CABARAN terhadap Kerajaan Abdullah Ahmad Badawi semakin meruncing. Keadaan tambah kelam kabut. Majlis Pemangku Raja Terengganu menolak calon Menteri Besar Idris Jusoh dan melantik ADUN Kijal Ahmad Said.
Belum sempat Ahmad Said mengangkat sumpah, dia dipecat daripada Umno. Perdana Menteri berkata perbuatan melantik orang lain selain daripada Idris sebagai Menteri Besar “adalah bercanggah dengan Perlembagaan.”
Anehnya, beberapa hari lalu Peguam Negara mengatakan Sultan ada hak dalam pelantikan Menteri Besar. Beliau berkata demikian apabila mengulas pelantikan MB Perak.
Hanya orang yang tidak cerdik atau tidak tahu selok-belok menangkap ikan sahaja yang akan menangguk di tempat yang airnya jernih. Orang yang cerdik dan tahu selok-belok menangkap ikan akan menangguk di tempat yang airnya keruh.
Akhbar arus perdana milik Umno, Utusan Malaysia hari ini (22 Mac), antara lain, melaporkan:
Pandangan paling lantang disuarakan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mempertikaikan keikhlasan hasrat bekas Presiden Parti Melayu Semangat 46 (S46) itu (Tengku Razaleigh Hamzah). Sambil menentang sebarang cubaan untuk mencabar kepimpinan presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Hishammuddin menegaskan tindakan Tengku Razaleigh umpama menangguk di air yang keruh.
Selalunya air yang jernih tidak ada ikan kecuali ikan seluang, sepilai dan sepat ronggeng. Kalau adapun ikan besar ia akan lari apabila ternampak tangguh.
Air yang keruh selalunya banyak ikan dan udang. Kadang-kadang ular guni buruk dan buaya pun ada. Malah ikan yang banyak itulah yang menyebabkan air menjadi keruh.
Orang yang tahu selok-belok menangguk akan mencari tempat yang keruh airnya.Bila dia menurunkan tangguk, ikan tak nampak. Seorang penangkap ikan yang pakar tahu bila ikan masuk tangguk dengan merasa batang tangguknya.
Jadi amatlah tepat kalau Ahli Parlimen Gua Musang dan bekas Naib Presiden Umno itu memasang tangguknya di air yang keruh.
Lagipun air keruh yang kini menenggelami Umno bukanlah akibat perbuatan Tengku Razaleigh tetapi akibat tindak tanduk pembesar-pembesar atasan Umno dan konco-konco mereka.
Ketua Pemuda itu adalah antara pembesar terbesar Umno.Tak apalah kalau Ketua Pemuda itu hendak mengherdik Tengku Razaleigh dan mempertahankan bosnya.
Biasalah tu. Sorong papan tarik papan, buah keranji dalam perahu, suruh pertahan aku pertahan, dalam hati tuhan saja yang tahu.
Tapi pelik jugalah bila dia dan pergerakannya tidak ambil apa-apa tindakan ke atas Ahli Exco Pemuda dan Ahli Parlimen Jerlun Mukhriz Mahathir yang menghantar surat menggesa Perdana Menteri dan Presiden Umno letak jawatan.
Mula-mula bukan main berang dia. Marah sungguh kepada si Mukhriz itu. Tapi apabila Exco Pemuda bersidang lain pula bunyinya. Tidak ada tindakan sebab itu surat peribadi, konon ceritanya.
Kalau tidak ada-ada, masakan tempua bersarang rendah. Ada orang gertakkah?Kalau Ketua Pemuda hanya berani bercakap, Tengku Razaleigh berani bercakap dan berani mengotakan cakapnya.
Saya pun tak ingat sudah berapa kali Ketua Pemuda itu bertanding untuk mendapatkan jawatan dan mempertahankan jawatan parti. Itu pun kalau dia pernah bertanding.
Boleh sesiapa tolong beritahu?
Tapi Tengku Razaleigh dah banyak kali bertanding. Bertanding pilihan raya mulai 1969 dan Naib Presiden Umno sejak 1975.
Lawan Musa Hitam pada tahun 1981 dan 1984 untuk jawatan Timbalan Presiden dan lawan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk jawatan Presiden pada tahun 1987.
Jadi kalah menang bertanding bukan pengalaman baru bagi Tengku Razaleigh. Kali terakhir Perdana Menteri dan Presiden Umno sekarang bertanding adalah pada tahun 1993 untuk jawatan Naib Presiden tetapi kalah.
Kalah pun Dr Mahathir kekalkan juga dia dalam Kabinet.Lepas itu dia naik dan naik tanpa sebarang pertandingan. Ada orang kata atas ihsan Dr Mahathir.
Orang kata, bukan saya.Jadi kalau nak kira berani lawan dan banyak kali lawan, tak banyak orang boleh lawan Tengku Razaleigh. Muda berani, dah jadi veteran pun tetap berani.
Dah tak ramai lagi orang macam ini dalam Umno selain Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh. Dr Mahathir kata dia sokong cadangan Tengku Razaleigh agar mesyuarat agung luar biasa Umno diadakan bagi membincangkan kekalahan teruk parti itu.
Tetapi dia berpendapat mungkin sukar Tengku Razaleigh nak dapat pencalonan yang mencukupi daripada bahagian Umno untuk lawan Presiden Umno.
Dia memerlukan sekurang-kurangnya 60 pencalonan bahagian.Dr Mahathir yang menerima kunjungan Tengku Razaleigh minggu lalu, bagaimanapun, berasa mungkin ada calon-calon lain yang ingin bertanding merebut jawatan tertinggi Umno itu.
Namun Dr Mahathir kurang yakin dengan cabaran itu kerana katanya para pembesar Umno (istilah pembesar adalah istilah saya) kini takut bersuara dan banyak berpura-pura.
Di depan Presiden mereka sokong mati-matian tetapi di belakang mereka kutuk habis-habisan.
Begitu juga dengan ikrar mereka hendak sokong Tengku Razaleigh pada pemilihan tahun 2004. Apabila dapat panggilan dan diberi “habuan” oleh orang tertentu, janji ke mana, Tengku Razaleigh ke mana.
Tetapi itu ketika Perdana Menteri dan Presiden Umno sedang berada di puncak jaya kerana baru menang mandat raksasa dalam pilihan raya umum 2004.
Sekarang Perdana Menteri dan Presiden Umno sedang berada di lurah penuh onak dan duri kerana kalah teruk dalam pilihan raya umum 2008.
Jadi cabaran Tengku Razaleigh atau sesiapa sahaja terhadap beliau kali ini adalah berbeza daripada cabaran tahun 2004. Seperti kecundangnya Umno, begitu jugalah kemungkinan nasib yang akan menimpa beliau.
Saya katakan "mungkin."Manalah tahu mungkin ada pembesar Umno di bahagian yang mendapat semangat baru dan bersedia berterus terang setelah menyaksikan tragedi yang melanda parti mereka pada 8 Mac lalu.
Tetapi kalau mereka nak terus puji dan ampu, maka tidak ada lagilah alasan bagi ahli dan penyokong Umno yang berpaling tadah mengundi pembangkang kerana jelik dan jelak dengan kepemimpinan parti untuk kembali semula ke pangkuan parti itu.
Dan apabila Perdana Menteri dan Presiden Umno tidak lagi dihormati, makan jadilah macam di Perlis dan Terengganu di mana calon Menteri Besar yang beliau tauliahkan ditolak oleh Istana dan orang lain dilantik.
Khabarnya Ahli Dewan Undangan Negeri Umno akan memulaukan majlis mengangkat sumpah ADUN Kijal, Ahmad Said (Umno) sebagai Menteri Besar Terengganu di Istana Tamu, Kuala Terengganu, esok.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan