KLIK JOM FOLO DI SINI

Ahad, Mac 23, 2008

KECUALI Besut, Semua KETUA UMNO BAHAGIAN Sokong AHMAD SAID!

Ahmad Said bakal dipaku oleh Umno Terengganu sekiranya mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar. Apakah "dosa" Idris yang begitu dimurkai Sultan Terengganu sekarang?

By BERNAMA

KETUA Umno Bahagian Kuala Terengganu Datuk Wan Farid Wan Salleh hari Ahad berkata beliau tidak dihubungi oleh sesiapa supaya memberikan sokongan terhadap pelantikan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Kijal, Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu.

Wan Farid yang menghubungi Bernama hari Ahad menafikan kononnya beliau telah dihubungi untuk mendapatkan sokongannya berhubung pelantikan Ahmad sebagai Menteri Besar.

Beliau (Wan Farid) yang kini berada di Putrajaya mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Tengku Putera Tengku Awang hari ini yang berkata bahawa semua Ketua Umno Bahagian di Terengganu kecuali Besut menyokong pelantikan Ahmad sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru.

Tengku Putera yang juga Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu itu turut menyatakan bahawa beliau percaya Wan Farid juga menyokong pelantikan Ahmad sebagai Menteri Besar walaupun beliau (Tengku Putera) tidak dapat menghubunginya (Wan Farid).

Tiada ulasan: