Saya dan Hj. Mohd Sabu menyambut kedatangan YAB Ir. Nizar di perkarangan kafeteria.
Beberapa perkara dibincangkan dari isu perlantikan Exco dan sikap positif Pemangku Raja, Sultan Dr. Nazrin Shah
Saya "menyampuk" sambil diperhati oleh Hj. Mohd Sabu dan YAB Ir. Nizar Jamaluddin. Sekadar beri pandangan bukan sanggahan...
YAB Ir. Nizar bergambar kenangan bersama keluarga dan petugas keselamatannya.
Kereta rasmi YAB Menteri Besar belum digunakan lagi. Masih menggunakan kereta sendiri, Toyota Camry...
By TARMIZI MOHD JAM
NAIB Presiden PAS, Haji Mohd Sabu sudah menunggu saya dan rakan saya, Sdra. Radhi (TYDP Bukit Bintang) di Rumah Rehat Sg. Perak, 50 meter dari Jambatan Sayong, Kuala Kangsar.
Setelah mundar-mandir mencari tempat pertemuan itu, hampir setengah jam, akhirnya kami temui. Hari itu, Isnin 17 Mac 2008.
Saya dan Hj. Mohd Sabu sekadar ingin bertemu dengan Menteri Besar Perak yang baru, Ir. Mohd Nizar Jamaluddin. Dia mengajak saya, kerana saya orang Perak...
Pagi itu, Ir. Nizar menyempurnakan acara angkat sumpah sebagai Menteri Besar, kira-kira jam 11 pagi. Kemudian difahamkan ada jamuan makan diraja dan sebelah petangnya Mesyuarat Dewan Negara.
Pertemuan kami dijadualkan pada jam 3.00 petang tertangguh. Haji Mohd Sabu dan dua rakannya dari Pulau Pinang sudah terlena di atas kerusi empuk kafeteria.
Pagi itu, beliau bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengadakan sidang media berkenaan isu DEB. Hj. Mohd Sabu dijemput oleh Guan Eng sebagai tetamu bersama bagi meredakan isu "panas" tersebut.
Setelah selesai sidang media, Hj. Mohd Sabu bertolak terus menuju Kuala Kangsar. Saya bersama Radhi dari Kuala Lumpur. Janji asalnya, pertemuan akan diadakan di Ipoh.
Kemudian berubah. Apabila Ir. Nizar yang sudah bergelar Menteri Besar terpaksa menghadiri jamuan makan diraja dan Mesyuarat Dewan Negara di Kuala Kangsar.
Jam 5.00 petang baru kami dapat bertemu dengan Ir. Nizar. Itupun di kafeteria sahaja. Beliau sudah berkemas untuk ke Ipoh.
Setibanya beliau, saya dan Hj. Mohd Sabu menghulurkan tangan, mengucapkan tahniah atas perlantikan beliau sebagai Menteri Besar. Beliau kelihatan begitu ceria sekali.
Beberapa petugas keselamatan, barangkali dari Unit Amal Perak mengawasi beliau. Tiada seorangpun pimpinan PAS negeri ketika itu.
Yang kelihatan sibuk, sahabat saya yang dulunya Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri (JPN), Sdra. Amran.
Barangkali, Sdra. Amran bertindak sebagai Setiausaha Peribadi kepada Ir. Nizar. Saya tanyakan kepada beliau. Tapi beliaupun susah hendak beri jawapan.
Sudah tentulah, pada waktu ini jawatan seperti Setiausaha Politik, Setiausaha Akhbar, Setiausaha Peribadi, Pegawai Khas dan lain-lain belum diisi lagi.
Malah, sehingga hari ini Isnin (25 Mac 2008), senarai Excopun belum diperkenankan Sultan untuk angkat sumpah.
Dalam pertemuan selama 20 minit dengan Menteri Besar Perak itu, saya sempat menghulurkan secebis nota, hasrat seorang rakan saya, Prof. Dr. Abdul Aziz Bari yang teringin nak bertemu dan diskas beberapa perkara dengan Ir. Nizar.
"Buat masa ini, sibuk sangat. Nanti ana bagi tau kemudian," ujar Menteri Besar Perak itu kepada saya.
Ir Nizar masih ramah seperti dulu dan saya mengenalinya sejak beliau menyertai kepimpinan PAS Perak dibawah Pesuruhjayanya, Ustaz Haji Ahmad Awang.
Beliau juga antara pemimpin PAS Perak yang diamanahkan untuk memantau PAS Kawasan Parit sewaktu "krisis" selepas pilihan raya 1999 dan saya ketika itu Ketua Penerangan dan tidak lama kemudian dilantik Setiausaha PAS Kawasan.
Ir. Nizar juga antara yang menyokong penuh penerbitan Buletin Al-Ridhwan, lidah rasmi PAS Perak yang saya kendalikan sekitar tahun 2002.
Masa terlalu singkat. Tidak lebih 20 minit kami berbicara. Haji Mohd Sabu antara yang rancak. Ir. Nizar meminta diri.
Tamat pertemuan itu, saya menghantarnya ke kereta kerana beliau terpaksa bergegas ke Ipoh, ada satu lagi program di sana. Hanya sebuah kereta peronda polis mengiringinya.
Kata, rakan saya, Ir. Nizar tidak mahu diiring terlalu banyak kereta polis dan polis trafik. Pada hari itu, keselamatannya masih dikawal oleh beberapa orang anak muda, selain dari polis.
Kami berpisah. Haji Mohd Sabu menuju ke Pulau Pinang semula dan saya mengarahkan kereta ke Kuala Lumpur. Suatu yang tidak pernah diimpikan, PAS boleh menjadi Menteri Besar di Perak, ulas saya pada Radhi.
Dia tersenyum puas sambil menyebut itulah tanda kebesaran Allah. Apa yang penting, kita kuatkan kerja, banyakkan cawangan. Jika Allah nak beri, lihatlah sekarang... tiada siapa boleh halang!
15 ulasan:
haha...tuan..cam ade udang sebalik mee jek..
banyak jawatan lum isi tu..
moga2 ngan rekemen dr abg mat tu dapat la lekat satu jawatan...haha
org kampong suma dh tau wehhhh
Tahniah TMJ. Saudara telah jauh meninggalkan kami dalam PAS ini. Dulu kita sama-sama aktif PAS di SMIS Parit. Sekarang Saudara jauh telah maju kehadapan. Bukan sahaja menulis, berceramah dan mengendalikan blog ini, malah pergaulan Saudara juga lebih advance dari kami yang hanya tinggal sekitar Ipoh ini. Moga Saudara terus sukses, istiqamah dalam perjuangan dan sentiasa berani mengkritik luar dan dalam.
Haji Omar
Pekan Razeki, Ipoh
Ana turut bangga...pendirian dalam perjuangan tetap utuh, sejak sama2 kita bergelumang ilmu di Universiti Malaya lagi. Teruskan perjuangan...
Rozlan
www.celikhuruf.blogspot.com
bukan sahaja udang di sebalik mee, tapi memang perlu org seperti TMJ.. teringat sahabat yang kerja dgn kerajaan PAS T'ganu dulu ..punya la payah nak cari org yg sanggup terima jawatan pengarah di GLC atau dept. tertentu dlm kerajaan negeri ..sebab biasanya jawatan tu perlukan org yg ada pengalaman..tapi org ada pengalaman biasanya dah establish, so takut nak berhenti kerja dan kerja dgn kerajaan negeri ..percayalah ..ni bukan soal kroni, tapi pengalaman di t'ganu dulu mmg payah nak cari org..ramai sanggup buat kerja parti, tapi tak ramai sanggup berhenti kerja dan kerja dgn kerajaan negeri dgn jwtn status kontrak.. ye la, semua ketua pengarah status kontrak, renew 1 atau 2 tahun.. yang terdekat mgkn kedah sebab kerajaan PAS & PKR..Perak mgkn lain sikit sebab ada ramai exco DAP.. cina biasanya kerja sendiri, so tak susahla kalau nak kerja status kontrak dgn kerajaan negeri ..
Publisiti terhadap YAB MB Perak yang baru kelihatan agak suram mutakhir ini. Harap TMJ dapat berbuat sesuatu agar PAS Perak dan YAB MB dapat diketengahkan di khalayak. Kami di KL tidak tahu perkembangan terkini tentang MB Perak ini. Hanya bergantung kepada BERNAMA semata-mata. Yang peliknya, SIASAH dan HARAKAHCETAK / DAILY pun kurang menyiarkan berita dan komen berkenaan MB Perak dan sikap PAS Perak.
Tidak banyak pandangan dan komentar dari pimpinan PAS Perak darihal kemenangan dan pembaharuan yang dibawa oleh MB Perak. Kami harap TMJ dapat berbuat sesuatu bagi menggilap dan mmeberikan publisiti terhadap PAS Perak dan MB yang baru ini.
Perantau Perak
Di Lembah Klang - BTR
Tuan ingat tak dgn saya? Masa kita buat drama retorik kat Uni. Malaya dulu... Sekarang nih pesyarah subjek Retorik kita dulu, Abu Hassan dah jadi Prof. Madya Dr Abu Hassan. Wah selalu dia masuk Tv tapi dalam rancangan Fenimena Seni. Hebat diakan. Tapi tuan selalu tak belaga angin dengan dia... saya skg bertugas kat Melaka. Lama kita tak jumpa. Sejak keluar UM. Tapi dapt tengok aktiviti tuan melalui blog nih... TQ moga terus berjuang dan berjaya!
Tmj terjun semula kedunia penulisan buku politik. You tulis politik Perak. Rasanya menarik dan unik. Sejak ddulu, politik Perak jarang ditulis orang berbanding politik Terengganu dan Kelantan. Jika, Tmj ada idea elok diterjemahan dalam bentuk buku, boleh didokumentasikan. Tulis dlm blog hanya untuk rujukan seketika.
Peminat Buku Politik
rasanye tuan TMJ duduk le elok2 kt Kl tu.hancur Perak kalau tuan TMJ balik..caye le cakap teman nih...
aik lain macam ajee bunyi kawan kita kat atas nih. dalam politik mcm2 persepsi dan tanggapan. jgn campur adukkan padangan peribadi dgn kepentingan lain. takkanlah sampai hancur Perak. Dulu dia takdapun mcm2 berlaku berlaku kat perak. ini bukan masenya tuan nak "bergurau"...
aku sebenonya dah jemu koje mcm nih. asyik bersangka buruk jee. kat tganu dulu, aku jumpa mcm2 org yg tuduh sana tuduh sini. itu sebab ramai kecewa dan pas kalah kat sana. sikap nih ke buang baik kat tganu, ktan, kedah, perak, selangor dan mana2 laa. rugi jamaah. ini cakap seblah pehak jee. jemu aku car ini. politik tak clear la..
TMJ, MB Perak kita tu, bukan sahaja boleh tiga dialek tinonghua, tamil, inggeris dan melayu. Dia juga boleh berbahasa Arab lah. Anta baca balik interbiu MB dgn Harakah tu. Ana copy untuk anta di sini:
"Saya sendiri telah menghubungi pelabur tersebut yang berasal daripada negara Timur Tengah, dan setelah diterangkan secara peribadi... dia berbahasa Arab dan saya juga boleh berbahasa sama dan alhamdullilah ia berjaya dipulihkan dan pelabur tersebut akhirnya mahu meneruskan hajatnya untuk melabur di negeri ini."
Wow, macam mana dia belajar bahasa begitu banyak sekali ya. Terang hati betul Ir. Nizar ni. Tahniah.
Raja blogger kena bayar RM 7 juta kerana fitnah
Pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin yang terkenal dengan tulisan kontroversi dan tulisan tanpa sumber yang sah, hari Rabu diperintah oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar membayar ganti rugi sebanyak RM4 juta setelah kalah dalam kes saman fitnah oleh Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Tan Sri Dr. Nordin Kardi. Selain Raja Petra, Parti Keadilan Rakyat (PKR),Ketua Pengarang akhbar PKR, Suara Keadilan dan editornya turut diperintah membayar RM3 juta atas kes yang sama. Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Alor Star, Priscilla Gengadaran membuat taksiran ganti rugi sebanyak RM7 juta yang patut dibayar kepada Nordin Kardi dan UUM selepas defendan menyiarkan fitnah terhadap mereka dalam laman web dan akhbar Suara Keadilan. Mahkamah memutuskan Raja Petra sebagai defendan pertama didapati memfitnah Nordin dan UUM apabila mendakwa dalam sebuah laman webnya www.malaysia-today.net 16 Disember 2006 secara penulisan menyiarkan sebuah artikel bertajuk: Dato Dr. Nordin Kardi ciplak karya saya? Mohon penjelasan.
Raja blogger kena bayar RM 7 juta kerana fitnah
Pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin yang terkenal dengan tulisan kontroversi dan tulisan tanpa sumber yang sah, hari Rabu diperintah oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar membayar ganti rugi sebanyak RM4 juta setelah kalah dalam kes saman fitnah oleh Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Tan Sri Dr. Nordin Kardi.
Selain Raja Petra, Parti Keadilan Rakyat (PKR),Ketua Pengarang akhbar PKR, Suara Keadilan dan editornya turut diperintah membayar RM3 juta atas kes yang sama.
Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Alor Star, Priscilla Gengadaran membuat taksiran ganti rugi sebanyak RM7 juta yang patut dibayar kepada Nordin Kardi dan UUM selepas defendan menyiarkan fitnah terhadap mereka dalam laman web dan akhbar Suara Keadilan.
Mahkamah memutuskan Raja Petra sebagai defendan pertama didapati memfitnah Nordin dan UUM apabila mendakwa dalam sebuah laman webnya www.malaysia. today.net pada 16 Disember 2006 secara penulisan menyiarkan sebuah artikel bertajuk: Dato Dr. Nordin Kardi ciplak karya saya?
Mohon penjelasan. Manakala PKR Ketua Pengarang Suara Keadilan dan editornya sebagai defendan kedua, ketiga dan keempat didakwa menyiarkan sebuah artikel bertajuk: NC UUM penciplak dalam akhbar Suara Keadilan bilangan 098 bertarikh 27 Disember 2006 hingga 10 Januari 2007 di muka surat 26 akhbar tersebut.
EXCO Perak Angkat Sumpah 29 Mac 2008:
PEMANGKU Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini memperkenankan istiadat pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak diadakan pada Sabtu ini.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Raja Datuk Seri Mansur Raja Razman dalam kenyataan ringkasnya hari ini berkata, Majlis Angkat Sumpah berkenaan akan dilaksanakan pada pukul 11 pagi di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.
Majlis istiadat angkat sumpah dilangsungkan setelah 12 hari Menteri Besar Perak baru, Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin mengangkat sumpah jawatan pada 17 Mac lalu.
Sebelum ini, beliau yang dijadualkan mengumumkan barisan Exco kerajaan campuran pada 21 Mac lepas, menangguhkannya tiga hari kemudian tetapi sekali lagi ditangguhkan.
Mohammad Nizar memberi alasan penangguhan itu dibuat bagi memperkemaskan barisan Exco yang mengandungi enam wakil DAP; tiga daripada PKR dan dua Pas di samping menunggu perkenan daripada pihak istana.
Sebelum itu, Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham berkata, majlis angkat sumpah itu diadakan pada 24 Mac dan beliau akan dilantik menjadi Timbalan Menteri Besar Perak I, tetapi ia tidak menjadi kenyataan.
Sementara itu, menurut laporan Bernama hari ini, Mohammad Nizar berkata, kerajaan campuran di negeri ini masih menunggu perkenan Sultan Perak bagi mengadakan upacara angkat sumpah barisan Exco yang dijangka diadakan pada minggu depan.
Formula barisan Exco kerajaan campuran Perak yang telah dipersetujui iaitu enam daripada DAP, tiga PKR dan dua Pas akan terus dikekalkan.
Katanya, pihaknya yakin langkah berkenaan tidak akan membawa sebarang masalah kerana ia hasil persetujuan secara bersama walaupun pembahagian jawatan Exco tidak mewakili komposisi kaum di negeri ini.
Tegasnya, dakwaan kononnya bangsa Melayu akan terpinggir jika enam ahli exco terdiri daripada wakil rakyat DAP hanyalah satu mitos.
‘‘Walaupun kita di Perak berlainan agama, bangsa, budaya dan latar belakang, tetapi kita bersatu hati,” katanya.
Bila nak umum perubahan dan tawaran baru pada rakyat Perak? Harap MB beryindak cepat jagan biarkan rakyat tertunggu-tunggu!
Kulop Besor
Taiping - Pokok Asam
Catat Ulasan