KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Mac 27, 2008

Mereka Yang DERHAKA Di Terengganu PATUT "DISULA"?

Kalau perkataan “NATANG atau BINATANG” ini ditujukan kepada pihak yang sedang dibantah keputusannya kerana melantik ADUN Kijal, YAB Ahmad Said, selaku Menteri Besar Terengganu, manusia yang derhaka ini mesti “disula” dengan serta merta!

By DATUK RUHANIE AHMAD


HARI ini saya kirimkan dokumen Rukun Negara untuk renungan seluruh warga siber Malaysia dengan nota “saya harap ramai-ramai kita downloadkan dokumen ini dan kirimkan kepada seluruh pihak yang terbukti sedang menderhaka kepada Raja-Raja Melayu pada ketika ini. DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU!”

Saya berbuat demikian kerana prinsip kedua Rukun Negara adalah “KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA.”

Prinsip ini dimaktubkan sedemikian rupa kerana Raja-Raja Melayu dan institusinya adalah sendi utama kepada sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia.

Ini juga kerana Raja-Raja Melayu dan institusinya adalah payung makhota kepada kesejahteraan, keharmonian dan kedamaian rakyat jelata seluruhnya.

Pada waktu yang sama, oleh kerana kekusutan yang sedang berlaku di Terengganu hari ini adalah membabitkan Umno selaku tulang belakang Barisan Nasional (BN), wajarlah pihak-pihak yang terbabit merujuk kepada Perlembagaan Umno. Rujuklah kepada Fasal 3 Perlembagaan tersebut seperti berikut:

FASAL 3

ASAS DAN TUJUAN

Umno adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruh dan martabat bangsa, agama dan negara.
3.1 Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara.
3.2 Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja Berpelembagaan.
3.3 Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan beragama.
3.4 Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya.
3.5 Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa rasmi yang tunggal dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu.
3.6 Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada hak-hak Asasi Manusia dan Hak-Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera.

Sesudah itu, bacalah Fasal 3(2) yang menyatakan bahawa antara asas dan tujuan perjuangan Umno adalah “Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja Berpelembagaan.”

Sila baca Fasal 3(2) ini secara berulang kali sehingga semangat, roh dan jiwanya menggelorakan keinsafan kepada kita semua. Sesudah itu, tanya diri kita, adakah Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, insaf bahawa apa yang beliau lakukan pada hari ini, dalam konteks kemelut Menteri Besar Terengganu, mencanggahi Perlembagaan Umno?

Seterusnya, tanyalah kepada pihak Umno yang merentangkan banner dengan kata-kata: “Kami Mahu Idris, Natang” dengan soalan tegas, siapakah yang mereka maksudkan “NATANG atau BINATANG?” Kalau mereka jawab, “NATANG” yang dimaksudkan adalah lembu-lembu yang berkeliaran di Jalan Kuala Berang, tak mengapa!

Tapi kalau perkataan “NATANG atau BINATANG” ini ditujukan kepada pihak yang sedang dibantah keputusannya kerana melantik ADUN Kijal, YAB Ahmad Said, selaku Menteri Besar Terengganu, manusia yang derhaka ini mesti “disula” dengan serta merta!


Heret mereka ke Balai Polis terdekat dan buat laporan bahawa perbuatan manusia berkenaan adalah satu penderhakaan!

Sesudah itu, kirimkan salinan laporan polis itu kepada Hishamuddin Hussein selaku Ketua Pemuda Umno dan Khairy Jamaluddin selaku Naibnya. Beritahu kedua-dua “hero?” Melayu ini bahawa inilah waktunya kalau mereka mahu menghunus keris untuk menyula Melayu-Melayu yang derhaka kepada Rajanya!

Dan, jangan lupa kirimkan salinan juga kepada Abdullah. Katakan kepadanya, kalau beliau tidak bertindak tegas untuk menurunkan kain rentang itu, maka beliau perlu diheret sama dalam tuduhan berkenaan kerana bersekongkol dengan Melayu-Melayu derhaka.

Seterusnya, renungkanlah komen seorang pelayar blog ini dengan nama Hang Aku, mengenai apa yang sedang berlaku di Terengganu sekarang, seperti berikut:

Bandingkan dan fikirkan wahai orang yang berfikir:
1) DAP biadap kerana cuba boikot majlis angkat sumpah MB Perak. Tapi, Umno tak biadap bila nak boikot majlis angkat sumpah MB Terengganu?
2) Datuk Ahmad Said (Terengganu) akan dipecat kerana langgar watikah Presiden Umno. Tapi, Datuk Md. Isa Sabu (Perlis) tak dipecat kerana isu yang sama?
3) Zam (Datuk Seri Zainuddin Maidin, Kedah) diselar oleh pemimpin Umno kerana komen yang dikatakan tidak benar pasal pembaziran wang dan usaha keras untuk menawan Kelantan. Tapi, Ku Li disuruh rampas Kelantan sebelum cabar Presiden Umno kerana dikatakan banyak wang dan usaha yang telah digunakan untuk menawan Kelantan tapi gagal. Bazir dan guna... macam sama je maksudnya?
4) Kerajaan baru Perak dikatakan tiada muafakat kerana bertelagah untuk memilih Exco. Tapi, kerajaan Terengganu nak dapat MB pun payah? - Hang Aku: 8:40 PM

Demikianlah renungan untuk kita semua kali ini. Kepada sahabat-sahabat saya di Terengganu, fikir-fikirkanlah mesej di sebalik renungan ini. Kepada Abdullah, undurlah sekarang juga kalau masalah seperti ini pun susah sangat nak diselesaikan. DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU!

Tiada ulasan: