Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak secara tidak langsung membiarkan tindakan ganas dilakukan ke atas ceramah Pakatan dengan tidak mengutuk tindakan tersebut.
Katanya, Najib secara tidak langsung membiarkan tindakan tersebut ketika apabila perdana menteri tidak membuat kenyataan supaya perkara seperti itu dihentikan. Najib juga melepaskan tanggungjawabnya dengan bertindak demikian, kata Anwar lagi ketika ditemui pemberita di Klang petang ini.
Memetik MalaysiaKini, siri serangan yang mensasarkan ceramah Pakatan Rakyat semakin menjadi-jadi seperti yang berlaku di Gambang (Pahang), Merlimau (Melaka) dan terbaru di Lembah Pantai (Kuala Lumpur yang menyebabkan sekurang-kurangnya tiga orang cedera.
Ditanya mengenai dakwaan Umno bahawa beliau yang mencetus pergaduhan di Lembah Pantai ketika ceramah pada Khamis malam itu, Anwar dengan sinis berkata mangsa dalam kejadian tersebut, seorang lelaki yang sudah berumur, mungkin cedera akibat perbuatan sendiri. Malah ketika cermin keretanya dipecahkan, beliau juga memecahkannya sendiri, kata Anwar lagi.
Malam 24 Mei lalu, ketika Dato' Seri Anwar Ibrahim berceramah, samseng Umno mensabotaj dengan memotong kabel menyebabkan bekalan elektrik terputus. Dalam keadaan gelap, samseng itu melempar batu, telur dan botol ke arah hadirin.
Tindakan biadap itu menyebabkan seorang warga emas parah di kepala dan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun patah tangan kiri. Samseng berkenaan turut memancit dan menoreh tayar kereta Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.
MP Lembah Pantai, Nurul Izzah yang menyifatkan insiden itu "Malam Berdarah Lembah Pantai" berkata, polis perlu bertindak tegas terhadap samseng terbabit supaya kejadian sama tidak berulang pada masa akan datang.
"Kami juga menggesa polis menyiasat bagaimana kuaters DBKL tersebut boleh digunakan Umno sebagai tempat ceramah. Adakah ia merupakan Standard of Procedur (SOP) yang sesuai dalam konteks masa kini," katanya.

2 ulasan:
Hello there, just became aware of your blog through Google,
and found that it's really informative. I am going to watch out for brussels. I will be grateful if you continue this in future. Lots of people will be benefited from your writing. Cheers!
Check out my web blog :: royalbluekennel.com
My partner and I absolutely love your blog and find the majority of your post's to be exactly what I'm looking for.
Do you offer guest writers to write content to suit your needs?
I wouldn't mind writing a post or elaborating on a number of the subjects you write about here. Again, awesome website!
Also visit my website ... online gambling sites sports
Catat Ulasan