KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Mac 27, 2008

KETUA PERUSUH Syor Mereka Yang DERHAKA "DIBUANG NEGARA"?

Pilihan manakah yang paling sesuai untuk dikenakan kepada Abdullah Ahmad Badawi, Gani Patail, Adnan Mansor, Idris Jusuh, Rosol Wahid dan para penyokong serta sekutu Idris Jusuh dalam kemelut MB Terengganu ini?

By KETUA PERUSUH

EPISOD MB Terengganu kini nampaknya seakan reda. Abdullah Ahmad Badawi kini dikhabarkan telah menerima perlantikan yang diperakui oleh MPPR (Majlis Penasihat Pemangku Raja) Terengganu yang melantik Ahmad Said (DUN Kijal) sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu.

Kemelut yang menghantui jawatan Menteri Besar Terengganu ini telah berlanjutan sejak dari 9 Mac 2008 sehingga kini.

Walaupun begitu, masih terdengar cakap-cakap belakang para penyokong dan sekutu Idris Jusuh (Bekas Menteri Besar Terengganu) yang tidak bersetuju dengan perlantikan tersebut.

Malah merekalah juga yang membuat kecoh di Terengganu dalam beberapa siri perhimpunan haram yang sekaligus kelihatan menghina dan memperkecilkan institusi Raja.

Sebagai orang Melayu, tidak sewajarnya mereka mengingkari perintah Raja/Sultan. Ini kerana tindakan tersebut akan ditakrifkan sebagai menderhaka dan boleh dikenakan hukuman berat.

Antara hukuman berat yang boleh dikenakan kepada penderhaka ialah seperti dijatuhkan hukuman mati mandatori ataupun paling kurang dibuang negeri.

Bagi kes MB Terengganu ini yang mana Sultan Terengganu (Sultan Mizan Zainal Abidin) bukanlah cuma Sultan bagi negeri Terengganu Darul Iman, namun beliaulah juga YDP Agong Malaysia.

Oleh yang demikian, bagi tindakan menghina atau menderhaka ini bolehlah dikenakan mana-mana satu dari pada berikut,

1. Hukuman Mati Mandatori
2. Buang Negeri (atas dasar Sultan Mizan Zainal Abidin adalah Pemerintah Negeri Terengganu)
3. Buang Negara (atas dasar Sultan Mizan Zainal Abidin adalah YDP Agong Malaysia)

Jadi kesimpulannya pilihan manakah yang paling sesuai untuk dikenakan kepada Abdullah Ahmad Badawi, Gani Patail, Adnan Mansor, Idris Jusuh, Rosol Wahid dan para penyokong serta sekutu Idris Jusuh dalam kemelut MB Terengganu ini?

Bagi saya, pilihan yang terbaik sekali adalah pilihan No. 3 namun tidak dinafikan pilihan No. 1 paling layak dikenakan kepada mereka ini.

Ketuanan Melayu hanya dengan adanya Raja-Raja Melayu. Tanpanya apa ada pada Melayu.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tahniah..saya sokong dgn cadangan tuan..elok no 1..mati awal lagi senang..dibuang negeri/negara..buat huru hara jugak..alang2 menyeluk perkasam biar smpi ke pangkal lengan..no 1 merupakan yang terbaik

Tanpa Nama berkata...

Jika dalam mana-mana Dinasti China dahulu kala....sudah bercerai kepala dari badan!!!!

tak mohon ampun lagi ....itupun jadi pilihan rakyat Trengganu....!!!