KLIK JOM FOLO DI SINI

Ahad, Ogos 03, 2008

Tukulbesi titiskan air mata baca kisah "Petugas Bertshirt Pagoda"

SEORANG blogger memberi komen terhadap tulisan saya berkenaan rencana santai "Petugas Ber'tshirt' Pagoda,Anugerah Allah Untuk Rakyat Perak" yang diterbitkan pada berita utama Harakahdaily semalam.

Kemudian rencana itu diulang terbit di Tranungkite yang mengundang 20 komen para pembaca. Ikuti komentar ringkas blog tukulbesi.blogspot.com yang telah dimuatkan pada laman Tranungkite semalam.

Saya tidak mampu mengawal emosi hingga menitis air mata apabila membaca tulisan Tarmizi Mohd Jam kisah seorang petugas PAS bertshirt pagoda yang kini bergelar MB.

Bila melihat tajuk tersebut saya menyangka yang dimaksudkan ialah Tuan Guru Nik Aziz yang selalu mengenakan tshirt pagoda di rumahnya. Telahan saya ternyata meleset apabila tokoh yang dimaksudkan ialah MB baru bagi rakyat Perak daripada PAS.

Masya-Allah,itu saja ungkapan yang terbaik untuk saya ungkapkan,rupanya bukan Kelantan saja dianugerah Allah pemimpin seperti Umar Abdul Aziz tetapi anugerah yang sama kini dikurniakan Allah kepada rakyat Perak.

Bersyukur dan bertahmidlah memuji Allah atas anugerah ini.Inilah hasil tarbiyyah yang ada dalam PAS walaupun sering diperlekeh oleh mereka yang tidak duduk di medan juang yang sebenar, namun ternyata PAS punyai tokoh-tokohnya yang layak untuk memimpin ummah ini ke jalan bahagia di dunia dan akhirat.

Saya juga punya cerita yang hampir sama,cuma menunggu masa untuk dianugerah Allah kepada rakyat negeri Pahang khususnya,tunggulah saatnya akan tiba.

Tiada ulasan: