Sepanduk yang berbunyi “Kami Nak Idris, Natang!”. Apa erti perkataan (Natang) itu? Dalam loghat Terengganu, “natang” itu ialah untuk “binatang”. Siapa "binatang" yang dimaksudkan sepanduk Umno yang biadap dan bedebah itu?By IBRAHIM BABA
BERITA Buletin Utama TV3 jam 8 malam (23 Mac 2008) tadi menyiarkan demonstrasi mereka yang tidak bersetuju dengan tindakan Istana untuk tidak melantik bekas Menteri Besar, Idris Jusoh.
Disiarkan para penyokong dengan pelbagai kain rentang bagi menyatakan sokongan dan taat setia mereka terhadap Derih (Idris Jusoh).
Antara yang sempat IB (penulis Ibrahim Baba) perhatikan (sayangnya tidak sempat dirakam) ialah sepanduk yang berbunyi “Kami Nak Idris, Natang!”.
Pertama, apa erti perkataan (Natang) tersebut? IB rasa, dalam loghat Terengganu, “natang” itu ialah untuk “binatang”.
Kedua, persoalannya ialah, siapa “binatang” atau "natang" yang dimaksudkan dalam sepanduk itu?
Kalau mengikut ayat sepanduk tersebut itu ialah mereka memberitahu kepada orang yang tidak menerima Idris sebagai MB dan orang itu dipanggil dengan nama binatang.
Siapa yang tidak menerima Idris dan melantik Ahmad Said sebagai MB?
Umum mengetahui bahawa Tuanku Sultan yang tidak menerima Idris dan melantik Mat Said sebagai MB.
Jadi apakah “binatang” itu disifatkan oleh mereka kepada Tuanku Sultan? Apakah itu suatu tindakan wajar?
Apakah tindakan-tindakan seperti itu yang didokong oleh para pemimpin Umno?
Apakah itu natijah dari kurikulum pelbagai program pendidikan yang dilalui oleh para ahli Umno?
Apakah kesetiaan mereka kepada Idris membolehkan mereka menderhakai Sultan? Apakah itu termaktub dalam adat susila perjuangan Umno?
IB hairan dengan tindakan para pemimpin Melayu yang sebegini yang telah melampaui batas-batas adat susila Melayu kita yang dibanggakan.
Mereka perlu mengulangkaji semula Rukun Negara.
Nota: Kalau ada sesiapa yang mengambil gambar kain rentang yang IB maksudkan di sini mohon dikirim kepada IB! Sumber asal:
2 ulasan:
Jika diberi hanya dua pilihan yakni antara makan daging babi atau undi umno,saya akan memilih pilihan pertama.
Jika diberi hanya dua pilihan yakni antara makan daging babi atau undi umno,saya akan memilih pilihan pertama.
Catat Ulasan