KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Mac 27, 2008

PUTERI UMNO Menentang PEMILIHAN Parti DITANGGUHKAN!

By HERMAN HAMID

PERGERAKAN Puteri Umno dan beberapa ahli Majlis Tertinggi (MT) parti itu menolak saranan supaya pemilihan Umno di peringkat cawangan, bahagian dan MT ditangguhkan lagi.

Sebaliknya, mereka berpendapat, pemilihan tersebut tetap perlu diadakan tahun ini setelah ia ditangguhkan pada tahun lalu bagi memberi laluan kepada parti itu bersiap menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-12.

Ketua Puteri Umno, Datuk Noraini Ahmad berkata, dari segi peraturan, pemilihan Umno memang boleh ditunda selama 18 bulan yang hanya akan berakhir pada Jun tahun depan.

Namun, katanya, Puteri Umno berpendapat ia tetap perlu dilangsungkan tahun ini.

“Seandainya pemilihan tidak dapat dibuat pada bulan Ogos sebagaimana dibayangkan sebelum ini, pemilihan tetap perlu diadakan selewat-lewatnya Disember 2008," kata Noraini dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib semalam berkata, para pemimpin badan perhubungan Umno negeri yang bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini mencadangkan supaya pemilihan parti itu ditunda ke Jun tahun depan bagi mengelakkan berlaku ‘malapetaka’ politik negara.

Pemilihan MT Umno sepatutnya diadakan pada November tahun lalu sebelum ia ditangguhkan ke pertengahan tahun 2008. Kali terakhir UMNO menjalankan pemilihan parti ialah pada September 2004.

Mesyuarat MT Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) esok dijangka membuat keputusan mengenai isu itu. - Utusan Malaysia

Tiada ulasan: