By TARMIZI MOHD JAM
SELURUH rakyat Terengganu diundang khas menyempurnakan "Program Munajat Perdana Rakyat Terengganu Memohon Keberkatan dan Kedaulatan KDYMM Tuanku Al-Sultan dan Negeri Terengganu" yang akan diadakan di Masjid Tengku Tengah Zaharah yakni Masjid Terapung, Kuala Terengganu.
Program ini akan diadakan esok, 27 Mac 2008 (Khamis malam Jumaat) dan akan dipimpin oleh YBhg. Datuk Sheikh Ismail Mohamad Al-Hafiz.
Ia akan dimulakan dengan solat Isyak berjamaah kira-kira jam 8.30 malam, demikian maklumat yang dipaparkan pada laman sesawang Tranungkite Online (TKO) malam tadi.
Program ini dipercayai ada kaitan dengan kemelut dan krisis yang melanda Kerajaan Negeri Terengganu, apabila perlantikan Datuk Ahmad Said, Adun Kijal sebagai Menteri Besar ditentang hebat oleh kumpulan 22 Adun yang didalangi mantan MB, Idris Jusoh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan