KLIK JOM FOLO DI SINI

Ahad, Mac 23, 2008

TERLUCUT Ahli UMNO: Anak Badawi, Adnan dan Rosul LAWAN ISTANA!

Setiausaha Umno Terengganu, Datuk Rosol Wahid berkata Ahmad terlucut keahlian dalam Umno kerana menerima watikah pelantikan tersebut pagi tadi.

By MALAYSIAKINI

DALAM perkembangan yang semakin menggemparkan di Terengganu, calon Menteri Besar, Datuk Ahmad Said telah terlucut keahliannya dalam Umno kerana mengengkari arahan Umno Malaysia supaya tidak menerima watikah pelantikannya itu.

Ahmad, yang gagal mengangkat sumpah jawatan tersebut hari ini akibat pemulauan 23 lagi wakil rakyat BN, menerima watikah pengisytiharan pelantikannya daripada Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud, di Istana Tetamu, Kuala Terengganu.

Bagaimanapun, tarikh upacara angkat sumpah belum ditentukan lagi.

Arahan larangan tersebut dikeluarkan oleh Umno dan BN melalui Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor malam tadi, beberapa jam selepas Pejabat Sultan Terengganu mengumumkan Ahmad, 51, dilantik menggantikan Datuk Seri Idris Jusoh.

Tengku Adnan dilaporkan berkata, Ahmad tidak berhak berbuat demikian kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang juga Presiden Umno, telah mengeluarkan surat cara pelantikan kepada Idris Jusoh untuk jawatan tersebut.

Tengku Adnan mengingatkan Ahmad bahawa Adun itu akan dikenakan tindakan disiplin Umno dan "menanggung akibat" jika menerima pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan menteri besar.

Ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini, Setiausaha Umno Terengganu, Datuk Rosol Wahid berkata Ahmad terlucut keahlian dalam Umno kerana menerima watikah pelantikan tersebut pagi tadi.

Menurut Rosol lagi, surat rasmi pemecatan Ahmad akan dikeluarkan oleh pihak Umno Malaysia.

Tambahnya, pagi tadi, beliau mewakili 22 Adun BN - tidak termasuk Idris - telah menyerahkan memorandum kepada MPPR, membantah pelantikan Ahmad sebagai Menteri Besar.

Rosol berkata, beliau juga turut menyerahkan surat daripada Badan Perhubungan Umno Terengganu kepada Ahmad, mengingatkan bahawa beliau akan dipecat daripada Umno jika menerima pelantikan Menteri Besar.

Katanya, surat peringatan tersebut dikeluarkan dengan restu Presiden Umno.

Kedua-dua memorandum dan surat tersebut diserahkan melalui Setiausaha MPPR, Shafie Ali pada kira-kira jam 7.55 pagi.

Ditanya mengenai bagaimana sekiranya pihak istana meneruskan upacara mengangkat sumpah Ahmad sebagai Menteri Besar, Rosol menjawab: "Itu anda kena rujuk kepada Pegawai Undang-undang Negeri". - (Kemaskini 11:30am)

Tiada ulasan: