AKHBAR talian mSTAR Online hari ini melaporkan sebuah kajian pendapat umum kendalian Merdeka Centre yang mendedahkan keyakinan rakyat negara ini terhadap keupayaan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) dalam menunaikan janji-janji yang dipertaruhkan sepanjang kempen 13 hari pilihan raya umum lalu.
Selepas empat bulan pilihan raya umum ke-12 berlangsung, rata-rata kurang 50 peratus rakyat negara ini yakin bahawa kedua-dua Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat akan memenuhi janji-janji yang dipertaruhkan.
Kajian pendapat umum kendalian Merdeka Center menunjukkan, BN memperoleh keyakinan keseluruhan 40 peratus responden manakala Pakatan Rakyat pula 45 peratus - berhubung soalan sejauh mana kedua-dua perikatan itu akan menunaikan janji masing-masing.
Bagaimanapun, jelas mSTAR, ia dilihat daripada sudut sama ada "terlalu yakin akan menunaikan janji", 13 peratus responden memihak kepada BN berbanding hanya lapan peratus ke atas Pakatan Rakyat.
"Seramai 27 peratus responden agak yakin dengan BN dan 38 peratus responden agak yakin dengan Pakatan Rakyat. Peratusan responden yang "agak tidak yakin" adalah tinggi bagi BN iaitu 36 peratus tetapi hanya 27 peratus di sebelah Pakatan Rakyat," lapor akhbar talian itu.
Malah, peratusan "sangat tidak yakin" juga agak tinggi bagi BN iaitu 19 peratus berbanding 15 peratus responden yang memihak Pakatan Rakyat. Kajian ini dijalankan antara 4 dan 14 Julai lalu membabitkan 1,030 responden di Semenanjung menerusi temu bual telefon.
Pilihan raya umum ke-12 berlangsung 8 Mac lalu menyaksikan BN kehilangan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat. Selain itu BN juga kehilangan kuasa kerajaan negeri di lima negeri iaitu Pulau Pinang, Perak, Kedah, Kelantan dan Selangor.
Meskipun BN berkempen menggunakan manifesto sendiri tetapi Pakatan Rakyat yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS menggunakan manifesto sendiri, bukan atas nama Pakatan Rakyat.
"Panggilan Pakatan Rakyat hanya diumumkan selepas keputusan pilihan raya umum diketahui," tegas laporan mSTAR Online itu.

1 ulasan:
Salam
Ana mohon muga laman ini di kemaskini dengan segera kerana berita yang ada sudah lama di siarkan .
Catat Ulasan