KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, Mac 26, 2008

AHMAD SAID Dijangka Bentuk KERAJAAN CAMPURAN Dengan PAS?

Mampukah Ahmad Said memujuk lapan lagi Adun BN bersamanya membentuk Kerajaan Campuran dengan PAS?

By TARMIZI MOHD JAM

MENTERI Besar Terengganu yang kontroversi, Datuk Ahmad Said dikatakan akan terus menjadi Menteri Besar negeri itu sekalipun beliau dipecat dari Umno.

Kini, orang-orangnya sedang mengukuhkan barisan dan kepimpinan Adun Kijal itu dengan memujuk sekurang-kurangnya lapan orang Adun menyebelahi Menteri Besar bagi membolehkannya membentuk kerajaan campuran dengan PAS.

Pada pilihanraya lalu, BN menang 24 kerusi Dun dan PAS hanya mengutip lapan kerusi sahaja, menjadikan jumlah keseluruhan kerusi Dun Terengganu 32 kerusi semuanya.

Untuk mendapatkan simple majoriti, Ahmad memerlukan lapan orang lagi Adun BN yang bersedia bersamanya dan berganding bahu dengan Adun PAS, lapan orang lagi.

Menurut sumber, Ahmad kini sudah mendapatkan lapan orang Adun BN yang bersedia bersamanya dan menjadikan jumlahnya sembilan termasuk dirinya (Ahmad Said) membentuk kerajaan campuran dengan gandingan lapan Adun dari PAS.

Bagaimanapun kerajaan campuran, kata sumber itu bukanlah antara BN dengan PAS sebaliknya Adun-Adun yang akan mengistiharkan diri bersama Ahmad Said dijangka akan dipecat oleh Umno.

Ini akan menjadikan Adun-Adun Umno itu sebagai Adun Bebas yang akhirnya, sudah boleh bekerjasama dengan PAS dan membentuk kerajaan campuran Bebas-PAS dengan lebihan satu kerusi.

Sumber itu memberitahu, semakin ramai Adun yang mula meninggalkan mantan Menteri Besar, Idris Jusoh setelah melihat "kekerasan" MPPR yang enggan bertolak-ansur dengan tekanan dan asakan Umno Terengganu dan Perdana Menteri.

Tiada ulasan: