KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Mac 24, 2008

LAYARI Segera TV3 Online LIHAT Sepanduk "Kami Nak Idris, NATANG!"

Antara imej yang berjaya dirakam oleh Ibrahim Baba bagi membuktikan wujudnya sepanduk biadap dan bedebah "Kami Nak Idris, Natang!" dalam tunjuk perasaan juak-juak Umno di Terengganu!

By TARMIZI MOHD JAM

SEPANDUK itu memang kelihatan pada Buletin Utama TV3 jam 8 malam bertarikh 23 Mac 2008. Anda boleh layarinya sekarang.

Dipegang oleh para juak Umno di tengah-tengah riuh-rendah tunjuk perasaan membantah Istana yang tidak memilih Idris Jusoh sebagai MB Terengganu, yang disiarkan selepas komen anak Badawi dan visual penyerahan watikah perlantikan Menteri Besar kepada Datuk Ahmad Said.

Ketika komen-komen berbau ancaman dan ugutan Rosul Wahid, Setiausaha Umno Terengganu dikumandangkan, maka muncullah visual juak-juak Umno memegang kain rentang yang antaranya kain rentang kontroversi yang "menyayat hati" rakyat seluruhnya!

Anda boleh melayari TV3 Online ini bagi mengikuti ulangan buletin tersebut yang memaparkan visual sepanduk biadap, bededah dan kurang ajar yang pasang oleh juak-juak Umno Terengganu.

"Kami Nak Deris, Natang!" jelas terpapar, barangkali diedit secara rencam oleh Editor Buletin Utama TV3 tanpa menyangka ia bakal mampu "memburukkan" keadaan.

Sebelum ini, Berita Sanggahtoksago.Com telah memaparkan komen seorang penulis Ibrahim Baba berkenaan isu ini, hingga mendapat pelbagai respon dan diperhati dengan serius oleh seluruh pengunjung blog.

Sehingga jam 6 petang ini, fail Buletin Utama TV3 bertarikh 23 Mac 2008 masih boleh dilayari melalui
http://www.tv3.com.my

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hey There. I found уour weblog the usage of msn.
That is a very neаtly written article. I will be sure to bookmаrk
it anԁ rеturn to read more of уouг useful
іnfo. Thank you for the post. I will сertainly comebaсk.


Here is my page ... same day loans

yanmaneee berkata...

kyrie 7
supreme
yeezys
curry shoes
kyrie 7
supreme
pandora
yeezy shoes
birkin bag
yeezy boost 350