KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Mac 29, 2008

PRU12: MAXIS Sumbang Jutaan Ringgit Kepada UMNO?

By ABDUL HALIM RASHID

EDITOR Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin menukar nombor telefon tangannya kerana tidak mahu lagi menggunakan perkhidmatan Maxis yang dimiliki Tan Sri Ananda Krishnan.

"Maxis dimiliki oleh Ananda Krishnan, kroni Umno. Dan saya diberitahu bahawa dalam pilihan raya yang lalu beliau menyumbangkan beratus-ratus juta ringgit kepada Umno. Itu menjadikan beliau musuh rakyat," dakwa beliau.

Ananda, dakwa beliau lagi, 'menentang' perubahan yang dikehendaki rakyat dengan menyumbangkan beratus-ratus juta ringgit kepada Umno di dalam usaha untuk mematahkan perjuangan rakyat yang mahukan perubahan.

Mengenai tindakan memboikot akhbar-akhbar, beliau menyatakan usaha tersebut tidak sepatutnya terhenti setakat memboikot akhbar-akhbar sahaja.

"Kita (juga) mesti memboikot kesemua produk yang diiklankan dalam akhbar-akhbar tersebut. Jangan beli apa juga produk yang diiklankan dalam akhbar-akhbar Barisan Nasional (BN).

"Inilah satu-satunya cara untuk menyakitkan mereka, di bahagian yang paling menyakitkan, (iaitu) di dalam poket mereka," tegas beliau.

Menurut beliau, itulah yang dimaksudkan dengan keingkaran awam (civil disobedience).

"Boikot semua makanan, perkhidmatan dan produk yang dimilki kroni-kroni, syarikat-syarikat dan sesiapa juga yang menyokong BN dengan dana politik bernilai beratus-ratus juta ringgit. Mereka mendapat duit dari kita dan kemudian memberikannya kepada BN.

"Mengapa membantu mereka membuat duit, yang kemudiannya digunakan untuk menentang rakyat? Mulakan boikot itu sekarang. Biar keingkaran awam yang berkuasa," kata Raja Petra lagi.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

semua perkara yang mengarah keburukan dan maksiat, kena hentikan serta merta dan tidak melibatkan dosa berpanjangan.
maka baikot dan tak mahu guna sesuatu perkara yang bertentangan dengan islam maka itu adalah jalan terbaik.
berita harian/utusan/metro atau apa saja media cetak kena baca tapi jangan beli. rtm,tv3,tv9 atau apa saja media elektronik milik umno/bn jangan tengok. tengok perkara yang ada faedah sahaja.
tapi pada fikiran saya, puak umno ni sudah sebati tabiat dan perangai yang mengarah kepada maksiat dan bertentangan dengan suruhan Allah, maka untuk meninggalkan perkara buruk itu memang susah serta perlu bertaubat nasuha yang betul-betul insaf tidak melakukan semula perkara yang buruk itu.
selama ini apa yang umno tidak lakukan.....?
seolah-olah akhirat tidak ada pada minda mereka. mereka tak mahu rakyat bijak serta cerdik dalam apa juga bidang ilmu lebih-lebih ilmu agama Islam. tu sebab rtm tidak memberi tempat ustaz/penceramah yang dulunya boleh tapi sekarang tak boleh, mungkin ustaz yang dulu nya baik tapi bila jadi ahli pas, ustaz berkenaan jadi tak baik, mungkin menyampaikan ilmu yang sesat serta tidak bertauliah.....?
memang dasar umno menolak perlembagaan islam yang Allah turunkan melalui Ap-Quran dan Hadis Nabi.
maka boleh percaya ke jika umno dikatakan baik........?
sejarah tidak boleh diubah, tapi yang mengubah sejarah umno ialaha umno.

oakleyses berkata...

new balance outlet, canada goose, ugg boots, mcm handbags, ugg soldes, herve leger, canada goose outlet, babyliss pro, uggs on sale, birkin bag, reebok shoes, vans outlet, instyler ionic styler, p90x workout, soccer shoes, mont blanc pens, abercrombie and fitch, uggs outlet, north face outlet, canada goose outlet, jimmy choo shoes, hollister, bottega veneta, lululemon outlet, asics shoes, chi flat iron, insanity workout, nike trainers, canada goose outlet, marc jacobs outlet, ugg, ugg outlet, wedding dresses, longchamp, valentino shoes, north face jackets, rolex watches, soccer jerseys, nike huarache, nfl jerseys, roshe run, giuseppe zanotti, beats headphones, mac cosmetics, ferragamo shoes, ghd, celine handbags