KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Mac 21, 2008

Penangan BLOGGERS: Menteri Penerangan Mahu KETEMU SEGERA!

Kementerian Penerangan memandang berat peranan yang dimainkan media alternatif seperti laman blog dan internet kerana mereka mempunyai peranan tersendiri dalam membina negara - Shabery Chik

By BERNAMA

MENTERI Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata pendapat penulis blog tidak boleh diketepikan dan beliau akan bertemu mereka secepat mungkin bagi mendapatkan maklumat balas berhubung pembinaan negara.

Beliau berkata Kementerian Penerangan memandang berat peranan yang dimainkan media alternatif seperti laman blog dan internet kerana mereka mempunyai peranan tersendiri dalam membina negara.

"Contohnya ada peranan yang mereka mainkan dalam pilihan raya lepas. Ada mesej yang ingin disampaikan kepada kerajaan yang banyak dimainkan oleh pengundi kelas pertengahan dalam mendapatkan maklumat.

"Mereka (penulis blog) melayari internet dan sudah tentu saya rasa peranan yang dimainkan mereka perlu diketahui," katanya pada sidang akhbar selepas bertemu media di pejabatnya di sini hari ini.

Ahmad Shabery, yang dilantik ke jawatan itu pada Selasa lepas ekoran pilihan raya 8 Mac, berharap pertemuannya dengan penulis blog tidak akan disalah anggap oleh mana-mana pihak kerana Kementerian Penerangan berhasrat untuk menjadi jambatan kepada sesiapa sahaja termasuk golongan itu untuk disampaikan kepada pihak lain.

"Pandangan bloggers tidak boleh diketepikan. Mereka menjadi saluran terus untuk rakyat menyampaikan pandangan walaupun kadang kala cara penyampaian mereka negatif," katanya.

Ahmad Shabery berkata kewujudan pelbagai laman blog akhir-akhir ini sebagai alat untuk menyalur pandangan peribadi, seakan-akan terlepas pandang oleh sesetengah pihak.

"Setiap orang sudah ada kebebasan untuk menjadikan ia (laman blog) sebagai pusat penyebaran maklumat. Kita terlepas pandang dengan peranan yang dimainkan mereka, untuk memahami perasaan mereka secara langsung," katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri Timbalan Menteri Penerangan Datuk Tan Lian Hoe.

Ditanya pendekatan yang akan diambil beliau untuk bertemu penulis blog yang sangat ramai, Ahmad Shabery berkata beliau telah mengarahkan para pegawainya untuk mengaturkan pertemuan dengan mereka secepat mungkin.

"Kita cuba dulu jumpa mereka secara berperingkat-peringkat. Mungkin mereka akan dipanggil melalui iklan atau tempat-tempat yang sesuai. Kami akan cuba mengenal pasti bagaimana untuk berjumpa," kata Ahmad Shabery.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Blogger tak payah jumpa menteri penerangan yang merapu meraban, teruskan perjuangan ayuhh, Kenali MUSUH dengan lebih berhati hati.. InsyaAllah.

Tanpa Nama berkata...

Hebatlah jadi Bloggers zaman Pak Lah nih. Menteri Penerangan panggil nak jumpa. Buat apa ya? Dia nak kotrek maklumat apa ya?
Bukankah Umnopun ada blogger upahannya dulu yang dikendalikan Azalina? Ke mana mereka? Mereka dibayar upah yang lumayah tapi tak berkesan.
Sedangkan semua bloggers alternatif termasuk TMJ tak dapat upah. Kena buat kerja sendiri. Bersengkang biji mata dan cari bahan sendiri mengikut sos tersendiri.
Buktinya, TMJ terpaksa buak iklan mohon derma pada blog, kot-kot ada hamba Allah yang sudi menyumbangkan sedikit wang untuk barangkali biayai kos ke sana sini, ambil gambar, kudapan, belanja informer dll.
Bukan senang nak dpt maklumat. Kita kena ke tempat mereka dan bukan mereka yang datang ke tempat kita. Itu semua kos. Tapi saya terbaca di Blog Kapak Jangak kononnya TMJ minta sedekah walhal pengendalian blog adalah percuma.
Memanglah blogspot tidak berbayar berbanding website. Tapi macam mana nak dapat maklumat, gambar dll. Semuanya perlu bergerak dan bertindak. Ada kos. Saya setuju TMJ paparkan iklan itu, agar ada insan yang pemurah dan simpati menghulurkan derma jihad mereka.
Hari ini, kerajaan mulai akui dan iktiraf peranan yang dimainkan oleh bloggers. Dulu mereka enggan akur, sebab menterinya, ZAM memang degil dan angkuh.
Cumanya, kita jangan terjerat dengan muslihat Umno-BN. Mungkin ada bloggers yang akan dibeli. Diberi tempat atau pos tertentu dalam kerajaan untuk mengendalikan blog tertentu. Macam tulis buku politik dulu, ramai penulis yg dibeli dengan harga lumayan. Moga para bloggers waspada dan jangan terpedaya dengan janji manis kerajaan yang sudah tentu mereka sedang berusaha untuk menjinak dan mengurangkan sanggahan bloggers terhadap BN pada masa depan. Itulah hasrat tersembunyi mereka.

Wallah'uaklam bissawab!

NUR IKTIKAF MD KAMSAN
Johor Bharu

Tanpa Nama berkata...

Assalam'mualaikum Bloggers Tmj,

Kalau tak silap, masa TV3 siar Berita Bloggers backgroud gambar seorang pengujung blog melayari blog Sdra. Sanggahtoksago. Ia dipaparkan mengiringi berita sidang media Menteri Penerangan, Shabery Chik. Tahniah!

Tanpa Nama berkata...

TMJ NAK TANYA SIKIT. Anta rapat tak dengan Menteri Penerangan tu? Kalau tak silap ana, Shabery Chik tu dulu bersama Abu Bakar Chik jayakan Intitut Barakan. Kemudian dia jadi Pensyarah UM dan aktif menulis untuk Harakah. Anta baik denga dia masa itu. Dia macam kawan-kawan anta lain spt Saifuddin Nasution, Redzuan Tee yang tidur baring kat Harakah dulu bersama anta. Sekarang, Shabery yang jadi kawan anta dulu masa Harakah sudah jadi Menteri Penerangan, patut para bloggers ambil peluang ini untuk mantapkan gerakan bloggers mendesak dan mengasak kerajaan agar media berada dalam ekadaan telus. Pengiktirafan Shabery itu sudah cukup kuat dan BN sebenarnya terpukul dengan pengiktirafan yang Khairy dan Zam sifatkan para blogger ini sebagai BERUK dulu. Sekarang BERUK ini sudah diiktiraf oleh BN melalui Menteri Penerangannya yang baru. Tahniah kepada para bloggers, perjuangan anda pada 1999, 2004 kini pada 2008 akhirnya diiktiraf sebagai efesyen dan berbisa dalam menjatuhkan lima kerajaan negeri BN ke tangan rakyat.

Tanpa Nama berkata...

nak berkawan dengan berok ke.....?
jangan......! kami berok, tak leh kawan dengan orang ('utan').
pada saya yang bangang ni, muslihat dia orang tu akan ku perhatikan setiap saat dan kelakuan serta tutur kata, sebab kita perlu berwaspada sentiasa agar diri kita terselamat tipu musibat kelibat syaitan dan iblis yang sentiasa menjuruskan manusia kearah kebinasaan dan kemusnahan iktiqat keimanan.

Tanpa Nama berkata...

nak berkawan dengan berok ke.....?
jangan......! kami berok, tak leh kawan dengan orang ('utan').
pada saya yang bangang ni, muslihat dia orang tu akan ku perhatikan setiap saat dan kelakuan serta tutur kata, sebab kita perlu berwaspada sentiasa agar diri kita terselamat tipu musibat kelibat syaitan dan iblis yang sentiasa menjuruskan manusia kearah kebinasaan dan kemusnahan iktiqat keimanan.

Tanpa Nama berkata...

Macam lawak bodoh pulak ...

Bloggers kekuatan depa ni payah nak kesan .... jadi la ni dia cuba nak kesan lah ni ....

Bila dah dikenalpasti ... paham paham saja la .... depa soma kosa ada .... ISA, akta hasutan ...

Terus suruh polis mai umah tangkap sumbat dalam penjara .....

La in depa tak boleh ... tak tau sapa yg tulih ....

Sepa bodoh pi la jumpa mentri !!!