Mengenai hubungan Malaysia dengan Israel ini, saya melihat persepsi rakyat amat keliru kerana Dato' Seri Anwar Ibrahim cuba dikaitkan dengan sokongan terhadap Israel. Hakikat yang terbentang di depan mata ialah wujudnya hubungan dagang yang berterusan antara Malaysia dan Israel seperti pengakuan di Parlimen serta tindakan Dato’ Sri Najib Tun Razak melantik sebuah syarikat yang dikaitkan dengan Israel iaitu Apco Worlwide sebagai perunding media kepada kerajaan dengan bayaran RM77 juta setahun.
Ini menjadikan apa pun penjelasan yang cuba diberi oleh pihak kerajaan sentiasa menimbulkan kesangsian serta tanda tanya. Sebenarnya hubungan dengan Israel bermula dalam sekitar 1980an semasa zaman Tun Mahathir Mohamad lagi apabila beliau secara senyap-senyap menghantar Tengku Abdullah (Melewar) ke Tel Aviv. Saya masih menyimpan ucapan saya di Parlimen di mana saya menegur tindakan kerajaan berhubung perkara itu.
Amat menghairankan lagi apabila usul yang cuba dikemukakan oleh wakil pembangkang berhubung isu ini di Parlimen baru-baru ini, agar kerajaan menghentikan sama-sekali perdagangan dengan Israel dan dalam masa yang sama meningkatkan jumlah bantuan kepada penduduk Palestin di Gaza, telah ditolak oleh Speaker.
Jika benar-benar ikhlas, Najib sepatutnya tidak merasa takut untuk mengarahkan Speaker agar menerima usul tersebut untuk dibahas dan diundi dan bukan sebaliknya. Sekarang rakyat khasnya masyarakat Islam sudah mulai nampak siapakah (antara Najib dan Anwar) yang menyokong Israel.
Untuk mencapai kemenangan dalam pilihanraya, selain keyakinan rakyat terhadap Umno dikembalikan, pemilihan calon yang sesuai dan diterima rakyat juga amat penting. Sementara Najib meletakkan kriteria "winnable" sebagai prasyarat terhadap calon dalam pilihanraya, rakyat juga sebenarnya ingin melihat Najib tidak begitu terkongkong dengan faktor jawatan seseorang dalam Umno bagi pemilihan calon pilihanraya.
Sebagaimana pandangan Tun Dr Mahathir, kebanyakan calon Umno-BN kini membawa imej rasuah dan agar Umno perlu memilih calon yang lebih berkelayakan walaupun orang luar dalam pilihanraya akan datang jika ingin menang.
Saya amat bersetuju dengan pandangan tersebut dan ingin menarik perhatian Najib sebagai contoh wakil-wakil rakyat PAS terutamanya di Kedah mereka terdiri daripada kalangan professional, berkelayakan serta berhemah berbanding wakil-wakil rakyat Umno-BN di sana yang majoritinya tidak pun lulus SPM.
Dalam isu Raja-raja Melayu, Umno cuba nak jadi hero baru-baru ini. Apabila ada wakil-wakil rakyat Pakatan tidak menghormati Yang Dipertuan Agong dan Raja-Raja Melayu pada majlis pertabalan baru-baru ini, satu lagi taktik kotor dan 'desperado' Umno-BN terdedah.
Setelah dicabar menama dan membuktikan tuduhan tersebut, Menteri Penerangan dan pemimpin-pemimpin Umno lain yang turut bersuara, gagal berbuat demikian. Mereka mengingatkan saya bagaimana pada awal tahun 1980an, pemimpin-pemimpin Umno yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir telah mencaci dan menghina Raja-Raja Melayu semasa meminda Perlembagaan dahulu di mana kuasa Raja-Raja ditarik balik.
Semasa itu rapat-rapat umum diadakan secara besar-besaran di seluruh negara. Kakitangan kerajaan diarah turut serta manakala akhbar, khususnya Utusan dan Berita Harian termasuk stesen tv kerajaan dan swasta (TV3) diarah mengorek dan mendedahkan cara hidup mewah dan kelemahan Raja-Raja Melayu sehinggakan kos membiayai berpuluh ekor kuda Sultan Pahang pun disiarkan berulang kali.
Dengan ingatan mereka itu, saya teringat bagaimana saya sendiri telah diminta oleh Umno mengepalai Pergerakan Pemuda Umno ketika itu untuk menyerang Sultan Selangor Almarhum Sultan Sallahuddin Abdul Aziz atas campurtangan Baginda dalam urusan pentadbiran Negeri Selangor serta Sultan Perak berhubung kos pertabalan Baginda ketika itu.
Saya dipilih di kalangan Exco Pemuda Umno ketika itu kerana saya berasal dari Melaka, negeri yang tidak mempunyai Raja, justeru saya bebas untuk bercakap. Menurut mereka lagi, kini Umno-BN melalui akhbar dan tv cuba menutup pekung lama mereka dengan mencipta isu dan membesar-besarkannya dengan niat dan harapan agar rakyat khususnya pengundi Melayu benci kepada parti pembangkang dalam pilihanraya ini.
Mereka meminta saya menyampaikan kepada Najib agar memulangkan semula kuasa Raja-Raja yang dirampas dahulu sebagai bukti Umno-BN hari ini benar-benar mencintai dan menghormati Raja-Raja Melayu. Mereka amat kecewa dan jijik dengan permainan pemimpin-pemimpin Umno yang selalu berpura-pura dan menganggap rakyat khususnya orang Melayu mudah lupa serta boleh diperbodoh-bodohkan.
Kepada mereka, tindakan Umno ini tidak ubah seperti orang sedang dalam kelemasan yang akan melakukan apa saja cara untuk menyelamatkan diri. Terserahlah kepada Najib untuk memikirkan pandangan ini sama ada mahu menerima atau menolaknya.
Dalam isu ini, Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Tun Hussein mengatakan Suruhanjaya Siasatan Diraja patut diadakan segera untuk menyiasat mereka yang memomok dan menghina Yang Dipertuan Agong. Kiranya suruhanjaya itu ditubuhkan, ia sepatutnya juga menyiasat dan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemimpin-pemimpin Umno, termasuk akhbar dan tv yang lebih dulu menghina dan memaki hamun Raja-Raja Melayu.
>> Artikel ini ditulis oleh Tamrin Tun Ghafar ialah ahli Umno dan bekas Pengerusi MARA.
4 ulasan:
Ηi there, i read your blog occaѕionally and
i own a similaг onе and i was just curіоus if you
get a lot of ѕpаm feedbaсk? If so how
do yοu protect against it, anу plugin or anуthіng you саn гecommend?
I get ѕo much lately it's driving me insane so any help is very much appreciated.
Have a look at my weblog :: blu e cig review
It's very effortless to find out any matter on net as compared to books, as I found this post at this site.
Here is my web page :: payday loans
Nice blog! Is your theme custom made or did you download it from somewhere?
A theme like yours with a few simple adjustements would really
make my blog shine. Please let me know where you got your
theme. Many thanks
my website - car insurance quotes rhode island
you are in reality a excellent webmaster. The site loading speed is incredible.
It seems that you are doing any unique trick. Also, The contents are masterwork.
you have performed a wonderful activity in this
subject!
My page; http://callme2insure.com/
Catat Ulasan