KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Mac 21, 2008

Richard Riot dan Dr. Tiki Lafe Akan SERTAI PKR?

Mampukah Anwar "memujuk" Richard dan Dr. Tiki menyertai PKR setelah mereka meninggalkan BN?

By TARMIZI MOHD JAM

SUDAH berjaya atau belum, Setiausaha Agung SUPP, Sim Kheng Hui memujuk Ahli Parlimen Serian, Richard Riot belum diketahui. Hakikatnya, beliau telah meninggalkan parti SUPP bersama para pengikutnya.

Menurut sumber, Richard telah keluar dari SUPP iaitu parti komponen Barisan Nasional (BN) bersama ahli-ahli parti itu dari kawasan Serian selepas beliau mengetahui tidak dilantik sebagai Timbalan Menteri di peringkat pusat oleh anak Badawi.

Richard telah menyerahkan surat keluar parti kepada Presiden SUPP, Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam pada hari Perdana Menteri mengumumkan barisan kabinetnya yang tidak dinamik, dan membebankan rakyat itu.

Nampaknya, Richard telah mempelopori satu gerakan tidak sengaja di kalangan ahli parlimen BN untuk keluar parti.

Menurut laporan Malaysiakini, seorang ahli veteran parti SUPP, yang bertindak sebagai jurucakap Ahli Parlimen Serian itu, mengesahkan desas-desus bahawa Richard telah keluar parti bersama ramai penyokongnya dari lima cawangan SUPP kawasan tersebut.

Richard berhak untuk kecewa kerana beliau telah menjadi Ahli Parlimen selama lima penggal.

Namun, di Semenanjung Ahli Parlimen Bera, Pahang yang baru sepenggal berkhidmat dan kini masuk penggal kedua, telah dilantik Menteri Belia dan Sukan tanpa pengalaman duduk dalam kabinet.

Richard seorang Bidayuh menang kerusi Serian sebagai calon bebas pada 1990 dan menyertai SUPP untuk mengekalkan kerusinya sebagai ahli parlimen BN kerana Serian merupakan kerusi tradisi parti itu.

Sehingga kini belum diketahui status parti pilihan Richard. Adakah beliau akan melompat ke PKR pimpinan Anwar Ibrahim?

Belum reda, tersebarnya berita Ahli Parlimen Serian keluar parti dan mungkin menyertai pembangkang, kini timbul cerita baru Ahli Parlimen Mas Gading, Datuk Dr. Tiki Lafe "merajuk" dan bakal menyeberang ke pakatan pembangkang.

Richard dan Dr. Tiki adalah anggota Parlimen dari negeri Sarawak yang dikatakan sasaran Anwar Ibrahim untuk "mencuri" mereka berhijrah kepada PKR dalam tempoh terdekat.

Pada pembentukan kabinet baru anak Badawi, Dr Tiki Lafe, dari Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), tidak dilantik semula menganggotai kabinet seperti diumumkan Selasa lalu.

Dr. Tiki sebelum ini adalah Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Beliau tidak terpilih pada kabinet baru anak Badawi dan ini dikatakan menjadi sebab kekecewaannya berada dalam BN.

Kini, beliau dikatakan sedang bercuti dan enggan mengesahkan atau menafikan laporan yang tersebar luas kini, beliau akan meninggalkan BN dan menyertai pembangkang.

Menurut sumber, akibat pengaruhnya yang mencengkam kuat, Dr. Tiki mampu menumbangkan Dr. Patau Rubis, seorang lagi ahli politik berpengaruh, pada 1999 dan 2004 yang lalu.

Untuk rekod, Mas Gading adalah kubu kuat pembangkang tetapi pengundi di sana dikatakan amat menyanjung tinggi kewibawaan Dr, Tiki hingga menyebabkan BN menang.

Bagaimanapun, perkembangan ini sedang diawasi oleh Pengerusi BN Sarawak, Taib Mahmud danbeliau berharap agar tiada anggota Parlimen BN yang "menyeberang" ke PKR dan seterusnya menumbangkangkan BN di peringkat Pusat.

Tiada ulasan: