU-13.

Sebelum ini, Anwar beberapa kali mengundang Najib berdebat mengenai isu negara tetapi ditolak kerana tidak berani berdepan dengan Ketua Pembangkang itu. Pada 2008, Anwar pernah berdebat dengan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang ketika itu Menteri Penerangan mengenai isu harga minyak.

Ketua Menteri Pulau Pinang dan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek juga pernah bersemuka dalam debat 'Kaum Cina di persimpangan: Apakah sistem dua parti menjadi sistem dua bangsa?' pada Februari lalu. Saifuddin berkata, hujah mengatakan debat tidak sesuai dengan budaya rakyat Malaysia adalah dangkal kerana berdasarkan penganjuran debat sebelum ini menunjukkan ia diterima baik oleh rakyat.

PRU13: Umno terus meracau-racau, empat lagi tokoh sertai PKR Pakatan Rakyat


Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan empat muka baru yang menyertai parti itu bakal menerajui bersama-sama kepimpinan sedia ada. Mereka adalah Profesor Dr Abdul Aziz Bari, Pakar Perlembagaan dan bekas tokoh akademik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan bekas Pengurus Kanan Am Jabatan Perniagaan Antarabangsa di Nam Fatt Corporation Berhad, Koh King Kee.

Manakala dua lagi adalah bekas Pegawai Tertinggi Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM), Brigadier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khattab dan bekas Pengarang Laman Portal Online The Malaysian Insider, Praba Ganesan.

Menurut Azizah, kesemua tokoh terbabit merupakan kebanggaan parti kerana penyertaan mereka dalam PKR memberikan gambaran bahawa perjuangan Pakatan Rakyat (PR) bukan angan-angan kosong tetapi komited dalam memperjuangkan keadilan demi rakyat. Beliau yang mengalu-alukan penyertaan empat tokoh itu bagaimanapun turut membuka pintu kepada mana-mana tokoh lain jika mahu menyertai parti itu.

"Abdul Hadi merupakan individu yang memfailkan saman terhadap kerajaan Malaysia dan Panglima Angkatan Tentera atas pemecatan yang tidak sah beliau berhubung kehilangan dua enjin jet pejuang FSE dari kem TUDM di Sungai Besi. PKR dengan tanpa syak telah melantik beliau sebagai Pengerusi Majlis Perundingan Keselamatan PKR," katanya pada kenyataan, 24 Mei lalu.

Sementara itu, Ganesan pula dilantik Pengurus Strategi Media Sosial PKR. "Manakala bekas Pengarang laman portal online The Malaysian Insider, Praba Ganesan yang sangat berpengalaman dalam media baru dilantik sebagai Pengurus Strategi Media Sosial PKR yang akan merancang dan melaksanakan strategi berkaitan media sosial parti bagi menghadapi PRU-13 yang bakal menjelang.

"Penyertaan Dr Abdul Aziz Bari pula sangat membanggakan PKR kerana kepakaran dan karismatik beliau menguntungkan perjuangan PKR dan Pakatan Rakyat dalam usaha 'Merdeka Rakyat' dari rejim Umno dan BN," kata Wan Azizah lagi.

Soi Lek hina Islam atau perlekeh Lim Guan Eng bila sebut 'potong' anunya?


Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata setiausaha agung DAP Lim Guan Eng tidak boleh menjadi perdana menteri walaupun selepas berkhatan dan memeluk Islam. "Kita mahu tanya Lim adakah dia mahu potong (berkhatan). Tapi walaupun dia potong, dia tidak akan diterima (sebagai perdana menteri) kerana dia tidak akan menjadi seorang Islam sebenar," kata Chua seperti dipetik beberapa akhbar berbahasa Cina, 28 Mei, semalam.

Chua berkata demikian dalam satu ucapan di Kuala Lumpur semalam selepas mengadakan pertemuan dengan persatuan Cina tempatan. Beliau mengulas kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mahu terus berjuang untuk membolehkan seorang bukan Melayu dilantik menjadi perdana menteri.

"Selagi saya hidup, saya akan berjuang untuk melihat seorang bukan Melayu menjadi Perdana Menteri,'' kata Karpal seperti dipetik Utusan Malaysia pada Khamis lalu. Sejak itu akhbar milik Umno itu giat melaporkan reaksi daripada pelbagai kumpulan serta individu yang mengkritik Karpal dan DAP.

Bagaimanapun, penasihat DAP Lim Kit Siang mendakwa Utusan salah memetik kenyataan Karpal. Beliau menjelaskan bahawa Karpal hanya merujuk kepada perlembagaan persekutuan yang memperuntukkan bahawa pejabat perdana menteri terbuka kepada semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama atau kawasan.

Lim juga berkata beliau menerima realiti politik bahawa sepanjang hayatnya ini, perdana menteri tetap merupakan seorang Melayu. Turut memberi komen dalam isu tersebut ialah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berkata sesiapa saja layak memegang jawatan PM, selagi individu terseut merupakan seorang Muslim.

Nama Altantuya disebut, rasuah berskala besar, SPRM wajib buka kertas siasatan Scorpene


Pengarah Eksekutif Suaram, Cynthia Gabriel mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan mengenai skandal Scorpene yang turut dikaitkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau turut mendesak Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyenaraikan semua syarikat yang terlibat dalam skandal pembelian kapal selam berkenaan.

"Zahid perlu senaraikan semua syarikat yang terlibat dalam pembelian kapal selam ini kerana ia melibatkan penggunaan dalam jumlah yang besar wang pembayar cukai. Kita juga desak SPRM membuka semula siasatan skandal ini kerana jelas berlakunya penyelewengan dan rasuah termasuk membabitkan Perdana Menteri, Najib Razak," katanya dalam taklimat isu Scorpene di Pejabat PKR, 27 Jun lalu.

Dalam taklimat berkenaan, Cynthia juga mengesahkan nama wanita Mongolia yang mati dibunuh di Malaysia, Altantuya Shaariibuu tertera dalam beberapa kertas siasatan pembelian kapal selam itu. Kematian Altantuya dikaitkan dengan Abdul Razak Baginda yang juga kenalan rapat Najib.

"Sebab itu kalau anda lihat skandal ini, ia macam filem Hollywood di mana semua perkara penting untuk skrip memang lengkap dari skandal seks, pembunuhan dan rasuah membabitkan pemimpin tertinggi sebuah negara. Makanya, kalau ada pembikin filem Hollywood ingin membuat filem, mereka boleh ambil skrip dari kami," katanya berseloroh.

Mengenai kemungkinan Najib boleh mengelak dari menghadiri kes perbicaraan skandal itu di Perancis Jun ini, Cynthia berkata ia agak sukar.

"Walaupun Najib ada imuniti, namun mahu tidak mahu dia tetap perlu datang kerana apabila pegawai berkaitan di Perancis mula memberi keterangan semua nama terlibat termasuk Najib, Razak Baginda dan Zahid Hamidi tetap muncul. Lagipun selaku pemimpin adakah Najib tidak malu bertemu rakyat Malaysia dalam mana-mana programnya apabila dia terlibat dengan skandal rasuah dan pembunuhan terhadap wanita," soalnya.

Cynthia turut mengecam media arus perdana yang menggelapkan isu itu sedangkan ia merupakan kes besar melibatkan jenayah rasuah melibatkan nama pemimpin negara.

Media tunggangan Umno-BN sengaja gelapkan Skandal Scorpene


Pengarah Eksekutif Suaram, Cynthia Gabriel berkata, media arus perdana di negara ini cuba menggelapkan berita mengenai skandal  Kapal Selam Scorpene yang kini di peringkat perbicaraan di Mahkamah Perancis.

Katanya, kecuali media dalam talian seperti Malaysiakini, dan akhbar alternatif seperti Suara Keadilan dan Harakah, media lain tidak menjadikan kes berkenaan sebagai berita utama. Walhal katanya, perbicaraan kes berkenaan sangat penting kerana melibatkan rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dan wujudnya kes pembunuhan.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sesi taklimat berhubung kes Scorpene di Ibu Pejabat PKR, 27 Jun lalu. Dalam pada itu Cynthia berkata, tahap kesedaran rakyat Malaysia mengenai kes Scorpene yang dibicarakan di Mahkamah Perancis, juga masih rendah.

Dari kajian yang dijalankan Suaram dan Merdeka Centre, hanya 52 peratus rakyat Malaysia yang sedar kes tersebut sedang dibicarakan di mahkamah itu. Katanya dari bancian tersebut, kaum Cina memiliki kesedaran  62 peratus, diikuti kaum India 46 peratus dan Melayu 40 peratus.

Dakwa 10 Pemandu Bersih 3.0, Anwar, kini jadi malapetaka baru buat BN


Tindakan perundangan yang diambil kerajaan BN terhadap pemimpin Bersih di bawah Akta Perhimpunan Aman (PAA) telah menimbulkan keresahan dikalangan pemimpin mereka yang mana tindakan itu akan mengakibatkan pembangkang mendakwa akta itu lebih tegas berbanding akta sebelumnya.

Walaupun mereka berkata kepada The Malaysian Insider akta itu perlu dihormati, mereka masih lagi tidak pasti bagaimana pengundi akan menerima penggunaan akta itu, kunci perundangan dalam pentadbiran Najib dalam pembaharuan demokrasi, dengan pilihan raya yang semakin hampir.

Rabu lalu, 10 ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih termasuk Pengerusinya, Datuk Ambiga Sreenevasan, menjadi individu pertama disaman di bawah PAA, yang dikuatkuasakan sehari sebelum demonstrasi 28 April. Kerajaan menuntut RM122,000 atas kerosakan 15 kenderaan di bawah Seksyen 6(2)(g) PAA yang mana menyatakan penganjur perlu "memastikan perhimpunan membahayakan kesihatan dan mencetuskan kerosakan harta dan alam sekitar."

Dato' Seri Najib Razak berkata apabila memperkenalkan akta itu, ia adalah "revolusi" perundangan yang membenarkan kebebasan bersuara menurut norma-norma antarabangsa.

Namun pemimpin Pakatan Rakyat (PR) berkata, saman tersebut pada Selasa diikuti dengan dakwaan terhadap penyertaan dalam perhimpunan haram terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin Ali, menunjukkan perdana menteri bukanlah reformis, sebaliknya bertindak.

"Ini adalah perkara penting bagaimana rakyat akan melihat kerajaan, dengan menghantar signal yang bercampur aduk," kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah kepada The Malaysian Insider.

Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Ti Lian Ker turut bersetuju dengan Lim Kit Siang bahawa tindakan itu adalah "lebih kepada pelaksanaan dan dibuat kerana kehadirannya telah dicabar dan jika tiada tindakan, di mana pihak berkuasa?" Namun beliau menegaskan kerajaan mempunyai pilihan yang terhad dalam perkara itu.

"Bersih menyatakan 'punca' dan mereka mempunyai moral tinggi. Tapi kerajaan perlu meletakkan kaki di bumi nyata dan kamu tidak boleh melangkaui undang-undang," kata peguam ini, yang juga Pengerusi MCA Kuantan.

Naib Pengerusi Kelab Penyokong BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan turut berkata walaupun sesetengah pihak mengatakan PAA "tidak adil, ia masih undang-undang dan telah dilanggar". "Kita semakin hampir dengan pilihan raya, tidak perlu lagi asyik turun ke jalanan, PR boleh letakkan dalam manifesto mereka dan lihat jika rakyat sokong demonstrasi bebas tanpa penguatkuasaan," kata Ahli Parlimen Kota Belud itu.

Pembangkang telah keluar Dewan, November lalu apabila akta tersebut dibahaskan di Parlimen selepas mengkritik akta tersebut, yang mana menghalang "usul perhimpunan" yang dilihat lebih teruk berbanding Myanmar, negara yang mempunyai hak asasi manusia yang paling rendah di dunia.

Gempar: Debat PTPTN antara Rafizi Ramli lawan Khairi Jamaluddin huru-harakan Umno



Sertai PAS: Industri hiburan "tergamam" dan jutaan peminat Aishah terkejut


Industri hiburan tanah air 'tergamam' dan jutaan peminat Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah pula 'terkejut' apabila Juara Lagu 1990 itu akhirnya menjadi ahli PAS seumur hidup. Aishah menyerahkan borang keahlian menjadi ahli PAS kepada Mursyidul Am parti itu, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat pada majlis gilang gemilang di Markas Tarbiah PAS Pusat Taman Melewar, pada 11 Mei lalu.

Ia disaksikan lebih 5,000 hadirin dan dipancarkan ke seluruh dunia melalui webtv.pas.org.net dan telukbakong.online. Aishah mengistiharkan dirinya bersama PAS pada 4 April ketika berceramah bersama pelawak, penulis lirik, pelakon dan juri Maharaja Lawak, Bob Lokman  di tempat yang sama, anjuran PAS Kawasan Batu.

Keahlian Aishah dicadangkan oleh Pengarang Harakah, Dato' Tarmizi Mohd Jam dan disokong oleh Setiausaha PAS Batu, Dato' Ismail Yahya dengan yuran RM100 ditaja penuh oleh PAS Batu. Tuan Guru Nik Aziz kelihatan begitu gembira menerima borang keahlian PAS daripada Aishah yang terkenal dengan lagunya "Janji Manismu".

Ini ditandai dengan kesudian beliau hadir dan berceramah lebih satu pada malam tersebut, walaupun penganjur dibisikkan oleh Setiausaha Politiknya, Wan Nik Yusuf, Tuan Guru hanya mahu meraikan Aishah sahaja.

Turut meraikan kemasukan Aishah ke dalam PAS ialah anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tamrin Tun Ghafar Baba; bekas Menteri Kesihatan, Dr Chua Jui Meng; Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat, Dr Mariah Mahmood; bekas Ahli Parlimen Bachok, Wan Nik Yusuf; bekas Ketua Penerangan PAS Pusat, Subky Latif; Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah, Salbiah Wahab dan Yang Dipertua PAS Batu, Ishak Surin. 

Laungan takbir bertalu-talu sebaik sahaja Aishah menyerahkan borang PAS kepada Tuan Guru dan kemudiannya borang itu disampaikan kepada Yang DiPertua PAS Batu, Ishak Surin. Aishah dalam ucapan ringkasnya, amat terharu dengan layanan PAS yang menjayakan program besar itu semata-mata mahu meraikan kemasukannya ke dalam parti Islam yang berpengaruh itu.

"Baguslah, PAS kini disertai pelbagai lapisan orang. Artis sedia bersama PAS ni suatu yang menakjubkan," kata Tamrin Ghafar memberi reaksi seusai ceramah. Aishah turut dijadikan keluarga angkat oleh PAS Batu dan Tuan Guru Nik Aziz yakin, lebih ramai artis dan para pemimpin Umno akan bersama PAS menjalang PRU-13 ini.

Setelah fikir jauh, akhirnya Juara Lagu 1990 Aishah menjadi ahli PAS seumur hidup


Ketika penyanyi bersuara lunak, Wan Aishah Wan Ariffin mengistiharkan dirinya bersama PAS dalam ceramah sulongnya pada 4 April lalu, di Markas Tarbiah PAS Pusat, sebenarnya beliau masih belum mengisi borang menjadi ahli PAS.

Aishah terpanggil untuk berjuang, kerana di hadapannya terlalu banyak kebobrokkan yang dilihatnya sendiri, apatah lagi yang "menimpa" dirinya, telah benar-benar menyedarkan dia tentang peri pentingnya mengambil tahu hal-hal politik dalam negara tercinta ini.

Akibat bimbang negara akan punah dan akidah anak-anak muda tidak terjaga, maka Juara Lagu 1990 dengan lagu hit-nya "Janji Manis Mu" itu, kini Aishah bertekad berjuang bersama-sama PAS bagi menyelamatkan masa depan anak bangsa.

Gementar juga Aishah berceramah di hadapan lebih 1,000 hadirin, bisik dia seusai ceramah. Terdapat beberapa peristiwa yang dilihat oleh beliau sendiri tentang gelagat para pemimpin Umno-BN menyebabkan beliau berfikir jauh, dan dalam masa yang sama sebagai seorang ibu, beliau mahu akidah anak-anaknya terjaga.

Aishah yakin kesedaran masyarakat bandar begitu tinggi untuk mengubah kerajaan yang ada, tetapi dia bimbang, informasi tidak sampai ke desawan dan ini menyebabkan perubahan tidak berlaku. Sudah tentulah ramai yang bertanya, bagaimana Aishah yang masih popular, seorang wanita dan ibu tunggal mahu menjadikan PAS sebagai wadah perjuangannya?

Tidakkah ini akan menimbulkan masalah kepada beliau? Aishah nampaknya kelihatan tenang dan sudah bersedia berdepan dengan sebarang dugaan mendatang. Berceramah bersama pelawak, pelakon dan penulis lirik, Bob Lokman pada malam itu, Aishah berkata, sudah agak lama dia berfikir untuk terjun bersama-sama PAS, tetapi sekarang baru dia membuat keputusan itu.

Saya hanya mengundang Aishah, jika dia ada kelapangan untuk berceramah pada 4 April itu. Bukan nak bercakap soal politik, tapi berkongsi pandangan tentang pahit manis kehidupan yang beliau lalui. Tetapi malam itu, Aishah bercakap politik dan itulah kali pertama dia berceramah politik atas pentas PAS. Ramai juga yang terkejut.

"Kalau ibu saya masih ada, tentu dia terkejut dan marah. Macam mana saya boleh berceramah atas pentas PAS seperti malam ini," ujar beliau. Aishah memberitahu, pelbagai kecaman ditulis pada dinding Facebook beliau kerana memilih PAS sebagai medium perjuangan, tetapi ini akan menguatkan lagi untuknya istiqamah pada jalan dakwah.

Kini Aishah ligat berceramah di seluruh negara. Dia memberitahu saya, dairy April sendat,  Mei pula sudah penuh. 

Seorang pemimpin PAS Parit, Perak, Cikgu Razak Mat Taha SMS saya, lebih 3,000 hadir di Kg Layang-Layang Kiri mendengar ceramah penyanyi ini, Sabtu 21 April lalu. Saya mendapatkan tarikh senggang Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menerima borang itu daripada Aishah. Setelah ada tarikh, saya memujuk Aishah isi barang PAS dan serah kepada MB Kelantan pada tarikh yang sudah dipersetujui itu.

Tuan Guru setuju menerima borang Aishah jadi ahli PAS pada Jumaat, 11 Mei 2012, hari Jumaat malam Sabtu dalam ceramah perdana Rapat Rakyat Ke Putrajaya. Kebetulan hari itu, hari ulang tahun Umno yang ke 24 tahun, tapi digenbar-gemburkan yang ke 66 tahun.

Turut sama pada majlis itu Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat, Dr Mariah Mahmud dan bekas Menteri Kesihatan, Dato' Chua Jui Meng di Markas PAS Pusat, Taman Melewar, jam 9.30 malam. Paling menarik ialah kehadiran ahli Umno, Tamrin Tun Abdul Ghafar Baba.

Isnin, Mei 28, 2012

Malam Merah Lembah Pantai: Tragedi "berdarah" di Kerinchi 24 Mei 2012



Pada malam itu, 24 Mei 2012, di kawasan Kerinchi, Lembah Pantai, UMNO membuktikan sekali lagi mengapa mereka perlu ditolak rakyat Malaysia. 

Pada malam tersebut kebiadaban yang cuba disorok selama ini telah terserlah, masyarakat Melayu yang penuh dengan adab dan adat telah bertindak samseng, mengganggu ceramah PR dengan membaling batu, telur dan juga membocorkan tayar kenderaan. 

Maka amat jelas sekali bahawa UMNO hanya mampu merosakkan minda Melayu, membawa Melayu menjadi bangsa yang tidak bertamaddun dan beretika.

Namun kesan terhadap tindakan pengecut tidak sepertimana yang mereka harapkan apabila lebih ramai rakyat yang hadir bersama ceramah PR. Walaupun diancam sedemikian rupa program tetap diteruskan.  Rakyat tidak bersurai walaupun terpaksa menyaksikan seorang warga mas cedera berdarah dahinya terkena batu yang dilontar dari jauh. 

Beliau berjalan beberapa langkah setelah terkena batu dan saya melihat dahinya berdarah, bajunya bertompok-tompok dengan darahnya sendiri sebelum tiba-tiba rebah dan disambut orang-orang di tepinya. 
Beberapa orang memapahnya dan membawanya ke belakang.

Dalam keadaan trauma sebegitu sekalipun, rakyat tidak berganjak. Atas sikap istiqamah rakyat yang terus bersama, ceramah diteruskan oleh DSAI dan ditutup akhirnya oleh diri saya sendiri. Rakyat tidak berganjak sehingga majlis berakhir. 

Tetapi apa yang saya kesal dan kasihan ialah pihak Polis yang hadir bertugas pada malam itu. Pasti mereka ingin menghalang dan mungkin juga menangkap samseng-samseng belaan UMNO tetapi mereka terpaksa mendiamkan diri. 

Samseng-samseng ini tidak boleh disentuh, maka di atas sebab UMNO berkuasa, kredibiliti polis terjejas. Rakyat tertanya-tanya mengapa Polis tidak bertindak dan akhirnya hilang kepercayaan kepada pihak Polis. 

Oleh itu, pihak Polis yang ingin menyelamatkan institusi Polis sebelum terlambat perlu menolak UMNO dan mengundi PR.Selepas ceramah selesai, sekembali saya ke kereta, saya dapati tayar belakang belah pemandu telah kempis. Kami terpaksa membukanya dan menggunakan tayar ganti. 

Pasti kerja samseng yang sama juga dan sebaik sahaja kami selesai, datang sebuah kereta dan berhenti di tepi saya. Tuan kereta menurunkan cermin dan memberitahu bahawa tayarnya juga telah didapati kempis! Seorang lagi yang menjadi mangsa budaya samseng yang semakin bermaharajalela.

Ini semua merupakan bukti bahawa UMNO semakin nazak dan tidak tahu apa perlu dilakukan untuk mengatasi masalah mereka. Adakah mereka fikir tindakan samseng akan menyebabkan rakyat menyokong mereka dan seterusnya mengundi mereka?

Jelas mereka tidak mengenali rakyat Malaysia. Usaha baling batu sembunyi tangan dengan kaedah out-sourcing ataupun melalui budaya sub-con kerja-kerja terkutuk kepada NGO seperti PERKASA, JATI, Bekas Tentera dan sebagainya tidak akan berjaya untuk menipu rakyat. Semua tahu ianya kerja siapa. 

Kerja sebuah parti yang terdesak serta sedang nazak dan melibas ke kiri dan ke kanan. Tetapi apa yang pasti ialah insyaAllah UMNO akan terkubur dalam sejarah dengan penuh kehinaan dengan dicaci rakyat.

WaLlahu 'Alam 
KHALID SAMAD

Skandal Scorpene hantui PM: Imuniti tidak halang Najib Tun Razak dibicarakan di Mahkamah Perancis


Memiliki imuniti sebagai Perdana Menteri tidak dapat menghalang Datuk Seri Najib Razak daripada dibicarakan di Perancis atas penglibatannya dalam skandal rasuah Scorpene. Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel berkata, Najib merupakan saksi penting kerana terlibat dalam pembelian kapal selam itu ketika menjadi Menteri Pertahanan pada 2002.

"Imuniti bukan sesuatu yang mutlak. Ia bergantung kepada asas jenayah yang dilakukan. Ia perkara yang sangat subjektif," katanya pada taklimat kes berkenaan di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya. Beliau mengulas soal imuniti Perdana Menteri dan hubungan kedaulatan antara kedua negara yang dikatakan bakal menghalang Najib sebagai saksi di Tribunal Paris Grande de Instance.

Mengulas bidang kuasa Mahkamah Perancis, Cynthia berkata, mahkamah negara itu akan mengeluarkan sapina kepada saksi sebelum mengeluarkan waran tangkap di Kesatuan Eropah. Beliau berkata, pihaknya percaya Abdul Razak Baginda – kenalan rapat Najib dan pemilik Perimekar Sdn Bhd akan dipanggil sebagai saksi pertama selewat-lewatnya Jun atau Julai ini.

"Berdasarkan siasatan, Abdul Razak akan menjadi saksi utama. Perbicaraan terhadap saksi akan dilakukan di perbicaraan terbuka," katanya. Beliau turut menambah, selain komisyen kepada Perimekar sebanyak Euro 114 juta (RM540 juta), Mahkamah Perancis juga mendapati dua penemuan baru.

Ia direkodkan sebagai Doc 87 iaitu tuntutan bayaran yang dibuat Najib bernilai RM3 bilion daripada DCNS- syarikat pembuat kapal selam berkenaan. Manakala dokumen kedua direkodkan sebagai Doc 97, yang disalurkan kepada Terasasi Sdn Bhd, milik Abdul Razak, di Hong Kong bernilai Euro36 juta (RM114 juta).

K-Pop dari Korea memang berahi: Kenapa Shabery Chik-Najib umpan belia Malaysia dengan tarian aksi seks?


Pemuda PAS Malaysia mempersoal tindakan kerajaan menganjurkan Himpunan Jutaan Belia 2012 minggu lalu yang dicemari program maksiat dan menyimpang jauh dari ajaran Islam.

Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, apa yang turut mengecewakan adalah kenapa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir yang menjaga Hal Ehwal Agama Islam tidak menasihatkan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak supaya membatalkan segala aktiviti maksiat.

"Datuk Seri Jamil Khir turut bersekongkol dalam menganjurkan program maksiat ini. Pemuda PAS juga mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan menyatakan pendiriannya berhubung sambutan Hari Belia yang diadakan oleh kerajaan," katanya.

Penganjuran sambutan Hari Belia itu yang bermula Rabu lalu dan berakhir semalam mencetus pelbagai reaksi negatif orang ramai. Rata-rata mereka kecewa dengan program hiburan melampau yang dihidangkan kepada anak muda termasuk penampilan artis jemputan kumpulan wanita dari Korea, K-Pop yang mempersembahkan tarian berpakaian seksi dan menjolok mata.

"Dengan menampilkan artis seksi sebagai hidangan masyarakat, kerajaan menganggap itu sebagai suatu perkara yang biasa dan tidak ada salahnya. Mungkin inilah nilai wassatiyyah (kesederhanaan) yang hendak diterapkan oleh Perdana Menteri," katanya.

Tambah Riduan, kerajaan seperti tidak kisah jika golongan belia hanyut dengan kelalaian dan rosak akhlak asalkan mencapai matlamat mereka untuk menarik kehadiran ramai belia.

"Apakah mesej yang hendak disampaikan dari penganjuran program maksiat seperti ini? Adakah konsert ini akan membina sebuah masyarakat yang sihat, berakhlak mulia dan berminda positif atau menjadikan generasi muda lebih liar dan jauh daripada agama Islam?" soal Riduan.

Keganasan samseng Umno terhadap rakyat menjadi-jadi, Najib tak kutuk insiden BN "demo-crazy" ini


Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak secara tidak langsung membiarkan tindakan ganas dilakukan ke atas ceramah Pakatan dengan tidak mengutuk tindakan tersebut.

Katanya, Najib secara tidak langsung membiarkan tindakan tersebut ketika apabila perdana menteri tidak membuat kenyataan supaya perkara seperti itu dihentikan. Najib juga melepaskan tanggungjawabnya dengan bertindak demikian, kata Anwar lagi ketika ditemui pemberita di Klang petang ini.

Memetik MalaysiaKini, siri serangan yang mensasarkan ceramah Pakatan Rakyat semakin menjadi-jadi seperti yang berlaku di Gambang (Pahang), Merlimau (Melaka) dan terbaru di Lembah Pantai (Kuala Lumpur yang menyebabkan sekurang-kurangnya tiga orang cedera.

Ditanya mengenai dakwaan Umno bahawa beliau yang mencetus pergaduhan di Lembah Pantai ketika ceramah pada Khamis malam itu, Anwar dengan sinis berkata mangsa dalam kejadian tersebut, seorang lelaki yang sudah berumur, mungkin cedera akibat perbuatan sendiri. Malah ketika cermin keretanya dipecahkan, beliau juga memecahkannya sendiri, kata Anwar lagi.

Malam 24 Mei lalu, ketika Dato' Seri Anwar Ibrahim berceramah, samseng Umno mensabotaj dengan memotong kabel menyebabkan bekalan elektrik terputus. Dalam keadaan gelap, samseng itu melempar batu, telur dan botol ke arah hadirin.

Tindakan biadap itu menyebabkan seorang warga emas parah di kepala dan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun patah tangan kiri. Samseng berkenaan turut memancit dan menoreh tayar kereta Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

MP Lembah Pantai, Nurul Izzah yang menyifatkan insiden itu "Malam Berdarah Lembah Pantai" berkata, polis perlu bertindak tegas terhadap samseng terbabit supaya kejadian sama tidak berulang pada masa akan datang.

"Kami juga menggesa polis menyiasat bagaimana kuaters DBKL tersebut boleh digunakan Umno sebagai tempat ceramah. Adakah ia merupakan Standard of Procedur (SOP) yang sesuai dalam konteks masa kini," katanya.