Harus diingat bahawa Kerajaan Singapura mengenakan GST ke atas rakyatnya hanya setelah negara itu mencapai taraf negara maju dengan pendapatan per kapita melebihi USD15,000. Pada tahun 1989, pendapatan per kapita Singapura (atas asas PPP) ialah USD16,356, pada tahun 1994 (bila GST mula dilaksanakan), ianya USD24,853 dan pada tahun 2012, ianya USD60,799.
Ini bermakna, rakyat Singapura memiliki disposable income (pendapatan boleh belanja) yang selesa untuk berdepan dengan regim GST yang sifatnya regresif itu.
Sebelum melaksanakan GST dalam tahun 1994, kadar cukai korporat dan cukai pendapatan individu di Singapura adalah tinggi, iaitu, masing-masing 30 peratus dan 33 peratus (kadar marginal tertinggi). Kadar ini tidak kompetitif bagi pelaburan asing.
Oleh kerana negara miskin-sumber asli seperti Singapura amat memerlukan aliran masuk pelaburan langsung yang besar dan berterusan untuk menjana pertumbuhan ekonomi padar kadar yang relatif tinggi dan lestari dan untuk menyediakan pekerjaan bergaji tinggi bagi rakyatnya, maka kerajaan Singapura melihat bahawa, sebagai satu langkah penting, ianya mesti menurunkan kadar cukai korporat dan individu ke satu paras yang kompetitif berbanding dengan cukai yang sama di negara-negara lain yang juga bersaing untuk menarik pelaburan langsung asing ke negara masing-masing.
Langkah yang diambil Singapura ialah memperkenalkan GST bermula dengan kadar yang rendah yang akan dinaikkan secara beransur-ansur dan secara serentak menurunkan kadar cukai pendapatan juga secara beransur-ansur dan pada masa yang sama memperkenalkan offset package atau "pakej bantuan kepada rakyat berpendapatan rendah" bagi menumpulkan ketajaman darjah regresiviti dari GST itu ke atas rakyat berpendapatan rendah dan miskin.
Ini bermakna, kerajaan Singapura pimpinan Lee Kwan Yew cukup perihatin terhadap ketidakadilan GST lalu terus melaksanakan langkah-langkah menumpulkan (to neutralize) darjah regresivitinya. Penganalisis amat teruja dengan sikap pemimpin yang bukan Islam ini. Timbul soalan di dalam kepala: Apakah LKY dan pakar-pakar fiskal beliau membaca kitab-kitab mengenai pengurusan fiskal di dalam Islam khususnya sistem pengurusan fiskal di zaman Omar Abdul Aziz, Khalifah ke 5 Islam?
Singapura Lebih Prihatin
Singapura mengenakan GST berkuatkuasa pada 1 April 1994 dengan kadar tunggal sebanyak 3 peratus, yang terendah di dalam dunia ketika itu. Pada ketika yang sama ia mengurangkan kadar cukai korporat dan kadar cukai pendapatan individu, juga sebanyak 3 peratus, masing-masing dari 30 peratus ke 27 peratus dan dari kadar marginal tertinggi 33 peratus ke 30 peratus.
Dalam fasa ini tujuannya bukan untuk meningkatkan pungutan cukai tetapi lebih kepada utuk mendidik dan bagi membolehkan rakyatnya menyesuaikan diri dengan rejim cukai baru ini. Serentak (dalam tahun 1994), kerajaan juga menubuhkan Committee Against Profiteering (CAP) bagi menyiasat segala rungutan dan feedback mengenai perbuatan profiteering dan menaikkan harga sewenang-wenangnya oleh peniaga dengan mengunakan pengenaan GST oleh kerajaan sebagai alasan.
Fasa pertama ini berlangsung selama hampir 9 tahun. Mulai 1 Januari 2003, kadar GST dinaikkan ke 4 peratus dan mulai 1Januari 2004, ke 5 peratus. Mulai 1 Julai 2007, ia dinaikkan ke 7 peratus dan kadar ini kekal hingga sekarang.
Pada setiap kali kadar GST dinaikkan, maka kadar cukai langsung diturunkan dengan poin peratusan yang sama. Kerajaan terus menurunkan kadar cukai langsung selepas tahun 2007 tetapi mengekalkan kadar GST pada 7 peratus. Pada tahun 2010, kadar cukai korporat ialah 17 peratus sementara kadar marginal tertinggi cukai individu ialah 20 peratus.
Penurunan kadar cukai korporat dan cukai pendapatan individu bertujuan meletakkan kedua-duanya pada kadar yang internationally competitive bagi menarik pelaburan langsung asing dan buruh berpendidikan dan berkemahiran tinggi (pakar pelbagai bidang) masuk ke Singapura.
Penerusan dan pengekalan dasar ini bermakna Singapura menjadikan GST (cukai tidak langsung) sebagai sumber utama hasil kerajaan sekali gus – kerana GST adalah regresif – menyebabkan beban cukai jatuh lebih berat ke atas rakyat Singapura berpendapatan rendah dan miskin.
Bagi meringankan (to cushion) beban ini, kerajaan Singapura mewujudkan offset package (pakej bantuan kepada rakyat berpendapatan rendah). Offset package mengandungi penurunan kadar cukai dan perlepasan cukai atas rakyat Singapura berpendapatan rendah, menurunkan cukai hartanah, memberi rebat ke atas bayaran sewa dan caj perkhidmatan dan caj konservansi atas perumahan awam dan menambahkan subsidi ke atas perkhidmatan komuniti, pendidikan dan kesihatan.
Kesan Penurunan dan Perlepasan Cukai
Kesan dari penurunan dan perlepasan cukai dan pemberian rebat misalnya, menyebabkan dalam tahun 1994, 70 peratus daripada individu yang sebelum perlaksanaan GST kena membayar cukai, tidak lagi membayar cukai selepas itu.
Apabila kesemua jenis cukai diambil kira (cukai korporat, cukai pendapatan individu, cukai hartanah, GST dan lain-lain cukai tidak langsung) maka di dapati:
(a) Golongan10 peratus paling atas dari bilangan isirumah Singapura menyumbang 38 peratus dari keseluruhan cukai yang dipungut.
(b) Golongan 20 peratus paling atas dari bilangan isirumah Singapura menyumbang 52 peratus dari keseluruhan cukai yang dipungut.
(c) Golongan rakyat Singapura berpendapatan terendah menerima lebih besar bayaran pindahan (transfers) berbanding cukai yang dibayar.
(d) Golongan isirumah berpendapatan rendah hingga sederhana juga secara efektifnya menerima bayaran pindahan lebih besar dari cukai yang dibayar (negative tax).
Kajian menunjukkan bahawa di antara tahun 2006-2010 golongan 10 peratus paling bawah daripada isi rumah Singapura menerima pindahan bersih (pindahan yang diterima daripada kerajaan ditolak cukai yang dibayar kepada kerajaan) sebanyak 23 peratus daripada pendapatan mereka, golongan10 peratus kelima, sebanyak 0 peratus dan kadar cukai efektif bagi golongan 10 peratus paling atas dari isirumah Singapura hanya 11 peratus.
Apabila kadar cukai GST dinaikkan dari 5 peratus ke 7 peratus berkuatkuasa mulai 1 Julai 2007, didapati bahawa golongan 20 peratus paling bawah daripada isurumah Singapura membayar GST tambahan sebanyak SD370 setahun tetapi menerima offset package sebanyak SD910 setahun ditambah lagi dengan bayaran manfaat kekal sebanyak SD1,000 setahun.
Dalam tahun 2010, Kerajaan Singapura mendedahkan bahawa sebanyak 84.2 peratus dari pungutan GST disumbang oleh warga asing yang bermastautin dan bekerja di Singapura dan golongan 40 peratus paling atas isi rumah Singapura. Golongan 20 peratus paling bawah dari isi rumah Singapura hanya menyumbang 4 peratus dari GST yang dipungut.
Jelas bahawa mengiktiraf sifat regresif rejim GST, Kerajaan Singapura telah secara sedar dan sistematik melaksanakan offset package serentak dengan pelaksanaan GST sehingga dapat mengekalkan darjah progresiviti rejim cukai keseluruhan di Singapura. Fakta-fakta di atas menunjukkan bahawa lebih besar beban cukai ditanggung bila semakin tinggi pendapatan seseorang - Analisis Dr Rosli Yaakop, bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia
7 ulasan:
Where do you live
saya PAK SLEMET posisi sekarang di malaysia
bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
sempat saya putus asah dan secara kebetulan
saya buka FB ada seseorng berkomentar
tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
karna di malaysia ada pemasangan
jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
saya minta angka sama AKI NAWE
angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
terima kasih banyak AKI
kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
tak ada salahnya anda coba
karna prediksi AKI tidak perna meleset
saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan
saya PAK SLEMET posisi sekarang di malaysia
bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
sempat saya putus asah dan secara kebetulan
saya buka FB ada seseorng berkomentar
tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
karna di malaysia ada pemasangan
jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
saya minta angka sama AKI NAWE
angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
terima kasih banyak AKI
kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
tak ada salahnya anda coba
karna prediksi AKI tidak perna meleset
saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan
my blog Dolabuy Chloe why not look here Bottega Veneta Dolabuy view publisher site good quality replica bags
directory go to my blog check my source their website go to this website check my site
x2l44j3x50 l0b36d4c56 f9e18t7p26 i4g98a9g17 t6e62h6t86 s6b72i5w13
b1f17k6u93 f2p96e9d08 u3i68y2x85 m9j64i9g89 g7b84k5a20 e8r53j5m60
Catat Ulasan