KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Mac 25, 2008

10,000 Berhimpun SOKONG Istana Terengganu?

By KELANTANKINI

SATU perhimpunan membabitkan 10,000 rakyat Terengganu dirancang diadakan bagi menyatakan sokongan kepada istana, kata Ketua Angkatan Muda Keadilan negeri, Rosdi Baba.

Katanya, perhimpunan tersebut akan diadakan di Batu Buruk, di sini dalam masa terdekat ini serta perarakan ke Istana Tetamu.

“Kita menentang sikap penderhaka kerana ia bukan sahaja tidak beradab tetapi juga tidak menghormati institusi Raja.

“Kami melihat ada kain rentang yang ditampal di istana mengandungi perkataan yang tidak sesuai untuk ditujukan kepada istana.

“Sama ada mendapat permit polis, atau tidak perhimpunan tersebut akan tetap diadakan,” katanya lagi sebagaimana dilaporkan Malaysiakini.

5 ulasan:

SJN Asan berkata...

KAMI WARGANEGARA PANGKALAN UDARA GONG KEDAK SETIA BERSAMA TUANKU. BENTENG BAGI ORANG MELAYU ADALAH BAGINDA TUANKU DAN BALATENTERA TUANKU. PERINTAHKAN APA SAHAJA TUANKU. KAMI JUNJUNG PERINTAH DENGAN DARAH DAN NYAWA. DAULAT TUANKU.

Tanpa Nama berkata...

Kami masyarakat Melayu di Qatar orang2 Terengganu, berdiri di belakang Tuanku Sultan. UMNO sudah makin kurang ajar nampaknya. Daulat Raja senang2 dipermainkan.

Yusry Jusoh
Doha, Qatar
24/03/08 9.22pm.

Tanpa Nama berkata...

PERLANTIKKAN MB TERENGGANU - HAI DATO SERI IDRIS, MANA PERGI MARUAH DIRI ANDA, KALAU ORANG DAH TAK SUKA JANGAN TERHEGEH-HEGEH LAGI, TERIMALAH QADAK DAN QADAR YANG ANDA CAKAPKAN TU. JANGAN JADIKAN JAWATAN MB TERENGGANU TU HAK MUTLAK ANDA, MASA SUDAH SAMPAI UNTUK DATO SERI BERUNDUR, TERIMALAH HAKIKAT YANG DATO SERI TIDAK DIPERLUKAN LAGI OLEH YM TUANKU. ADAKAH DATO SERI INI PATRIOTIK ORANGNYA? KALAU NAK TAU TANYALAH TAN SRI AZIZ TAPA, SAYA SEDIH DENGAN SIKAP DATO SERI YANG AMAT PENTINGKAN DIRI SENDIRI DARI YANG LAIN....CUKUPLAH SAMPAI DI SINI SAHAJA JAWATAN MB UNTUK DATO SERI. JANGANLAH MENYUSAHKAN RAKYAT TERENGGANU..

Tanpa Nama berkata...

KAMI RAKYAT TERENGGANU DI JAKARTA INGIN MENZAHIRKAN TAAT SETIA YANG TIDAK BERBELAH BAGI KPD KEBAWAH DULI TUANKU AL-SULTAN DAN MPPR.

KAMI CUKUP MUSYKIL MENGAPA UMNO BOLEH BERTOLERANSI DENGAN PILIHAN SULTAN JOHOR DAN PERLIS UNTUK JAWATAN MB SEDANGKAN DI TERENGGANU PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO MENGAMBIL SIKAP PROVOKATIF DAN MENDERHAKA.

KAMI PERCAYA PRESIDEN UMNO YANG SEMAKIN TIDAK DIYAKINI, IDRIS, ROSOL DAN BEBERAPA ORANG LAGI BERSEKONGKOL MEMAKSA ADUN-ADUN UMNO YANG LAIN MENYELAMATKAN KEPENTINGAN TERTENTU MEREKA.

SUKA KAMI MENEGASKAN AGAR UMNO JANGAN MENAMBAH HARU-BIRU KEMELUT DI TERENGGANU.

KAMI TETAP BERSAMA DULI TUANKU DAN MPPR WALAU APAPUN YANG TERJADI. KAMI CUKUP KESAL UMNO SUDAH TIDAK SERUPA DULU LAGI.

Tanpa Nama berkata...

SOKONGAN PAK LAH KEPADA DERIS MUNGKIN DISEBABKAN PAK LAH SENDIRI DAN MENANTUNYA TERLIBAT DENGAN PROJEK-PROJEK PENYELEWENGAN DI TERENGGANU. MUNGKINKAH DIA TERPAKSA MENYOKONG DERIS UNTUK MENUTUP PENYELEWENGAN TERSEBUT??? MUNGKINKAH KRISIS MB TRG INI AKAN MENYEBABKAN PAK LAH AKAN HILANG KUASANYA??? (SOKONG MEMBAWA REBAH LA TU)