KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Mac 27, 2008

WACANA Analisa Pilihan Raya ke 12, 30 Mac Ini


By TARMIZI MOHD JAM

JAMAAH Islah Malaysia (JIM)akan mengadakan "Program Wacana Analisa Pilihanraya Ke-12" pada 30hb. Mac 2008 ini.

Wacana ini bertujuan untuk melihat serta memahami dengan lebih mendalam senario politik Malaysia pasca Pilihanraya Umum Ke-12.

Ia bermula jam 8.30 pagi dan berakhir 1.00 petang yang akan disempurnakan di Auditorium Utama, Kulliyyah of Engineering, UIA-Gombak.

Barisan Ahli Panel yang akan mengupas tajuk tersebut ialah YB Hj. Saari Sungib (Adun, Hulu Klang), Hj. Zaid Kamaruddin (Presiden JIM), Sdr Ibrahim Sufian (Presiden Merdeka Centre) dan Prof. Madya Dr. Ghazali Mahyuddin (UKM).

Hj Ariffin Hassan (Pengarah Urusan PDN Resources (M) Sdn. Bhd.) akan bertindak sebagai moderator program tersbeut.

Tiada sebarang yuran dikenakan dan ianya dibuka kepada semua lapisan masyarakat yang prihatin kepada isu masa depan politik Malaysia

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Sekretariat Wacana di talian 03-4108 9669.

Tiada ulasan: