KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Mac 24, 2008

SENATOR SYED ALI Syor Ambil Tindakan 22 Adun BN Yang BOIKOT?

By AGENDADAILY

KETUA Umno Bahagian Cheras, Senator Datuk Syed Ali Alhabshee bimbang rakyat akan melihat wujud double standard dalam pendirian Umno terhadap institusi Raja Melayu.

Mengulas krisis lantikan Menteri Besar Terengganu beliau berkata semasa orang kuat DAP Lim Kit Siang, meminta wakil rakyat DAP memboikot majlis angkat sumpah jawatan Menteri Besar Perak, Mohamad Nizar Jamaluddin Umno telah menghentam tindak tanduk DAP itu.

Sekarang katanya 22 ADUN Umno pula nak boikit majlis angkat sumpah Menteri Besar Terengganu yang dilantik oleh Istana Terengganu.

“Tentunya orang akan lihat ini sebagai double standard pendirian Umno,” katanya kepada Agendadaily petang Ahad. Beliau berpendapat tidak salah Umno berkorban dalam keadaan sekarang.

“Tak kan pasal Datuk Seri Idris Jusoh kita nak korbankan maruah Sultan….saya tak setuju,”katanya.

Beliau juga berpendapat pada prinsipnya di Perlis pun watikah Perdana Menteri melantik Datuk Seri Shahidan Kassim telah dicabuli sekalipun sembilan wakil rakyat BN Perlis menyokong Datuk Dr Md Isa Sabu.

Menurut Syed Ali sepatutnya sembilan wakil rakyat Perlis itu juga harus dikenakan tindakan disiplin kerana melanggar keputusan pucuk pimpinan parti.

“Kalau ambil kira seperti apa yang berlaku di Perlis dan Umno hentam DAP di Perak sepatutnya bukan Datuk Ahmad Said yang dikenakan tindakan tetapi 22 ADUN Terengganu yang nak boikot majlis angkat sumpah,”katanya.

Syed Ali berkata orangramai sedang melihat cara Umno menangani krisis ini dengan teliti

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sepatutnya sebelum mereka-mereka yang berkepentingan ini patut minta ampun pada Tuanku.

Jangan gadaikan maruah hanya kerana kepentingan dunia yang tak seberapa. mereka-meraka yang berkepentingan ni patut malu kerana berani dan terang2 menghina Tuanku dan pihak istana

Tanpa Nama berkata...

golden goose
hermes on sale
hermes outlet
fear of god essentials hoodie
pg 1
nike sb dunks
golden goose
hermes outlet