KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Mac 25, 2008

Tubuh Siasatan Diraja BONGKAR Tribunal Pecat TUN SALLAH ABBAS

By MALAYSIAKINI

PENGERUSI DAP Karpal Singh mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat pembentukan dua buah tribunal yang membawa kepada pemecatan Ketua Hakim Negara dan lima hakim Mahkamah Agung pada 1988.

Terma rujukan suruhanjaya itu adalah untuk menentukan sama ada dua buah tribunal yang dibentuk itu mempunyai asas dan latar yang cukup, katanya.

Beliau membuat desakan itu dalam satu sidang akhbar di Kompleks Jalan Duta hari ini sebagai sebagai mengulas cadangan Datuk Zaid Ibrahim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang baru dilantik bertanggungjawab menangani hal-hal berkaitan undang-undang dan kehakiman, supaya kerajaan sekarang memohon maaf kepada bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas dan dua bekas hakim mahkamah agung, Tan Sri Wan Sulaiman Pawanteh dan Datuk George Seah.

Ahli politik DAP itu berkata meminta kerajaan sekarang di bawah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memohon maaf bukan langkah ke arah yang betul.

Sebaliknya, kata beliau, sepatutnya bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang memohon maaf..

Beliau berkata suruhanjaya itu hendaklah juga menentukan sama terdapat salah laku di pihak Dr Mahathir dalam menyalahguna artikel 125(3) Perlembagaan Persekutuan.

Tiada ulasan: