Pengaruh lidah rasmi Harakah begitu besar sehingga mencecah hampir dua juta pembaca pada setiap bulan dan ini menjadikan akhbar bercetak ini bertahan begitu lama berbanding dengan akhbar tabloid yang lain di negara ini, kata Pengarang Berita Harakah, Dato' Tarmizi Mohd Jam.
Katanya, Mac tahun depan, Harakah akan menyambut Jubli Perak 25 tahun dan dalam tempoh itu pelbagai pahit maung diharungi, namun, atas kegigihan pucuk pimpinan ia muncul sebagai akhbar alternatif yang sentiasa mengancam pengaruh Umno-BN.
Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan Kursus Kewartawanan & Pemberitaan Berintegriti peringkat PAS Wilayah Persekutuan, Ahad 13 Nov lalu di Pejabat Agung PAS, dekat sini. Turut menyampaikan syarahan media, Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman.
Terdahulu, ketika merasmikan kursus berkenaan, Ketua Penerangan PAS Wilayah, Nasaei Ismail berkata, peranan media cukup penting dalam menyampaikan maklumat dan membentuk persepsi masyarakat.
"Dengan adanya kursus bersama Harakah ini, diharapkan lebih ramai ahli PAS berperana sebagai pelapor bukan sahaja kepada Harakah tetapi kepada media baru teramsuk facebook, website dan blog masing-maisng," katanya.
Sementara itu, Ahmad Lutfi dalam syarahannya "Kepentingan Media Hadapi PRU-13" menyifatkan bukan soal keterbatasan penyampaian maklumat kepada sasaran tetapi bagaimana maklumat itu dibentuk dan dibina agar upaya mencetuskan persepsi dalam masyarakat terhadap sesuatu isu.
"Hari ini, sesiapa boleh dapatkan maklumat dalam internet. Tetapi peranan pemberita atau wartawan yang jadi penulis, lebih memainkan peranan dalam membina persepsi masyarakat berdasarkan maklumat itu," tegas beliau.
Kursus setengah hari itu antara langkah Harakah untuk merancakkan lagi penyebaran maklumat secara tepat dan berintegriti melalui pelbagai medium, bukan Harakah semata-mata.
Pada majlis itu, Tarmizi mengumumkan satu muka surat Harakah diberi keutamaan untuk berita-berita PAS Wilayah sebagai menangani isu ketiadaan liputan terhadap kegiatan dan kenyataan pimpinan PAS Wilayah.




7 ulasan:
dah lama tinggalkan utusan meloya dan berita hairan...
Itu yg beli yg baca melalui it lagi ramai munkin lebih dari 2 juta.......teruskan perjuangan moga Allah sentiasa besama org yg benar....
kenapa harakaha tdk jemput hishamudin rais sbg kolomnis...pandangan dia jelas, mudah dan senang faham...
Mengapa sumbangan rencana dan sajak tulisan saya yang pernah tersiar di Harakah tidak dibayar honorarium?
1 bln 2 juta jea....ingatkan 30 juta sebln.....hampehhhh
Namun, akhir-akhir ini cetakan Harakah khabarnya hanya sekitar 100,000 naskhah bagi setiap keluaran manakala jualan bersih secara purata adalah sekitar 80,000 naskhah
spin spin ... jangan tak spin
Catat Ulasan