KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Mac 25, 2008

Menteri Belia dan Sukan AKUI BLOG MEDIUM Yang POPULAR!

Antara blog yang sering dikunjungi pencandu politik di negara ini

By AGENDADAILY

KALAU sebelum ini Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek mengambil sikap yang mesra blog, Menteri Belia dan Sukan Datuk Ismail Sabri Yaacob juga melihat blog sudah menjadi medium maklumat yang semakin popular di kalangan generasi belia dan kewujudannya tidak boleh dipandang ringan kerana peranannya didapati cukup berkesan.

"Sekiranya kita terus memperlekehkan kewujudan blog, saya bimbang suatu hari nanti ia akan mengambil alih peranan akhbar arus perdana," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis meraikan perlantikannya sebagai Menteri Belia dan Sukan di Kompleks Rakan Muda di Bera Sabtu.

Ismail memberitahu kementeriannya akan mewujudkan laman blognya sendiri sebagai usaha untuk mendekati dan berinteraksi dengan golongan belia di negara ini.

Beliau berkata blog yang akan diwujudkan itu nanti akan disesuaikan dengan kehendak belia iaitu berbentuk ringan dan santai.

Tiada ulasan: