KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Mac 25, 2008

RASUAH: Hisyamuddin MENCATUR Projek F1 dan Lego Di Sekolah Pula?

Ketua Pemuda Umno, Kerismudin dikatakan sekadar boneka kepada menantu kesayangan Presiden Umno. Dalam keadaan BN yang semakin lemah dan bila-bila masa sahaja boleh menjadi pembangkang, mungkin Kerismudin sedang berusaha untuk menambah dana melalui projek F1 dan Lego di sekolah!
By FUDZAIL

SIFU PTS, Puan Ainon Mohd yang juga presiden Universiti Terbuka PTS mendedahkan maklumat yang membuka mata mengenai rasuah dan penyelewengan di Kementerian Pelajaran Malaysia.

Menurut Puan Ainon, rasuah dan penyelewengan/penyalahgunaan kuasa menjadi kronik di bawah Hishamudin Hussien atau dikenali juga sebagai Kerismudin.

Imej Kerismudin mengangkat keris untuk mempertahankan ketuanan Melayu setiap kali Perhimpunan Agung Umno adalah lakonan yang sudah tidak relevan.

Biarpun beliau berkali-kali menghunus dan mencium keris sebagai simbol ketuanan, beliau turut sama membunuh Bahasa Melayu dalam pembelajaran Matematik dan Sains.

Sebagai Ketua Pemuda Umno, Kerismudin dikatakan sekadar boneka kepada menantu kesayangan Presiden Umno. Rekod Kerismudin sebagai Menteri Pelajaran adalah sekadar keputusan peperiksaan yang ditonjolkan semakin baik peratusan saban tahun!

Dalam keadaan BN yang semakin lemah dan bila-bila masa sahaja boleh menjadi pembangkang, mungkin Kerismudin sedang berusaha untuk menambah dana melalui projek F1 dan Lego di sekolah!

Kabinet Baru: PTS Kecewa Dato’ Hishamuddin Kekal KEMENTERIAN PELAJARAN - Menteri: Datuk Hishammuddin Tun Hussein; Timbalan: Datuk Dr Wee Ka Siong; Timbalan: Datuk Razali Ismail.

PTS kecewa apabila Pak Lah mengekalkan Dato' Hishamuddin Hussein sebagai Menteri Pelajaran kerana di bawah pentadbirannya kes rasuah semakin menjadi-jadi dikementerian itu.

Gosip tentang rasuah di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bukan hanya melibatkan projek-projek buku oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), di Bahagian Buku Teks (BBT), dan Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK).

Gosip-gosip juga mengatakan rasuah dan penyalahgunaan kuasa berlaku dengan parah sekali di EPRD (Bahagian Penyelidikan dan Perancangan Pelajaran) kerana bahagian itu yang menguruskan projek-projek pembinaan sekolah-sekolah baru.

Dikatakan pegawai-pegawai di bahagian itu dipaksa melantik kontraktor-kontraktor yang ditunjuk oleh orang politik.

F1, LEGO, DEPCO… Mata pelajaran rekacipta adalah mata pelajaran anak emas Dato' Hishamuddin Tun Hussein, begitulah yang dicakap-cakapkan oleh komuniti orang bisnes tentang banyaknya duit yang dibelanjakan oleh menteri itu khusus bagi mata pelajaran tersebut.

Gosip-gosip yang sedang rancak meniti dari mulut ke mulut mengatakan, menteri itu menentukan syarikat mana mendapat kontrak perbekalan apa untuk mata pelajaran itu.

Semua pemilihan produk dan kontrak adalah beliau sendiri yang memilih dengan tidak meminta nasihat daripada pegawai-pegawai di Pusat Perkembangan Kurikulum.

Buat membeli gajet F1, menteri itu meluluskan kontrak RM189 juta secara direct negotiation.Buat membeli gajet LEGO, menteri itu meluluskan RM151 juta secara direct negotiation.

Tetapi yang paling besar adalah bajet untuk menaik-tarafkan makmal-makmal sekolah dengan membekalkan peralatan produk DEPCO.

Jumlah sekolah menengah adalah 2,000 buah. Bajet untuk menaik-tarafkan setiap makmal adalah antara RM1.2 juta - RM1.5 juta. Hanya sebuah syarikat sahaja diberikan kontrak secara direct negotiation.

Kata seorang pegawai, syarikat kontraktor yang mendapat projek membekalkan produk DEPCO itu bukan agen DEPCO sewaktu diberikan kontrak itu oleh kementerian pelajaran.

Diceritakan bagaimana untuk projek naik-taraf makmal itu, sebuah mesin pemotong yang berharga sekitar RM30 ribu tetapi dibekalkan kepada kementerian pada harga RM130 ribu.

Begitulah gosipnya. Kita pun tidak mempunyai bukti-bukti sohih, tetapi bak kata pepatah Melayu, kalau tidak ada angin, masakan banyak pokok bergoyang-goyang.

Sekali lagi, kita menggesa menteri itu supaya mempertahankan nama baiknya dengan meminta BPR datang dan melakukan siasatan bagi membuktikan bahawa semua pemberian kontrak di semua bahagian (BBT, BTP, PPK, EPRD) adalah dilaksanakan dengan mematuhi prosedur yang betul.

Biar ketua pengarah BPR yang membuat kenyataan itu dan meredakan gosip-gosip yang sudah sekian lama kita dengar.

Tiada ulasan: