KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Ogos 07, 2008

Perbicaraan Anwar: Sekatan jalan raya dan siapsiaga FRU di mahkamah

Hari ini sekali lagi sekatan polis di jalan-jalan utama masuk ke Kuala Lumpur telah mengundang kesesakan lalulintas, sejak pagi lagi ekoran kebimbangan pihak polis berlakunya tunjuk perasaan di sekitar Kuala Lumpur.

Jam 10 pagi ini, Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim akan dibicara di Mahkamah Seksyen, Kompleks Mahkamah Jalan Duta, atas tuduhan meliwat. Polis mengambil langkah berjaga-jaga bagi membendung sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.

Sejak jam 7.30 pagi lagi, didapati unit polis trafik mengawal lalu lintas sekitar jalan menuju ke mahkamah. Adalah dipercayai, para penyokong Anwar akan berkumpul dan memberikan sokongan padu kepada beliau di perkarangan mahkamah tersebut pagi ini.

Pasukan FRU yang sudah tiba sejak awal pagi, mula mengambil tempat berkawal di perkarangan mahkamah. Sementara, wartawan dalam dan luar negeri sudah berkumpul di luar mahkamah untuk melaporkan perkembangan terkini berkenaan perbicaraan ini.

Sementara itu, banyak pihak yang kecewa dan tidak berpuashati dengan langkah pihak polis itu, yang dianggap mengganggu gerakerja harian mereka akibat tergendala di sekatan jalan raya atau terperangkap dalam kesesakan.

"Esok saya akan menghadapi pertuduhan fitnah yang saya tidak lakukan, tuduhan yang digunakan untuk aibkan sama seperti pada tahun 98 dan 99," tegas Anwar pada sidang akhbar kira-kira pukul 3.15 petang semalam di ibu pejabat parti itu.

Anwar yang dituduh melakukan liwat, dijangka didakwa di bawah Seksyen 377A ataupun Seksyen 377C Kanun Keseksaan, berkaitan dengan perbuatan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii.

Jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 377A, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan dirotan manakala Seksyen 377C pula membawa hukuman tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan boleh dikenakan hukuman dirotan.

Mengikut Seksyen 377A dan 377C, ikat jamin tidak dibenar. Bagaimanapun di bawah Seksyen 388 Kanun Prosedur Jenayah, mahkamah boleh membenarkan ikat jamin. Anwar akan dibela oleh sepasukan sembilan peguam termasuk R. Sivarasa, Sankara Nair, Saiful Izham Ramli dan Sulaiman Abdullah.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam Bicara
Bagaimana kita hendak percaya kepada mahkamah dan polis, Mahkamah bolehle percaya sedikit, polis 0 kepercayaan kepada polis, kerana barang yang di simpan oleh polis pun hilang dan lesap, Polis yang jaga di kawasan mereka sebagai perompak, mereka o untuk dipercayaai.
POLIS umpama harapkan pagar , pagar makan padi.
Boleh percaya ke POLIS siasat POLIS.
Ada setengah pendapat mengatakan POLIS MALAYSIA NI PEROMPAK BERLESEN , betul kut pendapat orang tu.
Kita akan hilang kepercayaan sesuatu badan tersebut umpama, perompak siasat penyamun, pencuri siasat penyeludup, penyangak siasat lanun dan perogol siasat penjenyah.

al-chechen berkata...

Apa yang saya nampak pihak mahkamah ke, polis ke dan pejabat peguam negara semuanya tidak sepakat dan sependapat dalam kes Liwat II ini. Kerja bodoh fitnah ini bukannya disokong oleh sesetengah pihak didalam ketiga tiga ajensi tadi.
Sehingga seksyen pertuduhan yang dipilih pun sangat bercelaru. Apabila dibicarakan dengan panjang lebar dimahkamah nanti kes ini boleh gugur begitu sahaja.

Setakat jawapan Hamid Albar itu dengan mudah sahaja 9 orang barisan peguam Anwar akan pancung.

Saiful buat lapuran ia diliwat beerti bukan lapuran liwat suka sama suka. Bodoh sangatkah nak buat lapuran liwat suka sama suka.

Mestilah tanpa kerelaan. Ayat tanpa kerelaan itu juga ada dalam lapuran Saiful tetapi punya bangangnya pejabat peguam negara dipilihnya seksyen suka sama suka.

Itu belum lagi masuk bab Anwar ada alibi pada tarikh kejadian.

Pertuduhan ini dibuat puin macam tak bersungguh sungguh oleh pejabat peguam negara.

Saya percaya kes ini akan gugur dan konspirator akan dikesan juga nanti.

Tanpa Nama berkata...

lawan tetap lawan.. selamat perjuangan yg suci dan murni... amin...

Cenangau berkata...

Kepada semua rakyat Malaysia yang percaya kepada demokrasi dan kuasa rakyat

JOM KITA DESAK SEMUA AHLI PARLIMEN MALAYSIA
SUPAYA MENDESAK PAKLAH AGAR MEMBUBARKAN PARLIMEN DAN MENGADAKAN PILIHANYARA UMUM BARU UNTUK MEMBERI KUASA KEPADA RAKYAT MENENTUKAN KERAJAAN DENGAN MANDAT BARU

BUBARKAN PARLIMEN!!
BUBARKAN PARLIMEN!!
BUBARKAN PARLIMEN!!