KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Mac 24, 2008

RAFIDAH "DIGUGURKAN" Kerana SURAT 16 MUKA Kutuk KHAIRY!

Kehadiran Rafidah dalam mesyuarat-mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno selepas ini akan memburukkan lagi pertembungan antara beliau dengan Abdullah.

By ABDUL HALIM RASHID

PERDANA Menteri yang dituntut berundur, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dikatakan sangat kecewa dengan keputusan Datuk Seri Rafidah Aziz yang enggan meletakkan jawatan sebagai Ketua Wanita Umno.

Menurut sumber yang rapat dengan kepimpinan Umno, setelah dikatakan kecewa kerana tidak dilantik dalam kabinet baru Abdullah, Rafidah pada mulanya hendak meletakkan jawatan.

Bagaimanapun, atas nasihat tokoh veteran Umno, bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu membatalkan hasratnya.

Menurut sumber itu lagi, kehadiran Rafidah dalam mesyuarat-mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno selepas ini akan memburukkan lagi pertembungan antara beliau dengan Abdullah.

Ketika ditanya apakah punca keengganan Abdullah melantik semula Rafidah, sumber itu mengaitkan tindakan tersebut dengan surat setebal 16 halaman yang dihantar oleh Rafidah kepada Abdullah.

Surat itu dikatakan menghentam menantu Abdullah, Khairy Jamaluddin yang menurut sumber itu dianggap punca kekalahan teruk Umno di Semenanjung.

Sebelum ini, beberapa blog mendakwa, Rafidah adalah antara penghalang utama rancangan Abdullah untuk melantik menantunya sebagai anggota kabinet.

Menurut dakwaan itu, apabila Abdullah mengumumkan keinginannya untuk melantik Khairy di dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang lalu, beliau mendapat bantahan yang hebat.

Rafidah dan Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan penentang yang paling lantang membantah perlantikkan Khairy ke dalam kabinet.

Rafidah yang paling marah sehingga menghentak meja, tegas dengan pendiriannya bahawa Khairy adalah "perosak Umno".

Dalam sidang akhbarnya semalam, Rafidah berkata, beliau terkejut, kecewa dan sedih apabila tiada seorang pun pemimpin wanita (Umno), termasuk dirinya, dilantik menganggotai kabinet yang diumumkan semalam.

"(Pergerakan) Wanita tidak pernah lihat dalam sejarah kabinet negara, tiada wakil Wanita tetapi saya tidak tanya Pak Lah (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) mengenai perkara itu.

"Ketua Wanita MCA ada (dalam kabinet), ketua Wanita Umno tiada. Tetapi tidak sedap pula bercakap hal ini.

"Tetapi saya ketua Wanita Barisan Nasional (BN), saya tidak protes kepada Perdana Menteri. Malulah saya hendak jawatan," katanya dalam sidang media di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri di sini semalam.

Wartawan penuh sesak dalam sidang media yang memakan masa hampir satu setengah jam itu. Kira-kira 10 exco Wanita Umno berada di sekeliling Rafidah sepanjang sidang media tersebut.

Rafidah berkata, pada jam 9 pagi semalam, Perdana Menteri menelefon beliau memaklumkan namanya telah digugurkan daripada barisan kabinet.

"Kami bercakap dengan ramah. Dia (Pak Lah) kata terima kasih kepada saya.

"Saya tanya mengapa (digugurkan) , Perdana Menteri kata, dia nak orang baru. Bila saya terima jawaban itu, saya telefon dan (kirim) SMS kawan-kawan beritahu saya digugurkan.

"Saya juga tidak mendapat indikasi (awal) bahawa nama saya (bakal) digugurkan daripada senarai kabinet. Kalau tidak jadi menteri, buat apa saya dipilih bertanding di parlimen," katanya lagi yang mempertahankan kerusi Kuala Kangsar.

Ketika ditanya adakah Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said merupakan ahli Wanita Umno, Rafidah berkata, "kena tanya Perdana Menteri atau Azalina sendiri."

Tiada ulasan: