KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Mac 25, 2008

TOK GURU Tegur: MENGAPA Idris BIARKAN 22 Adun Bertindak Biadap?

Simbolik menghunus keris setiap kali Ketua Pemuda Umno berucap kononnya mahu menjaga ketuanan atau kesultanan Melayu sebenarnya tidak dipraktik lagi pemimpin Umno.

By SALMAH MAT HUSAIN

PENGERUSI Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu, Dato' Seri Idris Jusoh sepatutnya menasihat penyokongnya tidak bertindak negatif sekiranya beliau benar-benar reda tidak dilantik sebagai Menteri Besar.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, apa yang berlaku sekarang seolah-olah pemimpin itu masih mahukan jawatan tersebut.

"Sekiranya beliau tidak berhasrat untuk memegang jawatan itu dan menerima ketentuan qada' dan qadar Allah, sudah pasti Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu itu menasihati Adun BN lain menerima pelantikan Menteri Besar yang baru.

"Ini kerana nasihat seorang pemimpin akan diterima baik penyokong atau pengikutnya. Beliau boleh sebut saya nak berundur diri," katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan Datuk Bandar Yin-gor Narathiwat, di JKR 10, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan 22 Adun BN memulau pelantikan Adun Kijal, Dato' Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru menggantikan Idris.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, sejak dari dahulu lagi beliau sering menjelaskan pemimpin Umno tidak ikhlas membela nasib orang Melayu memandangkan kepentingan peribadi lebih diutamakan.

"Simbolik menghunus keris setiap kali Ketua Pemuda Umno berucap kononnya mahu menjaga ketuanan atau kesultanan Melayu sebenarnya tidak dipraktik lagi pemimpin Umno.

"Perkara hunus keris dah lama lusuh. Umno hanya tahu menghunus keris, orang dah keluarkan pistol... tak jadi apa, kalau kita keluarkan senjata, orang lain keluarkan penumbuk.

"Keadaan ini akan lebih merumitkan lagi sehingga masalah yang timbul tidak dapat diselesaikan sampai bila-bila," ujarnya.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dia hunus keris untuk bela ketuanan UMNO
bukan ketuanan Melayu, atau Kesultanan Melayu atau bangsa melayu atau bahasa melayu